Nursing


Tuesday, 13 June 2017

Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum,

Hari ni dah hari ke 18 Ramadhan, alhamdulillah masih berkesempatan merasai Ramadhan this year. This week marks my 34 weeks pregnancy as well. So far, alhamdulillah takde apa-apa masalah and tak tinggal puasa lagi. Except for day 1 puasa, masuk Zohor je dah selamat muntah hijau. Haha. Tapi puasa tetap diteruskan.

Anyway, puasa ni jadual rutin dah berubah. I took a month leave. So here I am with my husband, melayani beliau di bulan puasa. Kesian pulak sahur and buka puasa sorang-sorang. Tahun lepas dah la half puasa kat Mongolia. Haha. This year dapat puasa full with my husband, alhamdulillah. So rutin harian adalah masak, masak dan memasak. Masak sahur, masak kat Zaheen untuk lunch, masak berbuka pulak. Kadang-kadang kalau rajin masak moreh. Tapi masak moreh tu jarang sangat, sebab hari-hari Zaheen ajak keluar lepas terawikh. Mostly hari-hari drive through McD and jalan-jalan area tengah KL ni hwahwa.

Zaheen pulak lepas lama duduk dengan daddy ni dia start makan banyak. Bukan banyak je, start makan sayur sekali haha. I never knew dia suka sayur sebab selama ni kalau letak sayur, dia buang. Rupanya itu adalah tindakan meniru mommynya sebab mommynya konfem buang sayur-sayur dalam pinggan. Haha. To my surprise, bukan stakat sawi and carrot je die makan. Dengan kacang panjang pun die ratah macam tu je ikut daddy dia. Haha... Sebelum ni kalau bagi sayur mesti dia puek balik taknak sayur. Now dah terbalik dok asyik mintak sayur. Good for him anyway. Macam-macam.....

So... Disebabkan dah jarang update blog. Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf kepada yang pernah terluka mahupun terasa dengan aku zahir dan batin. Yang tak reti-reti minta maaf dengan aku sejak buat salah dari dulu, cepat-cepat minta maaf ya. Jangan dok buat senyap macam takde pape pernah berlaku. Dosa woo. Kalau mati tak sempat mintak maaf, sia-sia je. Ooops, sape yang makan cili dia la yang rasa pedasnya. Hahahaha...

Selamat menyambut Ramadhan Kareem
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari Anna, Joey, Zaheen & Baby


Okay bai.


Till then, toodles!


-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...