Nursing


Thursday, 16 April 2015

The Red Book

Assalamualaikum,

Hai allz. Hari ni saje jer rajin nak bercerita pasal The Red Book or some of us called it The Pink Book. However, this is not that "Red Book" Red Book. If you understand what I mean. If you don't, let me explain. 

The Red Book I meant is Buku Merah yang perlu dibuka oleh sesiapa yang pregnant dan berhajat untuk melakukan check-up di mana-mana klinik kerajaan. Maksudnya bukan la "buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh" a.k.a passport tu.

Ok. Seingat aku, apa yang aku terbaca kat papan kenyataan kat klinik hari tu, depa tulis kita boleh start buka buku pink tu seawal 6 minggu kehamilan. Seingat aku la. Tapi as long as kita dah confirm our pregnancy, then boleh la pergi buka buku merah. Syarat untuk buka buku merah kat klinik kerajaan ni adalah, alamat korang tinggal tu mestilah dalam area yang klinik kesihatan atau klinik desa tu cover. So, kalau nak tau cover ke tak, better call dulu klinik-klinik kerajaan yang terdekat untuk confirm. 

So, apa yang korang perlu buat adalah first, call dulu klinik kerajaan tersebut. Buat appointment untuk buka buku. Nanti depa akan bagitau apa yang kena bawa. Kalau aku, aku pi je sana terus dan buat appointment. Lagi cepat sebab korang tau-tau jer la kalau bab-bab call ni, seratus kali call baru nak angkat. Haish. Tapi if korang takde masa atau kenderaan, boleh call je. Kalau korang main terjah jer tanpa buat appointment, ikut nasib korang la. Ada 3 kemungkinan boleh jadi. Satu, giliran korang hujung-hujung atau paling last sekali. Dua, korang disuruh balik dan datang hari lain lepas nurse bagi appointment. Tiga, nasib korang baik, takyah tunggu pape, terus kena panggil dan buka buku. Yang ketiga tu macam paling jarang terjadi la. Hahaha...

Okay. So apa yang perlu korang bawa untuk buka merah adalah :

1. Salinan Kad Pengenalan diri sendiri.
2. Salinan Kad Pengenalan suami.
3. Salinan sijil nikah.
4. Bil elektrik atau bil astro rumah yang kita tinggal sekarang sebagai bukti.

Bawa jer semua tu. Kalau appointment pagi, sila la datang awal. Klinik kerajaan usually buka jam 8.00 AM. Tapi start ambil nombor around 7. 35AM - 7. 40AM. Dan kat klinik aku selalu pi, usually orang start beratur seawal jam 7. 00AM lagi. Aku biasa sampai untuk check up jam 7. 20 AM pun kadang-kadang dapat giliran nombor 7 atau 8 camtu. Oh ye, untuk beratur, akan ada dua line biasanya. Satu untuk check up biasa, satu untuk check up ibu dan anak (KKIA). So, beratur la kat line yang ada ibu mengandung atau ibu dan bapak yang dok pegang baby. Jangan tersalah sebab satlagi sampai depan, depa suruh beratur dari awal balik. Haish.

4 benda yang korang kena bawa tadi, korang kena bagi masa nak amek nombor kat kaunter. Lepas amek nombor, korang pi la duduk kat situ and tunggu sat. Nanti depa akan panggil balik nama untuk bagi urine bottle + lab form. So nanti dah dapat urine bottle and lab form, terus pi toilet dan pee. Kalau kat klinik aku pi tu senang, lab die connected dengan toilet. So after pee, terus letak bottle tu and lab form tu kat kaunter dalam toilet tu.

After that, tunggu la number korang kena panggil masuk bilik yang pertama. Bilik pertama ni, korang akan kena timbang berat, ukur tinggi, blood pressure, hemoglobin test dan kena interview sikit. Sila ingat ya mak ayah ada sakit apa-apa tak terutamanya ada kencing manis ke tak, darah tinggi, jantung etc. Sila ingat hari pertama last period korang bila so senang nurse nak buat calculation EDD. Lepas tu korang akan dapat buku pink tu dan disuruh letak kat depan bilik kedua. 

Sekali lagi, tunggu nombor korang dipanggil. Kat bilik kedua ni, basically nurse akan tanya pasal current condition. Then, nurse akan suruh baring dan check perut and breast. Kalau dah beberapa bulan, nurse akan check heart beat terus. Habis check, nurse suruh duduk jap sementara die dok menulis kat buku pink tu. Kalau belum amek result urine test tadi, nurse suruh pi ambil sat. Tapi kalau masa tunggu turn korang tu lama sangat, pi je amek dulu result tu kat lab. Takyah buang masa ye tak. Then nurse akan tanya la korang currently ada makan apa-apa vitamin tak. Usually nurse akan keep on giving vitamin. Tengok orang la. Kes aku, aku makan obimin and vitamin c sahaja. So memang jimat duit pasal tiap-tiap bulan dapat free ja ubat. Hahaha... 

Kat bilik kedua ni jugak nurse akan bagi form and FBC bottle. Bottle kecik isi darah la senang cerita. Korang kena pi kat satu bilik ni then terus amek darah. Darah ni takyah hantar kat lab sebab nanti nurse hantarkan. Next time punya visit, baru tau result. Dah habis ambil darah, masuk balik bilik kedua tadi dan collect buku pink and masa ni jugak nurse akan bagi tarikh untuk next appointment. Nurse akan suruh pi letak buku kat bilik ketiga pulak. Bilik ketiga ni untuk jumpa dengan doktor. First check up, memang kena jumpa ngan doktor. Kejap jer. Doktor just tanya-tanya sikit then there you go, settle! Baik aku consult ngan diri sendiri jer. Haha...


My Red Book...

Overall, nak bukak buku merah kat KK yang aku pi ni hanya memakan masa satu jam suku sahaja termasuk la waiting time. Waiting time tu aku maksudkan dari aku beratur kat luar pintu KK tu jam 7. 20AM. Ok la kan. Kalau pi swasta pun lagi lama. Aku teman kakak aku pi check up ada la 2 jam jugak menunggunya. Hew3. Tapi sebab berbayar, so takde la mulut-mulut sumbang nak bising kan. Kah3.


Back of The Red Book.


And yes, untuk ibu mengandung dan warga emas, KK memang tak amek satu sen pun charge. Kalau normal people, kena bayar RM 1. Ubat semua free. Best kan? Dari segi menunggu ni, KK ni simple je, korang pi awal, cepat la procedure korang. Korang datang lambat, lambat la procedure korang. Sama la macam swasta kan. Tapi swasta ni orang tak bising sebab depa bayar dan tempat menunggu selesa. Tapi KK aku pi ni pun selesa je. Aircond bagai. Seat pun banyak. Hahaha... Cuma ye la, kalau pi swasta konpem-konpem la doktor pakar yang check. Kat KK ni, nurse yang usually conduct pregnant women. Unless korang ada masalah apa-apa, depa refer doktor. Kalau masalah lagi besar, doktor akan refer pakar. Itu standard procedure. Kalau pi swasta lain cerita, korang bayar banyak dan terus boleh pilih pi jumpa pakar terus, unless emergency case dan korang pi ED swasta, then MO yang akan incharge. Same procedure, depa akan refer pakar jugak if ada apa-apa problem.

Oh, satu lagi. Sepanjang aku check up kat KK, tak pernah sekali pun doktor scan. Sebenarnya boleh request. Tapi sebab aku decide nak pi scan kat swasta sekali sekala, so takde la aku request scan kat KK. Swasta tu means aku pi klinik yang memang ada pakar O&G just untuk scan. Klinik ye, bukan hospital. So, atleast ada juga opinion dari pakar kan. Tapi sekali tu je aku pi. Lepas tu aku scan kat klinik biasa sekali. Then masa 22 weeks kot, aku pi buat 2D detailed scan dengan sonographer. 2D detailed scan ni tak semua tempat boleh buat. So, kena pandai-pandai la cari tempat. 2D detailed scan ni jugak hanya boleh dibuat masa umur pregnancy 19 to 24 weeks. Sebab masa ni size baby just nice untuk tengok dari hujung ke hujung. Pasal 2D detailed scan ni later kalau rajin aku blog. He he he...

Oh ye, kalau nak pi buka buku check up kat swasta pon boleh, tapi rasanya tak susah sangat pun kot. Dari segi kos, aku survey ada klinik/hospital yang amek RM 90++ every month, ada yang RM 120 every month. Tapi basically untuk first appointment, harga mahal sikit. Ada yang RM 190, ada yang RM 200++. Semua depends on hospital la. Of course dengan harga tu, korang akan dapat khidmat doktor pakar, everytime pi check up boleh scan baby, harga dah termasuk ubat sekali, urine test, blood test dan lain-lain. Which ever it is, the choice is in your hand.

So, itu sahaja bebelan panjang untuk kali ni. Harap dapat memberi pencerahan kepada sesiapa yang takde idea pasal ni. Sila la buka buku merah awal untuk pemeriksaan lebih awal. Hew hew hew.




Till then, toddle!






-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...