Nursing


Wednesday, 8 April 2015

SUGARSCARF Now In ZALORA

Assalamualaikum,

Hello all!!! 

Semenjak pregnant ni, selalu ja ada mulut yang kata aku sememeh la, selekeh la. Ye lah, dah pregnant ni badan dah makin besar, pakai ja apa yang ada. Tudung lagi la, last beli yang jenis fesyen-fesyen and cantik-cantik ni ntah bila ntah. Kalau ada pun kirim beli kat adik yang rajin pi butik. Nak harap aku kuar jalan-jalan memang tak la. Sempooooot oi.

So solution yang paling senang adalah, online shopping! Haha... So baru-baru ni aku ada la browse few online stores. Then terjumpa pulak Sugarscarf kat website ZALORA. Eh jap. Sugarscarf kat ZALORA? Waaaahhhhh.

Korang pernah dengar Sugarscarf tak? Komang spana orang ganung kata kalau tak pernah dengar. Tapi takpe, meh sini nak bagitau sikit. Sugarscarf ni dulu bisnes depa start kecil-kecilan aje. Tak lama lepas tu, Sugarscarf mula start perniagaan secara online pulak dan lepas dari tu, baru depa buka butik sendiri kat ibu kota kita yang tercinta ini. 

Apa yang best sangat pasal Sugarscarf ni adalah depa punya pilihan warna-warna tudung tu memang cun dan menepati citarasa semua lah. Warna tu satu hal, corak-corak kat depa punya tudung ni pulak, mak aih, memang ‘in trend’ habis. Kita yang biasa-biasa ni pun, kalau pakai tudung dari Sugarscarf ni boleh tetibe feeling jadi Hijabista tau.

Aku dok kira-kira tadi. La ni pertengahan bulan April. Bulan depan dah Mei, lepas tu Jun. Haaa, Jun dah start Ramadhan dah, lepas tu raya pulak kan. Alang-alang, baik aku usha sekali untuk beli tudung time raya nanti. Beli awal sikit takpe, janji tak merana sebab tudung cantik-cantik semua habis stock. Kalau habis stock? Jadi Mak Jemah Sememeh lagi ler aku. Hahahaha.....

OK. Berbalik kepada cerita tadi. Untuk korang-korang yang baru tau atau baru kenal jenama Sugarscarf ni, korang boleh beli dan rasai sendiri tudung-tudung Sugarscarf ni best dia macam mana. Korang boleh pergi terus ke butik Sugarscarf atau pi menjengah kat laman web ZALORA Malaysia untuk korang nikmati sendiri tawaran harga tudung yang special bak hang. Kat ZALORA nanti, korang boleh tengok sendiri koleksi tudung Sugarscarf yang meletop macam kat bawah ni!







Haa selain koleksi kat atas ni, korang boleh tengok banyak lagi koleksi tudung Sugarscarf online yang lain. Contohnya, Juliette Instant Shawl, IHA Lycra Instant Shawl, Jane Shimmer Ala Crepe Shawl dan banyak lagi lah.

Apa yang lagi best kalau korang nak tau, ZALORA bagi khidmat penghantaran secara percuma tau, ala, senang cerita FREE DELIVERY direct ke rumah korang. Dalam Malaysia je ek, kalau nak hantar pi Afrika Selatan korang kena check balik naa. Oh ya, ada juga pemulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian atau omputih kata, 30 days return. 

So, apa lagi, dari korang berlanjutan jadi Mak Jemah Sememeh pakai tudung outdated, old-fashion, better la korang pi usha dan beli sendiri tudung Sugarscarf ni kat ZALORA okayh? Pastu ha korang boleh lah nak fefeeling hijabista ker, diva ker, baru la ada kelas!! Aumm!

Okay bai bai, aku nak pi check out tudung Sugarscarf online jap. Terliur aih tengok instant shawl depa. Sesuai sangat dengan pregnant woman macam aku ni. Nyummy!










Till then, toddles~




-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...