Nursing


Tuesday, 14 April 2015

Anniversary Dinner

Assalamualaikum,

Wahahaha. Tajuk mau gempak saja. Tetibe.

Hari Sabtu hari tu, aku dan Pokcik rasa macam nak makan Ikan Bakar. Well, actually aku yang rasa nak makan ikan bakar. Memandangkan aku sejak-sejak pregnant ni tak merapu meraban sangat mengidam itu dan ini, maka, once bila aku bagitau Pokcik nak makan mana, dia akan serta merta ON jer with the plan. So far, aku tak mintak pelik-pelik pun. Kalau rasa nak makan manis, pandai-pandai la beli bahan sendiri kat pasar, then buat. Hari tu terasa nak makan benda manis, dok menggoogle, jumpa pulak pic Caramel Puding. Tung tang kat dapur tadaaa. Siap. Aku buat agak banyak. End up Pokcik tak makan pun. Aku yang perabih. Dia part-part makan benda-benda manis ni memang kureng sikit. Pastu kekadang selera aku lebih ke arah western. Rasa nak lamb chop la, chicken grill la, suka ati aku je. The good thing is, kedai belakang rumah ni pun ada jual dengan harga yang murah. So, biasanya Pokcik ON aje. Cuma yang belum ON, bila aku ajak pi Surabaya sebab nak pi makan Bakso, Penyet Nganjuk, Leko, Batagor, Pempek. Maka, memang tak la Pokcik nak melayan kan. Lagipun, itu bukan ngidam sangat pun. Sebab sebelum preganant pun selalu rasa nak pi sana untuk makan. HAHAHA...

Anyway, berbalik kepada cerita ikan bakar. Aku dan Pokcik dah lama memerhati satu restoran ni. Kalau otw balik ganu ke, selalu nampak signboard Ikan Bakar Petai Golek-Golek tepi jalan MRR2. Tapi mampu perhati jer la, dengan harapan satu hari nanti dapat try makan situ. So, hari Sabtu hari tu, aku pun ajak Pokcik pi makan situ. Pokcik pun ON. Sampai-sampai jer, memang hujan yang melampau-lampau lebatnya. Kuyup jugakla walaupun berpayung. Sampai-sampai tengok banyak tempat duduk yang dah full. Yang ada cumalah bawah rumah jer. Tapi ok la bawah rumah pun, memang depa set kan meja makan bawah tu. Cumanya disebabkan hujan, seat yang open air tak bleh la nak duduk. Tapi aku sangat suka suasana kat situ. Tempat dia macam a bit atas bukit. Buat pulak hujan masa tu, so memang best je sejuknya.

Disebabkan kiteorang banyak berjimat sebab taklama lagi aku dah nak beranak, maka, bajet memang ciput untuk sambut anniversary. Makanya, bila dah duduk elok bawah tu, lampu pun sayup-sayup je nak nyala, plus hujan lagi, plus ada candle lagi atas meja tu, so kami mengisytiharkan malam tersebut sebagai makan malam anniversary. HAHAHA. Bagi can la pasal masa anniversary hari tu aku di Ganu, Pokcik di Langkawi. So, kira malam ni makan sedap la konon.

Kami order Ikan Siakap Bakar Petai, Sotong apemende ntah namanya (masak kicap + daun kari), Masak Lemak Daging Salai, Telur Dadar dan Nasi untuk 2 orang. Air pulak Watermelon Juice 1 Liter. Tobat la kembung perut minum air tembikai hahahaha... So, ditemani air hujan yang bercucuran dan lilin yang menyala, kami pun makan la dengan lahapnya. Dah habis makan, pi la bayar. Harga total semua ialah RM 75. OK la. Agak berbaloi. Ikan bakar memang sedap. Masak Lemak Daging Salai pun sedap. Cuma sotong jer kureng sikit. Resipi kick, cuma sotong tu bukan sotong fresh la. More to sotong kenyal yang macam dalam Secret Recipe punya spaghetti. Haha.

Overall, ok la kami puas hati. Dan dapat disimpulkan bahawa anniversary dinner tak memerlukan tempat mahal. Cukup la tempat best dan makanan sedap. Haha. Kat rumah ponnnn boleh. Hari tu konon nak jugak pi beranniversary dinner bagai. Pastu bila survey harga mostly RM 200 ke atas per couple. Tengok makanan biasa-biasa je. Tempat pulak tak privacy sangat. Semua boleh tengok. Haha. So the best is, kalau tak jumpa cari tempat, redha je macam aku. Last-last lagi best. Hahahahahahahaha.....

Layan pic jap...

Abaikan muka Mak Buyung. Sembab muka. Haha...



Nyum Nyum...






Hehe... Kalau terliur, boleh la pi kat Restoran Golek-Golek Ikan Bakar Petai. Lokasi boleh waze jer. Technically tempat tu tepi MRR2 jer. Hehehe...







That's all. Bubbye.




-adios-

2 comments:

  1. leeerrrr

    hahahah beriya kak athi ckp kat abg lim ana n peyjo gi kuantan..makan ikan bakar petai tu..rupanya mrr2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... xde nye nak gi sana lagi.. tak larat dah. haha... nanti turun KL mai la makan situ. Pokyeng blanja. Hihihi.

      Delete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...