Nursing


Thursday, 6 November 2014

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Assalamualaikum.

Hai. Hari ni nak cerita pasal Samsung Galaxy Note 3 Neo. Bukan nak cerita sangat pasal phone, tapi lebih kepada nak cerita tentang pihak yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB membodohkan kami laki bini. Silakan kalau nak viral, dengan harapan supaya semua berhati-hati. Just tekan butang Like kat bawah ni, automatic post ni akan keluar kat timeline facebook anda.

Ceritanya begini. Pada 27 April 2014, kami laki bini pi kedai Samsung kat Aeon Seri Manjung ni, dikendalikan bawah Arrow Link Communication Enterprise. Niatnya memang nak pi beli la phone baru sebijik kat Pokcik. Pasal phone blackberry dia dah terlalu nazak. So, kami dilayan oleh seorang sales person bernama Kit. Tilik punya tilik, akhirnya Pokcik pilih untuk beli Samsung Galaxy Note 3 Neo. Jenis Neo ni katanya baru keluar masa tu. Pokcik pun ok la, angkut satu. Beli sekali dengan cover, bluetooth and few things lagi. Kami pun happy la balik rumah godek-godek phone.





Namun, kegembiraan tak bertahan lama. Selepas beberapa minggu, phone tu problem. Auto shut down. Shut down ok, bukan restart ke apa. Baru bukak kejap, auto shut down balik. Mind you phone tu tak pernah jatuh ke apa, even nak charge phone pun memang tunggu sampai 12 percent and below, baru charge. So, kami pun hantar balik ke kedai samsung tu. Untuk mudah, kami berhubung dengan Sales Person yang sama masa kami beli tu, iaitu Kit. Die godek-godek, dia cakap maybe software punya problem. So dia reformat balik phone tu. After that, kami balik rumah.




Balik jer rumah, phone start mati balik. Hidup dalam 3-4 jam, then mati, hidup balik mati balik hidup balik mati balik. Dan bermula lah episod menghantar ke kedai tersebut untuk kali kedua. Kali kedua hantar, depa suggest untuk hantar repair. Kami tanya depa, usually hantar repair kat mana, depa jawab kat Angsana Mall Ipoh (dulu Greentown Mall), sebab kat situ ada authorized Samsung punya service centre. Ohye, kali ni kami masih lagi berurusan dengan sales person yang sama, Kit. Kami OK, Kit tu isi logbook kat situ then dia cakap nanti depa hantarkan. Katanya minimum 2 weeks time dah boleh dapat phone.



Setelah 3 minggu hantar, tiada sebarang panggilan dari kedai samsung terbabit menyatakan phone dah boleh ambil. Tapi since kami ni rajin benor jalan-jalan kat Aeon Manjung tu, kami singgah jer kedai tu alang-alang. Tanya punya tanya, depa cakap phone tu still kena repair. OK la. Kami tunggu lagi. Dalam seminggu lebih lepas dari tu, kami pi lagi tanya kat kedai tu, sekali lagi, depa cakap tak siap lagi phone tu. That time, boss depa kot (lupa nama), siap sound kiteorang lagi supaya jangan push, katanya kalau depa push suruh cepat kat service centre (kat ipoh) tu, nanti service centre tu lagi la buat dek jer dan tak baiki. Depa cakap nanti siap, depa telifon. Mananya kami tak push, pasai masa tu Pokcik dah nak kena belayar. Memang la push. Naseb la masa tu aku dah pinjam phone mak aku, so boleh Pokcik guna masa pi belayar. Thanks mak. 

Bulan September baru ni, Pokcik balik selepas belayar 3 bulan. Aku tanya Pokcik, ada dapat call ke dari kedai tu, Pokcik kata takde pun. Taktau la kot masa takde line dia telifon. Yang pasti Pokcik memang alert dengan incoming call kat phone dia tu. After balik ke Manjung, kami pi la kedai dan ambil phone. Kali ni sales person lain yang bagi balik phone kat kiteorang. Dia siap cakap, "Dah lama dah siap, kiteorang call u tak dapat-dapat". Aku tak tau la dia ni kencing kiteorang ke apa. Masa ambil ni kami ada jugak tanya problem apa, staff dia pun tak sure, tapi katanya phone dah "OK".

Tau tak, phone tu pakai tak sampai sehari, mati balik!!!!! Mau tak ngamuk aku dan Pokcik. Minggu tu kami free, kami pi balik kedai tu. Kami insist nak cakap dengan sales person yang sama masa kami beli iaitu si Kit ni. Kebetulan dia melayan customer lain beli Samsung Galaxy Note 3 Neo jugak. Habis dari tu, dia attend kami. Yang geramnya, dia lepas tangan bila kami cakap dulu kami berurusan dengan dia masa beli and hantar repair, die boleh cakap dia dah "lupa" kami. The worst, dia selamba passkan kes kami ni kat kawan dia (rasa macam junior dia kat kedai tu). Kami bincang dengan kawan dia tu, sambil-sambil kami jeling tengok dia. Bukan ada customer pun masa tu, dan nampak dia macam "lari" jer bila kami datang bagitau masalah.

Lepas bincang, kawan dia suggest untuk hantar repair sekali lagi. Maaf la, tapi for the past 4 months kami hantar repair, masalah sama still jadi. Kami tak boleh tunggu another months untuk hantar repair phone tu. Phone mak yang dipinjam pun dah dikembalikan. Then dia suggest untuk kami sendiri pi service centre kat Ipoh. Kami mintak alamat semua, kami pun pi sana.

Kat Service Centre di Angsana Mall Ipoh, kami hantar phone. Hantar kat situ, pekerja dia cakap sehari je tinggal. Esok dah boleh ambil. Perghhhhh.. Apsal kat Manjung tu sampai minimum 2 minggu. Kami paham la depa pun bukan tiap-tiap hari pi Ipoh, tapi 4 bulan without any call?????? Hangpa buat apa???? Esoknya lepas hantar phone tu, kami ambil balik. Staff depa cakap depa tukar motherboard. OK la. Yet, the same problem still happened. So the next week, kami pi lagi service centre kat Ipoh tu, depa tukar bateri pulak. Tadaaaaaa!!! MAGIC! Sampai sekarang phone Pokcik tak pernah mati dah. Bayangkan almost 5 months ++ kami pi repair phone tu, tapi last-last masalahnya just BATERI sahaja. NONSENSE!!!...

Nak tau apa cerita lagi kelakar???

Masa first time kami pi Service Centre kat Angsana Mall Ipoh tu, kami cakap kami pernah hantar phone tu kat Aeon Seri Manjung dan depa cakap nak datang baiki sini. Staff depa bukak phone tu, lantas berkata, "TAK ADA PUN STICKER DAH PENAH HANTAR BAIKI SINI?", dan dia check system dalam komputer dia, again staff tu cakap, "DALAM SISTEM PUN TAKDE, MAKNANYA PHONE NI MEMANG TAK PERNAH HANTAR BAIKI SINI".

Now excuse my language, WHAT THE HELL YANG KEDAI ARROW LINK AEON MANJUNG TU BUAT FOR ALMOST 4 MONTH WITH THE PHONE????????

Memang marah betul aku. Aku siap tanya ada ke service centre lain kat situ. Depa cakap takde. Yang satu lagi kedai samsung dalam tu adalah kedai jual phone, juga bawah naungan ARROW LINK. Authorized Service Centre cuma satu tu, yang dikendalikan ONE MOBILE (kalau tak silap).

Oleh itu, silalah BERHATI-HATI dengan kedai ni dan kedai-kedai telifon lainnya, dan juga sales person yang tidak bertanggungjawab. Walaupun authorized punya kedai pun sila berjaga-jaga. Aku still wonder why si Kit tu macam "lari/mengelak" the last time kami hantar phone tu. Adakah memang betul phone tu tak dihantar? Hrmmm... Kata hantar service centre konon, Hampeh. Service centre dah buktikan phone tu memang tak pernah dibuka componentnya dan tak pernah ada dalam sistem pun.

Hangpa nak kencing orang kan, hah bankrup lah bisnes hang. Sekian.





-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...