Nursing


Tuesday, 4 November 2014

Lembaga Air Perak dan kisahnya.

Assalamualaikum,

Hai allz. Kesinambungan kisah air hari tu. Alhamdulillah air dah ada balik on third day. Hari kedua takde air, yakni hari pertama parent-in-law datang rumah, kami terpaksa berjimat-cermat pakai air. Jam 12.30AM the next day tu baru ada air. Tu pun bertahan sampai tepat jam 8AM. Aku dah memang emo, aku call Lembaga Air Perak. Sebabnya, takde respon langsung bila ditanya kat Fb. Aku call hotline 24jam depa pon tak bleh sambung, aku call LAP Manjung pon engage memanjang . Last-last aku call main office depa kat Ipoh. Aku call tanya pasal kerja-kerja penyambungan air kat Manjung, boleh pulak operator tu tanya, dah try call LAP Manjung ker?, aku jawab sepuluh kali call, sepuluh kali engage. Last-last depa bagi nombor bahagian operasi LAP. Sebelum tu aku dah terfikir nak call bahagian operasi depa, tapi takde nombor bahagian tu kat website depa. 

So last-last, aku call bahagian operasi. Aku tanya pasal operasi kerja-kerja penyambungan air kat area rumah aku tu, berapa lama sebenarnya. Sebabnya notis keluar untuk satu hari je, 9AM-9PM, tapi haram dah 3 hari air asyik on off on off. Terkejut orang yang jawab telifon tu. Dia cakap sepatutnya memang sehari je. Dia pun tak tahu tak siap lagi, sebabnya depa bagi tender tu kat contractor. Mengamuk dia kat contractor tu, dia cakap ni la masalah contractor, suka-suka hati buat kerja macam tu. Aku tambah lagi aku cakap kami ni simpan air cukup-cukup. Ni air tengah-tengah malam baru ada. Kalau tak terjaga tengah malam, memang tak sedar la nak menadah air ke apa. Orang yang jawab tu cakap, ok takpe, saya settlekan hari ni jugak dengan depa, menyusahkan orang betul la contractor jenis camni.

Aku bukan apa, dua tiga kali aku lalu kat tempat kerja penyambungan tu, sakit hati sebab air kat rumah takde, tapi nampak pekerja depa siap boleh main phone duduk atas jentolak pengorek tanah tu, pastu ada yang duduk sembang tepi jalan. Kerja tak siap-siap, yang menanggungnya kita yang takde air ni. Dah la duduk apartment, nak tunggu air dari luar penuh tangki pun satu hal. Sape tak emo woi. Kencing berak pun terganggu.

Lepas call, aku cakap kat in law aku suruh siap-siap. Pokcik pi kerja. Terpaksa la aku bawak in-law aku semua mandi manda kat masjid area bandar Lumut. Alhamdulillah Allah tolong, toilet kat masjid tu masyaAllah selesa dan bersih sangat. Toilet baru renovate, shower semua best lagi. Air pun laju ja. Memang sangat-sangat selesa la pendek cerita. Lepas mandi semua, kami pi jalan-jalan area Marina Island, then pi jalan-jalan kat Aeon Manjung sekaligus lunch kat sana. Oh, solat Zohor pun semua kat Aeon, alang-alang air ada kat sana. Habis situ, balik rumah dalam jam 2PM camtu, tengok-tengok dah ada air, Alhamdulillah. Tak sia-sia aku call depa. Atleast ada tindakan.

Apa-apa hal, aku rasa LAP patut BAIKI talian HOTLINE 24 jam depa. Hampeh bukan boleh guna pon. LAP Manjung plak engage manjang. Busy beno kome. Dan oh ye, kalau setakat update gangguan air kat fb baik tak payah. ADUAN kat fb perlu diambil kira. Sebab situ dah dikira customer service centre. Kalau ada fb setakat nak update benda-benda yang dah di update di website, rasanya tak perlu kot. Tengok aduan kat situ pun takde sape jawab, dan lagi sedih, aduan paip-paip bocor area Perak tu, depa buat bodoh je, dah seminggu pun takde tindakan. Memalukan.

Apapun, syabas dan tahniah untuk bahagian operasi LAP kerana bertindak pantas selepas aduan dibuat. :)



Aduan Fb tidak dibalas



Boleh tengok Fb Lembaga Air Perak kalau tak caya. Belambak aduan takde balasan. Yang dibalas pun yang dah berzaman punya aduan.




-adios-

1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...