Nursing


Tuesday, 21 October 2014

UTP Convo : Tahniah Abang Lim & Kak Athi

Assalamualaikum.

Hai allz. Pada hari Ahad yang lepas, telah dijalankan satu majlis konvokesyen ke 14 Universiti Teknologi Petronas. Kali ini, abang dan kakak ipar saya telah terlibat sekali dengan majlis yang penuh istiadat itu. Tahniah diucapkan kepada Abang Lim dan Kak Athi atas kejayaan mereka berdua mendapatkan Master of Science in Petroleum Geoscience. Saya dan Pokcik amat gembira dengan kejayaan mereka dan sangat berbangga kerana mereka ni memang power bab-bab belajar ni. Saya sungguh malu kerana semua tahu saya seorang loser.

Seawal jam 8.30AM, saya bangun pagi untuk bersiap dan mengemas bag sebelum kami bergerak menuju ke majlis tersebut. Kebetulan, kami ada kerja di Kuala Lumpur, jadi kami menyiapkan segalanya terlebih dahulu supaya kami tidak perlu berulang alik ke Lumut sebelum meneruskan perjalanan kami.

Tepat jam 10AM, kami bergerak menuju ke Batu Gajah untuk mengambil anak sedara di rumah pengasuh. Jam 11AM, kami sampai di rumah pengasuh dan mengambil Ilyaas dan Imani untuk ke UTP. Mereka berdua telah disiapkan oleh pengasuh dan mereka kelihatan segak dan cantik. Kemudian, kami menuju ke UTP. Sesampainya di UTP, kami parking di bangunan apa ntah, dan berjalan menuju ke Dewan Canselor. Kami turut membelikan 2 jambak bunga besar gedabak (kiriman emak dan ayah) dan juga 2 patung teddy bear bertuliskan "Congratulation" untuk diberikan kepada Abang Lim dan Kak Athi. Pada mulanya kami juga ingin membelikan bunga untuk mereka. Tetapi bila difikirkan terlalu banyak bunga yang akan dipegang oleh mereka, maka kami decide untuk beli teddy bear tu. Lagipun, boleh bagi Ilyaas dan Imani main-main sementara menunggu mereka keluar dari Dewan Canselor.


Daddy Joe with Ilyaas and Imani...

Imani omeyyy...


Selepas membeli belah, kami menunggu dan cari port best untuk melepak sementara menunggu majlis habis. Mujurlah cuaca tidak begitu panas, dan anak sedara semuanya well behave. Saya membawa bekal koko crunch untuk Ilyaas dan Imani. Jadi, sementara menunggu, bolehlah mereka mengunyah apa-apa. Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, ibu dan bapa Kak Athi datang untuk bermain dengan Ilyaas dan Imani sementara menunggu majlis habis. Hampir jam 1.00PM, majlis selesai dan kami berjumpa dengan Abang Lim dan Kak Athi. Kami mengambil gambar dengan banyak sekali. 


Well behave Imani...

Talkative Imani...

Bunga from Emak and Ayah...

Teddy bear from Pokcik and me...

Comel kan...

Pokcik, Ilyaas, me, Imani and Kak Athi's parents.


Selesai mengambil gambar, kami berasa begitu lapar. Kami bersurai dan menaiki kereta masing-masing menuju ke Restoran Tasik Raban yang berada berdekatan Tesco Seri Iskandar. 
Itulah sahaja cerita tentang majlis konvokesyen ke 14 UTP. Layan gambar jom...


Them with Emak and Ayah...

Them with Kak Athi's parents...

With Emak, Ayah and Kak Athi's parents...

Pokcik and me with them...

Fewwiiiittttttt...

Kami interprem sat...

Lagi...

Convo Selfie...

Selfie ngan Abang Lim plak...

Ohye, saya juga mendapat 2 kuntum bunga ros merah daripada Pokcik. Hal ini kerana saya berjaya meng "pau" Pokcik untuk membelikan saya bunga. Pokcik pon bersetuju kerana dah lama dia tak bagi saya bunga. Kalau saya tak cakap, mesti Pokcik buat dekkk jer pasal dia tidak romantik. Hahahahahahahahahahahahahaha...


Bunga 2 kuntum...

Flower selfie...

Love this. Thanks Pokcik...

Selfie lagi...

Pardon the jendul dahi...



Sekalung tahniah diucapkan kepada Abang Lim dan Kak Athi sekali lagi. Semoga rezeki anda berdua bertambah dan hidup diberkati selalu. Amiiin.








-adios-


1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...