Nursing


Wednesday, 29 October 2014

Air oh Air

Assalamualaikum,

Haiya. Semalam dan hari ni Allah tarik nikmat air bersih kat rumah ni kejap. Notis ditampal sehari sebelum, aku pulak tak keluar rumah, memang taktau la. Pokcik plak tak perasan. Dalam notis pulak tulis gangguan start Jam 9AM-9PM. Hampeh sampai jam 8AM pagi ni baru ada air balik. Stress betul. Aku cepat-cepat bangun mandi. Habis mandi nak basuh pinggan. Pulak air makin lama makin slow. Last-last habis camtu jer. Urghhhhhhhhhh...

Takde plak notis lain untuk hari ni. Jangan cakap semalam tak sempat siap dah la. Aku tak tau ni problem dari Lembaga Air Perak atau gangguan dari Apartment Bukit Permata ni. Rasa macam management Bukit Permata ni yang tak buka pam air tangki. Jam 8AM, orang management tu baru masuk kerja agaknya, baru buka pam. Urghhhhhhhh...

So now masih menunggu air lancar balik. Naseb baik la aku sempat tadah sebaldi dan sebotol besar air tadi. Air masak pun aku sempat masak dua, tiga round. Huhu...

Taktau la bila nak ada air balik. Malam ni mak mentua sampai. Adik ipar ada sekali. Anak sedara pun ada sekali. Tolong la air ada balik. Nak mop rumah. Dan banyak lagi. Hrmmm...

Semoga dipermudahkan.

InsyaAllah.

Amiiin...








-adios-

2 comments:

  1. Kesiannya sis. Tak lama lagi adalah tu. Sabar yea.

    ReplyDelete
  2. air xde...tetamu pulak nak dtg..memang kelam kabut la..mane nak ngemas umah lagi...cuci toilet bagai kan...kesiannye

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...