Nursing


Friday, 17 October 2014

#9 Travel Malaysia : Tanah Aina Farrah Sorayya, Raub, Pahang, Malaysia (Part 2)

Assalamualaikum,

WARNING : ENTRY BERGAMBAR PANJANG BERJELA.
THE X BUTTON IS ALWAYS AVAILABLE TO CLICK.


HAI! Hari ni kita cerita part 2 plak. Kalau Part 1 aku dah habis cerita dari awal sampai habis, Part 2 ni plak aku just nak cerita pasal jungle tracking yang dah termasuk dalam package aku tu.

So pada petang tu, kami gerak pi jungle tracking berempat, ditambah dengan staff Tanah Aina 3 orang. Sorang lead the way, sorang pegang camera, sorang lagi stay at the back. Pukul 2PM, kami dah siap-siap tunggu di reception. Aku dan Pokcik mula-mula pakai sport shoes yang kami bawa dari rumah. Masa aku usha harga package Tanah Aina ni, memang depa ada cakap better bawa kasut yang ala-ala crocs, pasai nak masuk air. Tapi kami punya plan last minute, kejadah la nak pi beli crocs plak kan. Haha. Dalam website tu jugak dinyatakan depa ada jual rubber shoes. So, kami memang dah standby duit untuk beli. Rubber shoes tu ada dijual kat kedai dalam Tanah Aina tu. Dengan harga RM12/pair, kasut tu memang selesa untuk ber-jungle tracking. Nama pun rubber shoes, Pokcik kata kasut tu sebenarnya buat pakai buat pi noreh getah. Ntah ye ke tidak. Haha...

After menghabiskan RM 24 untuk 2 pasang rubber shoes, kami pon gerak pi sana. First thing, depa suruh bergambar dulu depan signboard Tanah Aina. Pastu briefing jap. Staff depa bagitau total perjalanan around 20-30 minit untuk sampai ke air terjun. Dan begitulah sebaliknya. Katanya lagi, kalau tak hujan, boleh la balik ikut jalan sungai. Kira River Tracking lah pulak kan. So after finished briefing, kami start our journey.

Bergambar dulu...


Journey smooth jer. Ada naik bukit sikit, ada turun bukit ada kena masuk sungai aras lutut, ada kena masuk sungai sampai tenggelam.


Ni rentas sungai paras lutut...

Ni masa rentas sungai tahap tenggelam. Dah kat penghujung dah. Tu pasai nampak sampai tahap pinggang Pokcik...

Belakang tu couple yang skali ngan kami...

Mamat ni memang kalau dapat air, die senyum cenggini...

After merentasi sungai yang tahap tenggelam tu, kami sampai kat tempat waterfall ni. Memang best dan air sejuk gila babeng. Tapi nikmat berendam lepas berpeluh jungle tracking tu memang fuhhhhh...

Kat situ jugak ada platform setinggi berapa meter ntah. Tak ingat. Korang boleh terjun dari sini ke dalam sungai. Ini adalah sesalan terbesar aku. Sebelum ni, masa aku join water rafting kat Probolinggo, Jawa Timur, aku dengan berani dan selambanya terjun dalam sungai dari tebing setinggi 3 meter setengah. Kali ni aku tak tau apsal aku jadi penakut macam hampeh. Pokcik dengan selamba terjun. 2 kali plak tu. First time aku naik aku teragak-agak nak terjun. Adrenaline rush dia MasyaAllah. Aku turun balik. Aku taktau apasal aku jadi cenggitu. Second time aku naik, Pokcik teman. Last-last Pokcik yang terjun. Aku tercegat kat situ. Hahahahahaha. Geram betoi la. Tak tau apa kena dengan diri aku. Huhu... Nasib la couple yang lagi satu tu, wife die pon tak terjun sebab cuak. Takde la malu sangat aku naik 2 kali tak terjun. Hahahahaha... Dengan ini dimaklumkan aku ni makin lama makin sakit. Taktau la sakit apa. I hate when I can't do things I always LOVE to do. Hrmmm...


Ni yang second time ni. Last-last tak terjun pun. Huhuhuhu...

Pokcik disinari cahaya keimanan selepas terjun dari platform...

Still tengah amek mood. Mamat indon tu dah boring dah tunggu aku nak terjun, tak terjun-terjun. Haha...

Sembang-sembang plak. Terjunnya tidak. Haha...

Pokcik gian nak duduk bawah air terjun. Suka beno dia main air...

Berposing depan air terjun laju...

Berendam bagaikan badak...

Water Chicken Dance by Pokcik...

Ntah hape yang happy sangat pon taktau...

Dalam pukul 4 macam tu, staff depa ajak balik... Sebelum balik kena la bergambar dulu...


Berat seluar aku kena air. Ceit... Pasni nak main air sila jangan pakai seluar cotton. Cari seluar jogging yang ringan tu... Takpun pakai legging...

Depa ni pi honeymoon. Kami pengantin lama dah. Hahaha...

Habis bergambar, kami bernasib baik. Pasai hari cerah elok lagi, tak hujan lagi. So, kami balik melalui jalan sungai. River tracking. Actually river tracking ni lagi mencabar pasai batu-batu sungai ni licin. Berapa kali terslip dan terpeleot aku pon taktau. Bahaya jugak...


Baguihnya laki aku tak lepas pon tangan bini... (Padahal pegang lepas dekat nak 10 kali bini terslip kat batu-batu licin... Nak wat camne, bini hang memang jenis clumsy kalau jalan jer nak terpeleot...)

Ni kami dah sampai dah... Ni la river tracking...


Lepas dalm 20 minit river tracking, kami pon sampai la chalet. Sampai-sampai jer elok jer hari hujan. Staff depa soh pi minum petang dulu, baru balik chalet. Tengah makan, vrooooommm hujan turun dengan lebatnya ditambah dengan petir sekali. Haha...

Habis makan, berbekalkan payung yang disediakan, kami balik la chalet. Masa tu tengok air sungai pun agak scary. Air dah tak jernih, air jadi warna teh susu kurang manis, dan alirannya sangat laju hokeng. Maka, di kesempatan itu, dalam kesejukan, kami sampai chalet ja, terus tido tak ingat apa. Haha... Pukul 6.30PM macam tu lepas hujan dah renyai-renyai, baru la kami pi mandi... Hehe...

Overall, jungle tracking ni sangat best. Seingat aku ni second jungle tracking aku kot. Haha. Yang first masa dekat Pulau Redang masa tingkatan empat dulu. Masa tu aku ikut camping Kelab Pencinta Alam SMKSS. Panjat bukit kat Pulau Redang dan tengok keindahan dari atas tu MasyaAllah. Later kalau ada scanner, aku scan dan blog about it ok. Hehe...


Itu jer cerita aku hari ini. Boleh rujuk Part 1 untuk full story berserta bajetnya sekali.



Sekian, terima kasih.




-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...