Nursing


Wednesday, 15 October 2014

#8 Travel Malaysia : Tanah Aina Farrah Sorayya, Raub, Pahang, Malaysia (Part 1)

Assalamualaikum,


WARNING : ENTRY PANJANG BERGAMBAR. 
THE X BUTTON IS ALWAYS AVAILABLE TO CLICK.


Hello all. Hari ni aku nak cerita pasal Tanah Aina Farrah Soraya. Sebenarnya ini treat untuk Pokcik setelah 2 bulan lebih dok atas kapal sana. Dia habaq nak pi berehat bercuti, tapi taknak pi pantai ka, laut ka dan yang berkaitan dengan air biru lah. Dia habaq kalau bleh, nak pi air terjun. Aku pon survey la tempat-tempat air terjun yang best. Tanah Aina di dah lama masuk dalam list sejak-sejak aku like page die kat FB beberapa tahun lepas. Memang menarik. Tapi aku saja survey tempat-tempat lain, kot boleh dapat lagi murah dan affordable. Antara tempat yang aku survey adalah around Janda Baik dan Tasik Banding. Janda baik memang banyak tempat air tejun yang menarik dan affordable chalet, cuma tak berkenan. Haha. Tasik Banding pulak ada satu resort yang menarik, cuma harga dia mak oi, mencecah satu ribu semalam. Tak mampu den. Huhu...

Aku pi Tanah Aina ni very the last minute punya booking. Pasai Pokcik punya schedule tergantung. Jadinya, 3 hari sebelum pi, baru aku booking. Dan sesungguhnya leceh membooking last minute ni. Sebab depa tak layan booking via call, kena email. Email plak bukannya 24 hours staff dieorang online ye dak. Maybe yang pi sana banyak untuk team building, so depa prefer booking via email. Whatever it is, maybe depa bleh baiki lagi terutamanya part-part booking ni. Oh ye, kami ke sini 2 hari 1 malam sahaja.

Satu yang menarik pasal Tanah Aina ni, owner dia adalah MELAYU BUMIPUTERA ya rakan-rakan. So, aku yang sangat amat racist ni sangatlah menyokong bisnes melayu ni. HAHAHA... Satu lagi, Tanah Aina ni sangat menjaga air terjun depa. Sungai air terjun tu memang dibersihkan secara regular. Even dalam toilet depa pon semuanya pakai organic punya shower bath, shampoo and conditioner. Kita takleh pakai kita punya sabun shampoo semua pasai depa jaga nature environment depa.

Nak dijadikan cerita, aku booking kan Honeymoon Chalet, sebabnya, chalet ni yang ada direct access to air terjun. Harga boleh tengok kat website depa. Harga depa bagi tu memang dah sekali dengan 4 kali makan, jungle tracking, night walk dan morning walk. So memang sangat-sangat berbaloi. 

Bertolak pukul 10.30AM dari KL, dalam 11.45AM dah sampai. Agak jauh ke dalam ye perjalanan. Dari bandar Bentong tu kena straight jer, sampai masuk daerah Raub, nanti ada sign board, just ikut jer. Sampai sana, depa sedia tempat parking. Dari tempat parking tu akan ada trak kecik datang pick-up kita. Comel jer. Jalan nak masuk ke chalet depa memang kereta tak bleh lalu. Agak curam dan berlecah.

10 minit naik trak kecik, kami pon tiba di reception Tanah Aina. Sampai-sampai jer, disambut dengan air sirap mint, dan terus dibawa ke cafe depa. Reception depa kecik jer. Sampai cafe, staff depa suruh makan lunch dulu. Makanan depa agak menarik la. Banyak choice. Tapi yang bestnya, tempat cafe tu memang betul-betul sebelah air terjun. Best jer dengar deruan air terjun tu sambil-sambil makan. Feeling-feeling tenang gitu. Memang la tenang, line phone pon takdak hahahahahaha...

Habis makan, depa tunjuk bilik. Memang rasa macam duduk dalam alam bunian sangat. HAHA. Katil dalam Honeymoon Chalet ni memang cantik. Chalet plak tepi sungai, memang best la bunyi air terjun jer. HEHEHE. Tapi satu jer, bilik air dia kat luar. Banyak bilik air, cumanya terletak di luar. So kena jalan sikit untuk ke toilet which is, no privacy sket la. Nak ter-berry, terkucil tengah malam sape nak teman oiii pi toilet. Dah la tengah hutan. Haha...


Katil best... Haha...










Pokcik rasmi kerusi kat balkoni


View dari bilik. Bilik ni tak privacy sangat sebab sungai dia dekat dengan jambatan tempat orang lalu lalang.



Toilet di luar



Cantik dan bersih


Dah letak bag, kami pi jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Memang cantik. 



Jalan-jalan tengok kawasan sekitar







Maaf la Pokcik interprem







Habis jalan-jalan, kami masuk bilik. Rasa macam tak best plak bilik tu. Sebab kami dapat bilik paling depan, dekat dengan jambatan tempat orang lalu lalang. So, kami mintak tukar bilik sebelah. Naseb baik, staff tu OK jer. Chalet sebelah ni access to sungai dia lagi best dan privacy. Better lah pendek cerita.



View sungai dari chalet...



Ada makhluk sedang buat apa ntah kat situ...



Makhluk tu amek wudhu daa...



Gazebo sebelah chalet kiteorang. Malam-malam depa letak lilin so memang feeling romantik sesangat. HAHA...



Lagi view dari chalet...


Ada buai siap... Jalan ke atas sikit belakang buai tu, ada toilet...



After habis jalan-jalan sekeliling, kami siap-siap sebab pukul 2 ada jungle tracking. Pukul 2 tu kami pi tunggu kat reception. Kami jungle tracking berempat, ditemani 3 staff. Cerita jungle tracking pun panjang jugak, so nanti part 2, aku tulis pasal jungle tracking yer.

Abeh jungle tracking, depa suruh terus pi cafe untuk makan petang pulak. Haha. Brape kali makan daaa... Habis tu balik bilik, dan terus tertidur kepenatan sampai pukul 6 camtu. Masa kami kat cafe tu actually dah start hujan lebat. Disebabkan hujan lebat, impian nak mandi lepas peluh busuk-busuk tak tercapai sebab toilet kat luar... Nak pi toilet kena bawa payung bagai. MALAS. Haha...

Bangun-bangun jer, kami pi mandi, then lepak-lepak jap then terus pi makan malam pulak. Haha... Makan malam pukul 7.30PM dah start serve. Malam tu kami makan berdua jer. Orang lain makan ramai-ramai. Sebab kami berdua je dalam schedule tu dah ter-assign untuk makan BBQ. Haha. Gila banyak portion dia. Dah nama pun buffet. Tapi berdua. Memang tak habis makan la.

Habis dinner, kami pi lepak kat gazebo dekat-dekat situ gak. Ada yang main chess, kami tengok tv jer, dan tengok katak pisang sekor di dok melompat-lompat tanpa motif. Haha... Disebabkan petang tu hujan lebat, so malam tu takde la night walk sebab track kat hutan tu konfem-konfem licin. So, terpaksa la melepak jer...

Tak lama lepas tu dalam pukul 9.00PM, staff depa panggil pegi hall untuk tengok gambar-gambar and video masa jungle tracking. Memang pandai depa buat video. Habis tengok video tu, depa habaq if nak gambar and video tu bleh tulis nama, dan bayar RM 12 untuk sekeping CD. So ok la. Kami amek sekeping. Hehehe...

Habis dari tu, kami balik bilik dan tido sampai esok pagi. Esok paginya, habis semayang Subuh, kami siap-siap nak pi morning walk plak. Tunggu dekat hall, ada sorang staff depa guide panjat bukit. Sangat curam ye bukit tersebut sampai tersemput nafas dan lecet kaki aku. Haha... Dalam 15 minit jalan, kami sampai puncak. Memang cantik melihat keindahan Allah s.w.t. Salah satu kenapa aku suka travel pi tempat-tempat melihat alam instead of travel pi tengok bangunan, sebab ni la. Kecantikan ciptaan Tuhan yang tidak terhingga. Bahagia~~~



View from up...







Platform kat atas bukit...








Sun rise...



Subhanallah

Side yang masih dilitupi kabus











Tak paham apa motif










Embun di hujung daun






After dah puas duduk kat atas, kami turun bawah la. Haha.... Sampai bawah terus pi breakfast plak. Habis membuntatkan diri dengan heavy breakfast, kami jalan-jalan sekitar dan ambil gambar lagi.



View dari atas jambatan. Boleh nampak cafe dari sini.

View dari cafe. Betul-betul sebelah air terjun

Air sungai yang jernih. Ada ikan banyak...


Ini tempat orang nak buat fish spa ke cuci kaki ke... Ada disediakan sabun kat situ. Kat belakang tu chalet yang kami dapat masa mula-mula tu.

Dah puas amek gambar, kami masuk chalet dan bersedia untuk berendam air terjun lagi. Haha... Berapa kali berendam ntah...



View ke chalet kami

Nama chalet kami



Tangga direct access dari chalet ke air terjun


Lepak atas batu. Pasal sejuk sangat nak rendam satu badan. Haha...


Merenung padia pon tak tau


Bertapa


Muka tak mandi pagi lagi


Habis berendam, kami pi mandi bersih-bersih. Siap-siap nak balik pulak. Sebab after that, nak gerak balik Terengganu plak. Perjalanan masih jauh. Hehe...

After dah siap-siap, kami pi reception tunggu trak datang. Sambil-sambil tu amek pic lagi. Hehe. Staff kat situ majoriti Indonesian, and Nepal/Bangladesh kot. Aku pun taktahu. Tapi memang tak jumpa sorang pon melayu. Haha...



Dah balik baru nak bergambar kat sini. Kui3










Ruang reception...

Ni kedai kecil jual barang-barang keperluan


Ada benda alah ni kat reception


Surau


Dah lama menunggu, trak pon sampai. Naik la trak untuk ke parking kereta...







Kami dan bag jer dalam trak











Lecah di tengah jalan


Dah sampai parking


Ni la trak tu. Macam hilux jer. Memang hilux pon. Haha.


Ni perjalanan kami pulang. Baru keluar dari parking Tanah Aina.


Dah sampai kereta, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada Tanah Aina Farrah Sorayya. Harap-harap next time dapat la pergi dengan family besar pulak. Buat family day kat sini pun best. Hehehehehehe...


Total Bajet yang perlu disediakan :

Penginapan : RM 300/pax including 4 meals + jungle tracking guide + night walk guide + morning walk guide
Transport : RM 80 (Duit minyak pergi balik KL)
Kasut getah : RM 12/pair (later cerita kat part 2)
CD : RM12/piece

Total : RM 358/person



Kalau ada yang berminat ke Tanah Aina untuk cuti ke, honeymoon ke, family day ke, team buliding ke, bleh check out Tanah Aina website ye. Tanah Aina ni ada banyak tempat, yang paling besar and banyak facilities is Tanah Aina Farrah Sorayya ni la. Memang best dan recommended. Apetah lagi produk Bumiputera kita. Marilah menyokong! Hihi...



Sekian sahaja. Berjumpa lagi di Part 2. Terima Kasih.





-adios-


5 comments:

  1. Mewah betul. Jadi teringin pulak nak pergi. Sis ceritalah pasal bajet sekali. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik tak baca entry betul-betul/sampai habis ni. Ada saya nyatakan bajet sekali kat bawah tu :)

      Delete
  2. kelakar komen atas ni..

    ana, camera tu mcm dah x sharp sangat kan ke sebab kabus..
    gambar cantik tp mcm xsharp

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.... tau xpe...

      yup.. nak kena pi repair la.. sayang jer.. huhu

      Delete
  3. Wahh, best nya nampak suasana kat sini.. Next time, boleh try chalet ni pulak..

    Last week kami sekeluarga ke Janda Baik.. Suasana berkabus sama macam kat Tanah Aina juga.. memang best dan nyaman..

    http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...