Nursing


Monday, 27 October 2014

#1 Product Review : LAKME K. Theraphy Active

Assalamualaikum,

Hari ni aku buang tebiat nak review pasal barang ni pasal aku kagum wooo. Haha... Cerita dia ialah, Pokcik ada masalah rambut gugur. Sampai dah nak botak rambut dia, kesian aku tengok. Umur tak sampai 3 series lagi tapi rambut dah nak habis. Kalau dia ni bangun tidur, aku kemaskan tempat tidur, berlambak-lambak rambut dia ada atas bantal. Kalau lepas dia mandi, boleh tengok berapa banyak rambut atas lantai. Kalau tengok atas carpet depan tv pon, penuh rambut dia saje. Hahaha...

Sampai satu hari aku teringat. Dulu aku pernah problem rambut gugur. Masa tu pakai Head & Shoulder Shampoo and Conditioner 2 in 1. Dahla gugur, tetiba kelumumur macam banyak gilaaaaaaaaaaaaaa aku stress. Pastu aku pi saloon rambut kat area Kota Kemuning. Pemende ntah nama saloon tu. Depa buat treatment, and suggest aku guna shampoo Paul Mitchell Tea Tree Special Shampoo and conditioner skali. Memang segar dan wangi. So, aku pakai sampai habis semua tu dalam masa beberapa bulan. Memang berkesan, tapi aku tak continue, satu sebab kat Terengganu aku taktau mana nak cari shampoo tu, satu lagi sebab a little bit pricey. So, aku tukar pakai shampoo Sunsilk Pink, Alhamdulillah rambut pon okay jer dan takde gugur and kelumumur.



Paul Mitchell Tea Tree Special Shampoo and Conditioner, 75ml each.



Berbalik kepada kisah Pokcik. Aku dah lama suggest dia suruh pi beli shampoo macam aku pakai tu. Tapi banyak la alasan dia. Ada plak dia gi beli tonic rambut Ginvera, which aku yang bagi pakai tiap-tiap malam kat rambut dia pun, nampak takde perubahan pun. Makin kosong ada la. Rambut pun takde tumbuh baru. Hahaha... Pokcik pun mula merungut cakap ceh penat je beli tonic rambut mahal-mahal, takde kesan pun.

So, satu hari ni, kami pi jalan-jalan kat Aeon Station 18. Aku nampak kedai Shins, aku pi tanya chinese kedai tu. Ada tak shampoo untuk rambut gugur untuk dia ni (sambil tunjuk rambut Pokcik). Chinese tu terus amek shampoo LAKME K. Theraphy Active tu. Dia cakap shampoo ni banyak dapat award. Aku tanya lagi, kena pakai conditioner skali tak. Chinese tu cakap, oh no need la sebab rambut Pokcik pendek jer. Aku pun macam ok la. Tanya price, RM 69.00. Aku pun okay la. Angkut satu buat balik.

Masuk bulan ni baru sebulan Pokcik guna shampoo tu. Aku kagum pasal dah takde dah rambut-rambut berterabur kat dalam bilik air ke, atas bantal ke, atas karpet ke, semua dah clear. Hahaha... Pokcik tetiba semalam cakap kat aku, "Perasan tak, dah kurang rambut gugur kan lepas guna shampoo tu?" Hahahahah... Memang aku sokong sangatlah statement tu. Hehe... I'm a happy wife. :)

Anyway aku review ni bukan dapat penaja ke apa. Cumanya aku nak berkongsi produk-produk yang best untuk dipakai. Dan kalau aku cakap berkesan, memang berkesan la. Sebab aku ni suka try produk, and aku memang perhati betul-betul menjadi ke tidak produk tu. Kalau dalam masa sebulan takde kesan apa, aku start la malas nak pakai. Hahahahahaha...

Dan aku juga bila Pokcik pakai dan menjadi, aku pun start la menyibuk sama. Haha... So far, memang best. Cumanya aku pakai dengan conditioner Sunsilk Pink. Tapi okay jer, rambut memang lembut sesangat. Dan tak gatal. Dan tak gugur. Pendek kata korang try lah kalau ada masalah sama dengan kami ni. Hihi...


LAKME K. Theraphy Active, 300ml.


Rate for this product :
Quality : 5/5
Price : 4/5
Overall rate for this product : 9/10



P/s : Paul Mitchell Tea Tree Special pun best dan berkesan jugak untuk rambut berkelemumur dan gugur. Dekat Shins pun ada jual. Tapi tak sure harga. Aku beli dulu pun dah lama, dah lupa dah. Haha...



-adios-








No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...