Nursing


Friday, 18 July 2014

MH 17 and rumors

Assalamualaikum

It was around 11. 25 PM when I headed to my room to sleep when I saw this...



Terus kaki stop. Bagitau mak. The first post about MH17 that appeared on my news feed was that one. Only minutes after that one by one news came out. Terus switch TV to Awani. Takde berita. Buka CNN... Tu dia... Depa awal skali... Sesuatu sungguh CNN ni... Pastu pulak berita katanya kena shot down by Russian... Memang bertambah la ke"sesuatu"an di situ... Dalam kepala otak ni macam-macam dok pikir. Apa jadi ngan depa? Apa jadi ngan family depa? Apa jadi ngan Malaysia nanti? Memang heartbreaking, scary dan macam-macam perasaan lagi... At the same time bersyukur sangat. Sebab abang dan kakak ipar aku dah balik Malaysia. Depa pun sama naik MH17 masa balik on 21 June baru ni. Alhamdulillah.

Dekat nak sejam juga dok ikut news kat TV. Around 12. 30 AM, emak dah suruh tido. Takut tak terbangun sahur katanya... Aku masuk bilik. Baring atas katil. Scroll phone lagi. Masih baca berita-berita tu semua. Sampai scroll aku terhenti kat name list crew yang terlibat. Aku baca..... dan tiba-tiba aku terhenti kat satu nama yang sangat familiar... Aku tengok nama tu, aku cepat-cepat buka facebook dia. Memang sah dia lah orangnya. Aku tengok profile dia, baru jer dia upload gambar dia berjalan-jalan sorang-sorang kat Amsterdam. Astaghfirllah. Terketar-ketar tangan aku. 

Hari ni ni aku scroll lagi. Sedih aku tengok wife dia dan family dia masih berharap dia selamat. Sangat-sangat sedih. Aku tak ada la baik dengan dia. Pernah jumpa pon cuma sekali sahaja secara kebetulan. Ketika aku baru mahu ke Surabaya, dan dia baru habis flight dari Jogja. Masa tu dia still kat fleet B738. Kenal dia dari zaman friendster. Sampai lah ke zaman facebook. Sepanjang kenal memang dia soft spoken dan rajin melayan orang gila macam aku ni. Lagi la masa zaman ber-friendster dulu, dan zaman gila kapal terbang suatu ketika dahulu.

Hrmmm... Aku tak sedar bila aku terlelap. Yang aku tau last aku tengok jam pukul 0230AM. Around 0330 AM aku terbangun lagi. Tak sedap hati. Aku scroll lagi phone. Last-last terlelap macam tu je.

Aku terjaga pukul 0445 AM. Scroll lagi FB... Keluar pulak cerita Sabah kena serang. Aku rasa macam nak tercabut jantung. Air mata toksah kira la. Bukan nak berdrama. Tapi sape tak risau wei... Laki aku kat sana. Huhu... Cuci muka dan terus turun bawah. Mata dah merah. Emak tengok pelik. Terus aku tunjuk mesej ni.




Emak just cakap doa banyak-banyak. Emak suggest mesej kawan-kawan husband untuk tanya kesahihan cerita. Alhamdulillah dengan bantuan, kawan dia kata tak ada berita apa-apa. Lepas Subuh, aku tertido sampai around 1000AM baru bangun. Sembang dengan mak, tengok TV, suddenly ada whatsapp masuk. Lega sangat-sangat. Husband mesej. Alhamdulillah dia cakap tak ada apa-apa. Dia pon baru sampai kawasan yang ada line. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah.


Over all... 

Takziah untuk keluarga 
FO Muhammad Firdaus Abdul Rahim 
and
the rest of the crew and passenger 
of 
FLIGHT MH 17
May ALLAH bless your soul




And to whoever yang shot down the aircraft, nantikan balasan korang kat akhirat. Ko sasarkan commercial aircraft, and took away innocent's people life. Allah knows the best.


Kenangan Februari lepas masa aku post kat FB tentang cerita ni...





p/s : Tolong jangan sebarkan :

1. Cerita tak sahih. Terseksa tau dapat tau macam tu. Semua rasa tak kena. Cuba kalau korang dalam situation aku. Apa korang rasa?
2. Gambar-gambar mayat-mayat semua.

HAVE SOME RESPECT





-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...