Nursing


Saturday, 10 May 2014

#8 Travel Malaysia : Pulau Kapas, Terengganu, Malaysia.

Assalamualaikum

Hello. Actually entry ni dah lama dalam draft... Tapi tak publish sampai sudah... Haha...

Hari tu aku pi Pulau Kapas. Dah lama. Bulan August lepas. Saje je masa tu aku dah lama kempunan nak pi pulau. Hajat nak pi Pulau Redang or Perhentian tapi takdak geng. Naseb la masa honeymoon boleh pi pulau gak hehehehehe...

Jadi percutian kali ni cuma 2 hari 1 malam. Makan angin dengan adik-adik aku. Beberapa hari sebelum pi sana, kami pi book resort + package skali kat jeti Marang. Bayar half of deposit. Kami pi ke sana dengan package dari Kapas Coral Beach Resort.

Pagi Jumaat jam 8.30AM, ayah hantar kami pi jeti Marang. 20 minit je dari rumah. Boat gerak around jam 9.30AM. Perjalanan ke Pulau Kapas amek masa around 25-30 minit je kalau naik ferry. Kalau naik speed boat, around 20 minit saja.


Nostalgia betul jeti ni. Tempat aku pick up pokcik masa zaman baru-baru kenal dulu. Haha...




Sampai-sampai je pulau, kami terus check-in then lepak bilik sat. Tanya kat reception snorkelling trip jam berapa. Depa cakap nanti depa bagitau balik. Dalam 15 minit lepas masuk bilik, pekerja resort ketuk bilik cakap suruh siap-siap nak pi snorkelling. So kami pon siap-siap.


Ni la room kat Kapas Coral Beach Resort. Ok la sebab this one resort baru...


TV channel tak jelas. Hahaha...


Chalet sebiji-sebiji. Best sebab senang nak jemur baju yang dah basah after berenang.









After dah siap-siap, kami terus pi kat boat yang sedia menunggu kat tepi pantai. Naik boat dalam 5 minit then sampai tempat untuk snorkelling. Takde la tengah laut sangat tempat tu. Since aku dan adik-adik aku tak berapa pandai nak berenang sangat, kami pon pakai la life jacket ngan goggle untuk snorkelling. Kami snorkelling dalam 2 jam macam tu kot. Tapi coral kat sini tak secantik kat Redang la... Banyak yang dah mati... Warna pun pudar je... Ikan pun tak banyak sangat... Sedih... Sobs...



Naked face + sunblock kahkahkah


Dah macam makcik-makcik dah tudung gua. Hahaha...

Dah habis snorkelling kami pun balik. Balik jer terus lunch, masuk bilik then krohhhzzz sampai petang... Jam 5.30PM camtu kami keluar balik, pi snorkelling kat tepi pantai celah-celah batu plak. Boleh tahan banyak ikan gak la... Tapi ada satu ikan tu die punya lidah macam ular. Tobat la scary, memang aku sengaja terapungkan badan jer kat situ. Aku ni binatang-binatang macam ular ni aku tak bleh tahan sket. Geli geleman. Huhuhuhuhuhuhu...

Dah abih tu kami pi dinner then masuk bilik. Dalam pukul 9PM camtu keluar balik. Order air kat cafe then lepak-lepak. Pastu pi melepak tepi pantai plak sambil tengok mat saleh dok berdisco kat chalet sebelah. Hahaha... Dalam jam 10PM camtu terus masuk bilik. Masak megi plak. Hahaha... Memandangkan malam tu malam 31 August, apalagi, jam 11.30PM kiteorang keluar balik. Resort sebelah tengah buat countdown 31 August. Kami dok baring-baring jer kat tepi pantai sambil dengar-dengar lagu. Tepat jam 12 jer, pom pom pom pom pom bunyi fireworks. Hahaha... Tapi yang bestnya bunyi tu kat tanah besar, bukan kat pulau. Memang sederet banyak gila tempat boleh nampak fireworks meletop. Dekat nak setengah jam baru habis fireworks. Masa tu pun mat saleh mat saleh dah start balik bilik dalam keadaan mabuk. Haha... Kejadah la... So kami pun masuk bilik jugak dan tido.


Layan twisties dan lek lek minum air dulu...


Tu adalah gambar fireworks. Hahaha... Tak jelas pasal pakai camera phone jer. Huhuhu...

Esok pagi, lepas subuh, jam 7AM kami dah siap-siap kat tepi pantai. Nak berendam. Hahahahahaha... Tapi air sejuk gila. Redah jer la sebab semua kempunan nak mandi pantai. Habis mandi terus pi breakfast, then terus pi siap-siap tunggu boat nak balik dah. Jam 12PM, boat sampai dan kami pun balik. Ayah tunggu kat jeti.

So... Total cost untuk 3 orang including room for 1 night + return boat transfer + 1 breakfast + 1 lunch + 1 dinner + 1 snorkelling trip adalah +- RM 180/pax. For life jacket + snorkelling goggle rental : RM 15.  So, total damaged around : RM 195/pax. Biasanya chalet-chalet and resort camni, kalau lagi ramai duduk satu bilik, lagi banyak boleh kurang cost. Hehe...

Bye bye Kapas!

Sunset at Kapas...


Subhanallah. Abaikan duyung dan dugong tersebut...





Habis cerita.







-adios-






4 comments:

  1. rindunyeeee kapasss~
    huhu. kite gi dulu amik package kapas island resort.
    190/ pax for 3d2n.
    hee. pergi satu class dapat la harga camtu.

    kalau lah kapas tu pun kite dah rasa okey water ngan coral dia mesti redang lagi kebabomm kan?
    aaaa. nak gi redangggg~

    p/s : jumpe nemo tak kat sane? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai afiqah..
      haha... coral beach resort ni baru lagi.. chalet die pun cantik lagi. hehe...
      kapas tak cantik sangat.. try la pi redang or perhentian... pi kat marine park die. mmg worth it la... x puas tengok ikan and corals... xpun nnti masa honeymoon ajak la orang laut berjalan sana.. hihi

      btw... mesti la jumpa nemo! hahaha... nemo paling senang jumpa... heheheh...

      Delete
  2. hello everyone ... well also provide package to redang island or perhentian island ... Contact us

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...