Nursing


Wednesday, 7 May 2014

#1 Be Creative : Cold Towel

Assalamualaikum,

Huaaaaarrggghhh ngantuk.

Anyway anyhow hari tu aku ada la baca dekat Telekung Project ni pasal cara nak buat cold towel. Fuhhh, macam best jer kan. Apalagi balik rumah terus la sibuk nak buat... Hahaha...

Cold towel ni tuala sejuk la. Hahaha... Direct translation. Kalau korang naik flight first class ke, pi spa ke or pi mana-mana tempat exclusive biasanya diaorang bagi cold towel untuk refreshing.... Memang best. Tapi actually aku tak pernah tau pun macam mana nak buat hahahahaha...

So, thanks to Telekung Project sebab bagi idea untuk buat cold towel tu. Senang jer, meh tengok!

Barang-barang :
1. Towel kecik
2. Minyak pati aromatherapy / cologne / perfume
3. Air sejuk / peti sejuk
4. Tupperware
5. Tambahan : Serai dan daun limau purut

Cara-cara :
1. Lipat towel kecik-kecik atau gulung-gulung.
2. Dalam satu gelas, titiskan 5-7 titik minyak pati aromatherapy / cologne / perfume, kemudian letakkan air sejuk sampai penuh satu gelas.
3. Susun towel yang dah dilipat tadi dalam tupperware, kemudian curahkan campuran air dalam gelas tadi atas towel tadi.
4. Pastikan towel dah cukup lembab atau tidak terlebih lembab. Kalau tak cukup air, tambah jer lagi. Kalau terlebih air, err, perah la kot. Hahaha...
5. Potong serai sederhana besar dan taburkan bersama daun limau purut atas towel tadi.
6. Tutup tupperware dan sejukkan dalam peti sejuk.
7. Biarkan dalam 2-3 jam.
8. Sedia dihidang!


Lipat towel ikut kreativiti...


Ok. This one is minyak yang letak kat burner aromatheraphy tu. Jangan la letak minyak ni plak ye. Aku pakai cologne jer. Tapi lupa amek pic. Hahaha...


Taburkan serai dan daun limau purut untuk tambah bau harum.



Aku dengan rajinnya buat benda ni semalam. Aku pun hulur la kat Pokcik yang baru sampai rumah after drive dari KL semalam. "Nah, amek buat lap badan bagi segar..." Korang tau dia jawab apa?



"Weiii, ni apehalllllll plak tetiba buat menatang ni?"




Hahahahahahahhahahahahahhahaa... Terpaksa gua pasrah dan sambung masak. Dem.



Anyway, don't forget to like page Telekung Project ya semua? Depa now ada open untuk sesiapa yang nak sumbangkan dana untuk Ramadhan Kit untuk diberikan kepada orang-orang kurang berkemampuan pada bulan Ramadhan nanti. So, boleh la ambil peluang ni untuk sesiapa yang nak menderma. Telekung Project sendiri memang setahu aku banyak buat charity project antaranya tolong basuhkan telekung-telekung dekat surau-surau di mall and even surau kat highway!  Depa juga ada buat project bubur. Korang boleh check out depa punya project and activity kat page Telekung Project ni. Hehe



Till then, toddles!





p/s : Teringin nak ada pusat charity sendiri. Boleh gabung dengan pusat penjagaan kanak-kanak sekali. How awesome is that?











-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...