Nursing


Wednesday, 30 April 2014

#7 Travel Malaysia : Pulau Redang, Terengganu, Malaysia

*** AMARAN : ENTRY BERGAMBAR PANJANG BERJELA***


Assalamualaikum,

Hola. Dua tiga hari ni aku tak berapa nak sihat. Hasil dari menyemak kat Navy Day selama dua hari berturut-turut. Later la cerita yang tu, tu pun kalau rajin. Sekarang ni demam on off, sakit sengal urat satu badan, tonsil enlarged grade III, etc. Package lengkap wa cakap lu.

Anyway anyhow, hari ni saja menggatai nak review trip honeymoon first kat Pulau Redang. Haha. Dan trip ini sesungguhnya sangatlah budget trip kerana ditaja sepenuhnya oleh Dato' Toh, tokei Laguna Redang. Thank you very much Dato' for sponsoring our honeymoon trip. Amacam, feeling retis tak? Hahahaha... Walaubagaimanapun, kami tak ditaja honeymoon punya package, just a regular one. But Alhamdulillah at least jimat tersangat perbelanjaan. Hahaha...

DAY 1

So few days after Pokcik's reception, kami gerak pi Redang. Awal-awal pagi dah pi. Boat pukul 9. 30AM. Jam 9. 20AM kami sampai kat Jeti Syahbandar KT. Thanks Pokkeng hantar kami. Sampai-sampai je, terus pi kat counter Laguna Redang, tulis nama + number phone, then dapat boarding pass. Masuk je kat waiting room, depa baru nak panggil passenger masuk dalam ferry. So ok la, just nice jer timing. Nak masuk dalam ferry tinggal je bag kat luar tu, depa bagi bag tag. So nanti dah sampai hotel baru kita claim balik bag. Yang lain, depa angkut.

Ferry kosong takde orang... Hahaha...

Naik ferry around 1H45M, baru la sampai kat Pulau Redang. Kalau naik speedboat dalam 1jam setengah dah sampai if gerak dari jeti Syahbandar. Tapi kalau dari Jeti Merang, Setiu, dalam 1jam15 minit dah sampai. Memandangkan ni first trip aku pi Redang naik ferry, apa yang kiteorang buat dalam ferry? TIDO. HAHAHA. Aku and pokcik dua-dua terbungkang tido. Ferry pun dah macam aircraft ada aircond segala. Memang syok la tido. Sebelum ni trip aku pegi Redang, semua naik speed boat. Dan semua bertolak dari Jeti Merang. Redang ni kira favourite pulau aku dalam banyak-banyak pulau. Dulu masa emak still kat UMT, if ada trip, aku la muka utama yang menawarkan diri nak ikut pi Redang. For aku pantai die memang cantik, corals, ikan-ikan dan hidupan laut yang lain banyak dan belum tercemar. Memang seronok la pi snorkelling. Haha...

Ok sambung cerita.. sampai-sampai je pulau dah around 11. 15 AM. Turun ferry, then terus naik shuttle-bus-kecik-open-air-xtau-apa-nama untuk ke lobby hotel. Masa kat shuttle tu depa dah briefing aktiviti apa je yang depa buat. Biasanya resort dan hotel-hotel di Pulau Redang ni memang dah ada depa punya package and schedule sendiri. Usually package tu dah includes breakfast, lunch, dinner, 3 snorkelling trip (1 Marine Park, 2 open sea). Biasanya add on RM 20-30 per pax untuk sewa life jacket and goggle. So kami punya schedule hari tu pukul 3PM ada snorkelling trip kat open sea. Habis briefing, shuttle tu pun gerak pi kat lobby dan kami dapat welcome drink. Asam boi. Pergh nyaman. Dan ketika itu pantai dah tersergam indah. Waktu-waktu tengah hari macam tu memang la warna pantai yang paling cantik. Tapi untuk berendam time tu............. Haha... Panas gila dan konpem sunburn walaupun dah letak sunblock.


Subhanallah, cun gila!

So after minum asam boi, kami pi register kat booth depa. Register letak nama, nombor IC and number phone. Then depa tanya kita nak amek ferry trip balik semula ke tanah besar jam berapa and bagi kupon makan and kupon snorkelling trip. After that depa soh pi tanya kat reception if bilik kiteorang dah ready ke belum. Nasib la dah ready, so apalagi, terjah masuk bilik la. Hahaha...


Bilik kami...

Siap ada katil lebih... Taktau nak bagi sape tido. Hahaha... Nasib takde momok... Wuwuu...

Amek gambar sinki jer. Gambar bilik air ada rupa Pokcik tersengih buat peace. So aku terpaksa untuk tidak memasukkan gambar tersebut. Hahahahaha...

Masuk je bilik, rehat-rehat dulu, tepat jam 12.30PM kami gerak pi restaurant untuk lunch. Gila dok kat sini gemuk macam tu je pagi siang malam makan buffet. Haha... Tapi dimaafkan la sebab memerlukan tenaga untuk snorkelling dan jalan mengharungi pasir lembik. Hahaha..... Makanan kat Laguna ni kira sangat ok la. Ada menu malay, western and chinese. So kira ok la. Pokcik tu everytime makan dia amek kambing. Naseb lepas tu dia tak berbunyi mbekmbek.

After lunch, kami terus pi bilik, solat semua then siap-siap nak pi snorkelling. Sebelum pi snorkelling, pi sewa life jacket and goggle dulu kat sports centre. Dah siap-siap standby duit nak bayar, sekali pakcik tu cakap dah dibayar dah. Yeay jimat pitih gua. Then terus gerak pi jetty. Lepas tu briefing jap then terus naik boat gerak pi area Teluk Kalong. Pokcik dengan muka innocent pakai life jacket. Padahal sah-sah dia tau berenang. Cuma die kata open sea, takut lifeguard yang ikut tu bising. Dah pakai jacket tu dia bising pulak cakap berat nak berenang la, slow la ape la. Haha... Aku hanya mampu pasrah. Dah la masa snorkelling tu cemerlang tak cemerlang Pokcik ni, die punya batang bubble kat goggle tu loose, jatuh kat dasar laut. Hahahaha... Pokcik dah siap-siap nak bukak life jacket konon-konon nak menyelam, malangnya underwater current kuat time tu, so tak jumpa cari tempat jatuh tu. Akhirnya, kami hanya pasrah sebab konpem-konpem la kena kuarkan duit ganti benda alah tu.

Ni muka masih bersunblock...

Dah dalam sejam setengah berendam kat situ, kami dipanggil naik atas boat. Nak balik dah. Tapi for aku kat situ coral tak cantik. Banyak yang dah mati. Sedih. Huhu... Masa dah nak sampai boat tu, ada sorang mamat lifeguard ni datang kat kiteorg, "Bang, ni abang punya eh?", sambil tunjuk batang bubble tu. Hahahahaha... Serta merta aku terjerit Haaaaaaaaaaa naseb baik jumpaaaaaaaaaaaa Hahahhahahahahahhaa... Alhamdulillah jumpa. Selamat duit gua. Rupanya bila bukak goggle tu memang dah patah bulatan tu. Patut la loose semacam. After sampai jer hotel, kitaorang pi tukar balik amek goggle baru. Hehe. Gembira la Pokcik.


Masih ada sunblock, namun dah sunburn... Camne tu? hahahhaha...

Balik tu tido dan rehat sebab dah penat sangat. Jam 6.30PM, kami jalan-jalan sat amek pic tepi pantai then terus gerak pi restaurant untuk dinner. Makan sampai kebuntat. Lepas tu balik bilik balik solat sat. Then keluar balik tepi pantai layan live band. Kiteorang duduk je kat kerusi kayu. Yang bestnya langit clear, so boleh nampak bintang segala. Nampak macam romantik kan tapi sebenarnya bosan nak mampus. Hahahahahahaha... Last-last kitaorang jalan pi resort lain tepi-tepi tu, tengok ada disco ke apemende ntah, lepas tu patah balik lepas tu boring last-last masuk bilik balik. Hahahahahahahaha.... Romantik giler kan honeymoon? Hahahahahahahaharam...


Berjalan-jalan di tepiii pantaiii...

DAY 2

Next day, pagi-pagi lagi dah bangun. Pukul 6.50 AM aku dah siap-siap pakai baju walaupun tak mandi lagi, then pi tgk sun rise... Tapi first day punya sun rise macam takde uhmm sangat pasai ada awan sikit. Tapi takpe, amek jer pic. Kang esoknya hujan kang naya menangis takde gambar bermakna ni. Dalam bab ni best pasai aku dengan Pokcik dua-dua jenis enjoy tengok keindahan alam selain tengok keindahan manusia, duyong mahupun dugong yang berterabur kat sini. Hahahaha.... Habeh bergambar terus naik restaurant, pi breakfast. Sekali lagi proses membuntatkan perut masing-masing berjalan lancar, untuk persediaan mengayuh kaki kat Marine Park nanti. Hahahaha...


Sunrise... Malu-malu kucing jer matahari ni nak terbit. Kucing pun tak semalu ni.

After heavy breakfast, masuk bilik jap siap-siap then jam 8. 50 AM kami dah terpacak kat jeti. Tunggu boat nak pi Marine Park. Oh ye, tiket untuk Marine Park ni RM 5/pax. Yang ni kena bayar before naik ferry kat jeti Syahbandar lagi. So masa nak naik boat pi Marine Park tu baru depa mintak tiket. Naik bot tak berapa laju (ala-ala bot nelayan), dalam 20 minit camtu sampai la kat Marine Park. Aku dan Pokcik sudah tidak menahan kesabaran tengok air laut biru cantik je. Cepat-cepat pi cari port letak bag, life jacket on, goggle on, vroom terjun. Ok tipu, kiteorg jalan slow-slow dari pesisir pantai menuju ke tempat dalam banyak coral. Kali ni Pokcik dengan eksyennya tidak memakai life jacket. Lantak la dah dia pandai berenang. Aku ni berenang sikit-sikit boleh la, berenang ala kampung. Tapi bab-bab laut ni aku tak boleh sket. Takut underwater current tak pepasal aku terheret pi tengah takde orang jumpa naudzubillah.

So bermulalah episod snorkelling dengan taksubnya. Apa yang aku perasan, coral kat Marine Park pun dah banyak yang hambar. Kalau dulu everytime aku melawat, coral dia memang terbaik wa cakap lu. Nemo a.k.a clownfish PENUH, coral semua warna warni. Tapi kali ni aku agak sedih kerana macam dah tak hidup sangat. Sobs. Dah agak-agak penat snorkelling, kami pun pi kat tepi jeti. Melepak kat tangga sambil-sambil tunggu turn untuk amek underwater photo. Macam kat Laguna Redang ni, setiap kali snorkelling depa ada underwater photographer. So depa akan guide and pimpin kita bawak pi kat area banyak ikan, then ada sorang lagi akan snap gambar. Gambar tu setiap keping dijual dengan harga RM 7, softcopy ONLY. Takdak hardcopy. So kena pandai-pandai print sendiri. Hahaha...

Sampai je turn kami, mula-mula depa suruh amek photo berdua. Pokcik menyelam, aku ditenggelamkan oleh depa. Hahahahaha... Tobat la bleh lemas aku. Hahahaha... Tapi enjoy je. Bila lagi nak merasa dilemaskan secara sedar. Hahaha... Lepas tu, amek pic aku sorang, and then disebabkan Pokcik boleh berenang, depa bawak pi jauh sikit, dekat area ikan-ikan yang jarang datang situ and coral yang cantik-cantik. Lepas dah habis semua, kami pun dah penat, kami pun berenang-renang itik ke tepi pantai dan lepak bawah pokok plak. Baru lepak 10 minit, dah ada annoucement "Laguna time's up", lalu kami pun pi la masuk boat.

Masa ni depa suruh bukak goggle. Tobat mata aku tak nampak apa-apa. Kabur jer, tapi steady boleh sengih. Hahahha...

Haa... ikan ni la yang depa cakap jarang ada. Aku pun taktau betul ke tak... Tapi depa heret Pokcik pi menyelam kat sini la... Haha...
*gambar berdua tak boleh publish pasal harooom. Hehehe...

Dah balik tu, sampai je jeti terus pi masuk bilik, mandi-mandi semua then siap-siap pi lunch. Tak sia-sia kami membuntatkan perut pada pagi itu kerana masa tengah hari tu kami dah lapar gila macam satu minggu tak makan. Pergh. Habis jer lunch, masuk bilik, solat then apa lagi krohhhz krohhhz. Patutnya petang tu ada satu lagi snorkelling trip kat open sea. Tapi kami decide untuk tak pegi and lepak pantai jer. 


Okay masa ni sangat amat cantik pantai dia. Ala-ala Maldives. Tak kesampaian pi Maldives, datang sini pun takpe laaa. Sobs...

Dalam pukul 5. 30PM macam tu, kami keluar pi tepi pantai kat resort tu. Cuci mata dengan segala jenis duyong dan dugong. Pokcik plak sibuk dok ajak aku pi beli air bubble tea kat resort sebelah ni. Melayang la RM 9.90. Hahahaha... Pastu lepak duduk bawah pokok kelapa sambil makan snack yang aku bawak bekal. Snack apemende ntah yang warna hijau-hijau tu. Pastu Pokcik sekali lagi menunjukkan perangai kempunan mandi lautnya. Last-last dia terjun gak laut kat pantai tu. Tak sampai 10 minit dia datang kat aku balik. Siap cakap nak pi bilik sat, amek goggle. Dia cakap banyak ikan cantik-cantik. Aku ni pantang sikit dengar perkataan sebegitu. Apalagi, Pokcik diarahkan untuk amek tudung swimming aku ngan life jacket and goggle aku. Sementara Pokcik pi bilik amek semua barang tu, aku lepak bawah pokok kelapa jer. Jauh kot nak balik bilik. Hujung ke hujung. Biarlah yang gagah dan kononnya fit (fit ker?) tu pi amek. Hahahahaha...


Cun kan? Maksud aku laut la... Kalau aku semua dah tau dah... HAHAHAHA...



Gambar ni masa Pokcik dah survey laut. Sebelum arahan dikeluarkan untuk pi amek barang dalam bilik. Hahaha...
Dah dapat tudung, tukar, sarung life jacket, pakai goggle, lalu aku pun ikut terjun. Hahahahaha... Memang banyak ikan kat situ. Coral pun banyak walaupun tak warna warni sangat. Pokcik bersuara, dia cakap kan best kalau ada roti. Aku dengan serta merta bagi cadangan suruh bagi makan snack yang kiteorang makan tak habis tadi. Hahahahha... Mula-mula test jer, sekali banyak plak ikan datang. Apalagi, menyelam kepala sambil hulur tangan la. Memang banyak ikan cantik-cantik. Tapi tobat aku tak tau apa nasib ikan-ikan tu pasal makan snack tu. Berapa kilo MSG ada dalam snack tu pun aku taktau, dan efek terhadap ikan pun aku taktau. Harap-harap korang beranak pinak lagi banyak la eh. Amiiiin.

Masa tengah syok bagi makan ikan, ada sorang pakcik cina ni datang kat kiteorang. "Hey you guys, you guys swim that way la, got baby shark, five or six of them, really nice"... Kami pun macam, really??? Dengan muka excited. Pakcik cina jawab, "Iye, go la rugi tak tengok. Jarang-jarang baby shark datang sini. You guys go around batu-batu tu... Kat situ they swim"... Kami pun ok pakcik thanks atas info berharga tu. Hahaha... Kami pun pi area tu. Memang ada pun! Comel je sebab shark kan kalau die tak bukak mulut macam orang tua takde gigi sket. Tapi yang ni baby shark so kecik je. Kecik tapi muka cam orang tua. Haha... Comel la ko baby shark. 

Tak lama lepas tu pakcik cina tu datang lagi, bagi teka teki sambil pegang menatang hitam ni. "Guess, what is this?"... Konpem-konpem la aku dan Pokcik kenal menatang ni lalu dengan konfidennya menjawab "GAMAT!!!" Hahaha... Pakcik cina tu gelak je sambil angguk-angguk. Dah puas snorkelling kami pun balik bilik hotel, mandi, solat, and pi dinner. Malam tu kami pi kat sports centre, pulangkan balik life jacket and goggle, then pi kat underwater photography department. Tengok-tengok gambar semua, then kiteorang beli semua gambar. Hahaha... Mahal tapi bila la lagi nak dapat gambar macam tu kan. Kena tunggu amek lesen PADI dulu la baru ada harapan. Hua3. Settle kat sana macam besa kami lepak tepi pantai dengar live band sambil makan ice cream beli kat gift shop. Pastu boring chow masuk tido. Hahaha...


DAY 3

Hari last kat sana kami macam biasa bangun awal. Sebab nak menikmati sun rise. Kali ni memang cun gila. Sebab takde awan. Apalagi dengan menggunakan monopod pemberian hadiah kahwin daripada adik aku Awa, kami pun amek la gambar ala-ala romantik gitu. Geli gua. Hahaha.. Lepas tu kebuntatkan perut dengan heavy breakfast sebelum gerak balik naik ferry jam 9. 00AM. Sampai-sampai je jeti Syahbandar, Pokkeng tunggu dan bawa balik rumah.


Subhanallah!!! Nikmat yang jarang-jarang dapat dirasakan. Alhamdulillah.

Ni baru first round... Hahahaha...

Ni kat atas shuttle tu. Dah nak balik dah. Sobs.



Bai bai Redang...
Begitulah ceritanya. Panjang gila karangan. Hahaha... So total cost trip kali ni adalah :

Transport : Free
Penginapan : Free
Marine Park Ticket : RM 5.00/pax
Softcopy underwater photography : RM 135
Misc souvenir shopping + side food : RM 70
TOTAL DAMAGED : RM 215


Kalau nak tahu harga yang ditawarkan oleh Laguna Redang, boleh klik sini. Tapi ada jugak resort-resort lain yang berbaloi. So better survey dulu for those yang nak pi Pulau Redang ni.

Island Travel Tips :
1. Don't forget to wear your sunblock. Higher SPF is better, and make sure it's waterproof.
2. For muslimah, swimming kat laut ni lain sikit pasal open dan ramai orang. Wear your swimming suit and cover with t-shirt. Kalau aku, aku swim sekali dengan t-shirt. But masa dah naik darat, I wore palazo or skirt labuh untuk cover the swimwear tu. And better pakai tudung ada awning, and put it inside your shirt/swimwear and pin dekat leher biar ketat sikit sebab senang nampak rambut. But if your swimwear dah cover head and neck, it's ok.
3. Dah nama pun island trip, maka toksah dok gatai bawak highheels segala. Selipar jepun dah cukup dari start travel. Unless korang nak berphotoshoot bagai.
4. Bring extra money in case to rent, buy or pay anything.
5. If you are going for honeymoon trip and it's just two of you, bring your tripod or monopod. Trust me, it's very very convinient!


Hopefully bila-bila boleh datang sini lagi la. Next target is Pulau Perhentian, Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan dah kaya nanti baru lah pi Maldives ataupun area-area Caribbean sana. InsyaAllah kalau ada rezeki. Alhamdulillah juga dapat suami yang satu kepala suka travel jugak. Hehehe...

Joey <3 Anna

Love you! HAHA...





Till then, toddles!





-adios-

Monday, 7 April 2014

Post - Wedding

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Ya Allah for this blessing. 

I would like to thank to Allah, my parents, my family, my friends and all of my guests during my wedding day. Thanks for your wishes and making my dream(s) come true. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

So, me and on behalf of my husband (Pokcik), we would like to thank to :

1.  All of the sponsors of my hantaran and wedding things. Haha!


Me to Pokcik

Pokcik to me


2. Pelamin - (my side) by The SS Wedding, Kuala Terengganu.
                    - (Pokcik side) by Desa Permai Wedding Planner, Machang.


Pelamin by The SS Wedding


3. Photographer - (my side) by Helmi Ali Berkata (Emi Photographer, Kuala Terengganu).
                             - (Pokcik side) by Ayie Nazri, Kota Bharu.


Photo by Helmi Ali Berkata Production


Photo by Ayie Nazri Photography


4. Outfits - Akad Nikah : Winnie Wedding Dress, Kuala Terengganu.
                 - Sanding : Dios Wedding World, Shah Alam.
                 - Bertandang : D'Liniey Boutique, Kuala Terengganu.

5. Kad Jemputan,Tq Tag - KadLestari.com, Shah Alam.

6. Welcome board, props for photobooth - Inbox Wedding Gift, Shah Alam.

7. Hand Bouquet - Melia Florist, Kuala Terengganu.

8. Make up - (my side) by Arinna Shams
                     - (Pokcik side) by Bee Ramza (Ramza Mode)


Make up by Arinna Shams

Make up by Bee Ramza



9. Flower girls attire : 100% handmade by emak!!!


Flower Girls : Hana, Zulfa, Ajane and Zahra


Some of my flower girls and boys : Ajane, Amzar and Hana


10. Veil : Akad Nikah and Bertandang : 100% made by me.
               : Sanding : Dios Wedding World, Shah Alam.

11. Tudung : Akad nikah and bertandang : Euphoria Shawl by Sisters Shawl.
                     : Sanding : Tudung bawal 10 ringgit beli kat kedai dalam Bilion Seri Iskandar. Hahaha



I listed above some of the handy hands which contributed a lot to make our wedding awesome, so that whoever you are yang berkenan with any single thing of my wedding can get theirs too! Hehehe...


Ok layan pic jom!



LOVE OF MY LIFE!!! May Allah bless them all! ;)


Halaman Dhuha Family!!! I love them all!


Cik Ana Ghost and Daddy Joey!


My AWESOME friends who actually made it to my wedding!!! Thanks to Shikin, Eva, Ika, Wiwie, Ain and Mizah! They all came long long way from their home! Ada yang dari Selangor, Johor and even Sabah! Thanks a lot guyssss!

Majlis Bertandang! First time gua tengok Pokcik berpakaian sebegini rupa. Naseb la hang smart pokcik. Kui3.


Sword Bearer Wedding. Tak pernah terpikir langsung untuk kahwin bawah pedang. Ni nama dia rezeki Alhamdulillah. Hehehehe.



That's all for today. Kalau rajin nanti kita pi jalan-jalan pulak ye. Hua3. Kbai.





p/s : Totally need to get back to work. Mati kutu duduk rumah tobat la...






-adios-




Wednesday, 2 April 2014

:)

Sitting by the long beach

Staring at the sky

Looking at the shining stars

Listening to the old songs sang by the live band

And the wave sounds coming from the shore

And the most improtant

Cuddling with le husband










I couldnt ask for more...



ALHAMDULILLAH...


Thank You Allah...













-adios-





Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...