Nursing


Thursday, 16 January 2014

Yeay!

Assalamualaikum.

Huahuahuahuahuahuahuahua. Alhamdulillah untuk satu urusan yang sudah selesai hari ini. Two outfits done. One more to go, may Allah ease everything insyaAllah. Next, lace & beads work untuk baju Awa pulak. And I'm going to visit my future work place InsyaAllah. Kalau dapat situ la kan... Hahaha!

Wedding progress? Muahahahaha. Document(s) satu haram aku tak settle lagi. Biarlah Pokcik menguruskan dia punya dulu then baru aku rajin nak berfikir aku punya plak. Haha... Ini malas punya manusia. Haiya...

Oh, last week aku pi la buat HIV test kat Klinik Kesihatan Bukit Payong ni haa. Tak pepasal selamat terbentuk pulau kebiruan kat lengan kiri aku. Terbaik. Dah boleh buat snorkelling jenguk Nemo. Ini semua MA tu punya pasal. Jarum bergerak habes vena aku woi. Tapi takpe, aku anggap ini sebagai karma kerana sesungguhnya aku RASA aku pernah TER-buat macam tu kat patient aku masa kat Surabaya dulu. Hahaha... Medical STUDENT la katakan. Harap-harap lepas jadi House Officer nanti takde la secara sengaja atau tidak sengaja aku TER-dajal kan orang macam tu. Wuwuu...

Oh and, APA KEJADAHNYA ISU KANGKUNG NI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN? Pelik la manusia zaman sekarang tobat aku tak paham. Betul lah ada falsafah mengatakan BODOHnya KERAJAAN adalah kerana KEBODOHAN RAKYAT. Maaf, aku terpaksa bersetuju. Bukan aku men-general-kan kebodohan ini kepada kita semua, tetapi lebih kepada pihak-pihak yang "koya" atau bahasa melayunya "bajet" pandai ni. Konon-konon kerajaan kena dengar suara rakyat la tapi hampeh, suara rakyat penuh dengan kebodohan, kesombongan, kebusukan hati etc. Akhirnya kerajaan bersama-sama menjadi bodoh. Haha... Aku pun terasa semakin bodoh kerana aku rasa macam diperbodohkan. Anyway, kerajaan sekarang kalau taknak diperBODOHkan oleh orang-orang yang BODOH ini, silalah jangan SYOK SENDIRI, ambil tahu KEPERLUAN RAKYAT, dan yang paling penting, TEGAS DAN KONSISTEN dengan pendirian sendiri. Ini tak, sikit kena jentik dengan oppo, terus berubah pendirian. Belum kena jentik dengan geng-geng C*%A tu, lagi lah ntah hape-hape. Janji masa PRU lain, tetibe lain pulak. Selamat ya kalau-kalau kerajaan hilang sokongan gara-gara kenaikan ntah hape-hape yang tidak logik pada tahun 2014 ini. Sila berubah ya wahai KERAJAAN. Perbanyakkan dengar ceramah Ustaz Kazim pun okay gak. InsyaAllah, ada jalannya, bak kata Maher Zain.

Sekian bebelan di malam Khamis. Marilah bersama-sama mempandaikan diri dengan bacaan yang tidak sia-sia, iaitu Al-Quran dan tafsir lah yang pasti.



Wallahualam.







-adios-



2 comments:

  1. lenggang lenggang kangkongggg kanggkonggg di atasss batassss

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...