Nursing


Wednesday, 22 January 2014

Ketidakgunaan

Assalamualaikum.

Pada malam yang mulia ini, aku merasakan diri aku tidak berguna kerana : 

- Unsur-unsur kekaratan dan kebodohan sudah mulai timbul sedikit demi sedikit akibat daripada percutian yang sudah memasuki bulan ke 7. Bagaimanakah seorang doktor itu menjadi bodoh? Beginilah.

- Ketidakgunaan diri ini yang gagal menahan rasa amarah dan baran ini lantas sering cepat marah dan "mussang" terhadap orang di sekitar aku. Semakin lama aku semakin merasa tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara.

- Kesusahpahaman kepada perkara-perkara simple, wajib mahupun sunat. Kadangkala terlalu cepat berburuk sangka. Apakah masalah mung wahai hati?

- Kelemahan dalam berbahasa dan berbudi, mengawal rasa iri hati, kejelesan melampau terhadap orang lain dan macam-macam sikap dan sifat buruk yang semakin lama semakin parah. Cuba untuk mengubah namun sering gagal dengan godaan syaitan dan nafsu.

- Ketidakselarasan otak untuk berfikir kewajaran akan sesuatu perkara. Maaf orang sekeliling andai aku berperilaku bodoh, lembab, menjengkelkan dan sebagainya.

- Kegemukan dan penghitungan kalori yang menghantui hari-hari aku sekaligus menjadikan aku lembab, bodoh dan hodoh. Walau cantik itu subjektif, tapi jika tiada siapa yang memandang itu sebagai sesuatu subjek, maka diri ini janganlah dibanding-bandingkan. Jadi silalah jangan berbuat demikian kerana aku tidaklah peduli. Paham?

- Dan countdown yang memasuki angka jari sebelah tangan mula memberikan perasaan cemas memandangkan beberapa perkara telah pun dikecewakan oleh syarikat-syarikat yang dipercayai. Ini jelas menunjukkan bahawasanya sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa kehendak Allah dan moralnya adalah : pasrah dan redha seadanya. 

- Mungkin ini adalah petanda untuk kembali kepada Yang Satu. Cukup lah dengan solat yang tidak khusyuk, bacaan Quran yang tidak difahami maksudnya, dan perbuatan baik yang kadangkala dibangga-banggakan secara sengaja atau tidak. Petanda Allah sudah mula merindui aku. Kembalilah ke pangkal jalan wahai Jannah.






Sesungguhnya hati ini tidak tenteram dibiarkan sebegini...








-adios-





Sent from Samsung Mobile

1 comment:

  1. Wahai Jannah... kembali la mengingati Pencipta mu. Ingatla la kasihsayang Allah swt yg sentiasa melimpah ruah. Ingatla kasih sayang kedua ibu bapamu tanpa batasan. InsyaAllah hati akan tenang. Jgnla nampak apa yg orang tegur semua tak betul..

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...