Nursing


Wednesday, 22 January 2014

Ketidakgunaan

Assalamualaikum.

Pada malam yang mulia ini, aku merasakan diri aku tidak berguna kerana : 

- Unsur-unsur kekaratan dan kebodohan sudah mulai timbul sedikit demi sedikit akibat daripada percutian yang sudah memasuki bulan ke 7. Bagaimanakah seorang doktor itu menjadi bodoh? Beginilah.

- Ketidakgunaan diri ini yang gagal menahan rasa amarah dan baran ini lantas sering cepat marah dan "mussang" terhadap orang di sekitar aku. Semakin lama aku semakin merasa tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara.

- Kesusahpahaman kepada perkara-perkara simple, wajib mahupun sunat. Kadangkala terlalu cepat berburuk sangka. Apakah masalah mung wahai hati?

- Kelemahan dalam berbahasa dan berbudi, mengawal rasa iri hati, kejelesan melampau terhadap orang lain dan macam-macam sikap dan sifat buruk yang semakin lama semakin parah. Cuba untuk mengubah namun sering gagal dengan godaan syaitan dan nafsu.

- Ketidakselarasan otak untuk berfikir kewajaran akan sesuatu perkara. Maaf orang sekeliling andai aku berperilaku bodoh, lembab, menjengkelkan dan sebagainya.

- Kegemukan dan penghitungan kalori yang menghantui hari-hari aku sekaligus menjadikan aku lembab, bodoh dan hodoh. Walau cantik itu subjektif, tapi jika tiada siapa yang memandang itu sebagai sesuatu subjek, maka diri ini janganlah dibanding-bandingkan. Jadi silalah jangan berbuat demikian kerana aku tidaklah peduli. Paham?

- Dan countdown yang memasuki angka jari sebelah tangan mula memberikan perasaan cemas memandangkan beberapa perkara telah pun dikecewakan oleh syarikat-syarikat yang dipercayai. Ini jelas menunjukkan bahawasanya sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa kehendak Allah dan moralnya adalah : pasrah dan redha seadanya. 

- Mungkin ini adalah petanda untuk kembali kepada Yang Satu. Cukup lah dengan solat yang tidak khusyuk, bacaan Quran yang tidak difahami maksudnya, dan perbuatan baik yang kadangkala dibangga-banggakan secara sengaja atau tidak. Petanda Allah sudah mula merindui aku. Kembalilah ke pangkal jalan wahai Jannah.






Sesungguhnya hati ini tidak tenteram dibiarkan sebegini...








-adios-





Sent from Samsung Mobile

Thursday, 16 January 2014

Yeay!

Assalamualaikum.

Huahuahuahuahuahuahuahua. Alhamdulillah untuk satu urusan yang sudah selesai hari ini. Two outfits done. One more to go, may Allah ease everything insyaAllah. Next, lace & beads work untuk baju Awa pulak. And I'm going to visit my future work place InsyaAllah. Kalau dapat situ la kan... Hahaha!

Wedding progress? Muahahahaha. Document(s) satu haram aku tak settle lagi. Biarlah Pokcik menguruskan dia punya dulu then baru aku rajin nak berfikir aku punya plak. Haha... Ini malas punya manusia. Haiya...

Oh, last week aku pi la buat HIV test kat Klinik Kesihatan Bukit Payong ni haa. Tak pepasal selamat terbentuk pulau kebiruan kat lengan kiri aku. Terbaik. Dah boleh buat snorkelling jenguk Nemo. Ini semua MA tu punya pasal. Jarum bergerak habes vena aku woi. Tapi takpe, aku anggap ini sebagai karma kerana sesungguhnya aku RASA aku pernah TER-buat macam tu kat patient aku masa kat Surabaya dulu. Hahaha... Medical STUDENT la katakan. Harap-harap lepas jadi House Officer nanti takde la secara sengaja atau tidak sengaja aku TER-dajal kan orang macam tu. Wuwuu...

Oh and, APA KEJADAHNYA ISU KANGKUNG NI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN? Pelik la manusia zaman sekarang tobat aku tak paham. Betul lah ada falsafah mengatakan BODOHnya KERAJAAN adalah kerana KEBODOHAN RAKYAT. Maaf, aku terpaksa bersetuju. Bukan aku men-general-kan kebodohan ini kepada kita semua, tetapi lebih kepada pihak-pihak yang "koya" atau bahasa melayunya "bajet" pandai ni. Konon-konon kerajaan kena dengar suara rakyat la tapi hampeh, suara rakyat penuh dengan kebodohan, kesombongan, kebusukan hati etc. Akhirnya kerajaan bersama-sama menjadi bodoh. Haha... Aku pun terasa semakin bodoh kerana aku rasa macam diperbodohkan. Anyway, kerajaan sekarang kalau taknak diperBODOHkan oleh orang-orang yang BODOH ini, silalah jangan SYOK SENDIRI, ambil tahu KEPERLUAN RAKYAT, dan yang paling penting, TEGAS DAN KONSISTEN dengan pendirian sendiri. Ini tak, sikit kena jentik dengan oppo, terus berubah pendirian. Belum kena jentik dengan geng-geng C*%A tu, lagi lah ntah hape-hape. Janji masa PRU lain, tetibe lain pulak. Selamat ya kalau-kalau kerajaan hilang sokongan gara-gara kenaikan ntah hape-hape yang tidak logik pada tahun 2014 ini. Sila berubah ya wahai KERAJAAN. Perbanyakkan dengar ceramah Ustaz Kazim pun okay gak. InsyaAllah, ada jalannya, bak kata Maher Zain.

Sekian bebelan di malam Khamis. Marilah bersama-sama mempandaikan diri dengan bacaan yang tidak sia-sia, iaitu Al-Quran dan tafsir lah yang pasti.



Wallahualam.







-adios-



Friday, 10 January 2014

Random Story

Assalamualaikum.

Once upon a time, my fiance and I went shopping at AEON stat. 18. Screw shopping, we were actually just walking around without any clear motive. Hahaha...

So, we entered this one shop, selling perfumes. Like what others did when entering the perfume shop, we smelt and tried some of the tester perfumes. And as usual, the sales girl will follow our ass around from the start we step in to the shop. After we tried a few perfume, I asked the sales girl about the price of this one perfume. She looked at the perfume box, and then she turned her face at Pokcik, and suddenly speak like this, 


"你的未婚夫是非常美麗的。你真幸運"





Pokcik berkerut aku berkerut. Kejadahnya minah ni cakap cina plak tetiba. Hahahaha.... Dan sejak daripada itu, aku perlu bertahan betapa Pokcik koya beliau hensem macam hero cina. K aku ada loya sket. Bai.





p/s : Thanks google translate. HAHAHA.








-adios-






Thursday, 9 January 2014

Marriage

Assalamualaikum.

Today we'll talk about marriage.
 
What is marriage?

For some people marriage is just a thing that start with a wedding and end with death.

For some people marriage is not as important as their wedding should be.

For some people marriage is some kind of "battle" they need to win.

For some people marriage is the only way to fulfill their sexual needs.

For some people marriage is just another way to make their family relationship closer.

For some people marriage is to fulfill one of the religion needs and sunnah.

And for some people marriage means nothing as they just follow the trend. Perhaps.

As for me marriage is a risk. Risk for my future life. And sacrifice too. And for that I risk and sacrifice my life, my love, my family, and my everything to marry the person I choose.


Create your own purpose of your marriage. I couldn't care less. The only thing I care is, do the person I risk will be worth everything?



Only Allah knows. Wallahualam.




-adios-




Sent from Samsung Mobile

Friday, 3 January 2014

The Happiest

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Praise to Allah the most merciful for giving my family and I this chance. I prayed a lottttttttttt so that I can visit this place right after I finish my study. And Alhamdulillah, Allah makbulkan juga. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Betul la ada kata-kata yang cakap, kalau minta sesuatu dengan Allah, yakinlah bahawa satu hari nanti Allah akan makbulkan. Jangan sesekali persoalkan kenapa Allah tak makbulkan doa sekarang. Kena sentiasa bersangka baik pada Allah. Sebab Allah bertindak mengikut sangkaan dan keyakinan kita kepadaNya. Ini ada aku pernah terbaca kat mana ntah. Lupa.

Anyway Anyhow Alhamdulillah, I spent my last Jumaat and even my last day of 2013 in Makkah. Alhamdulilah. Terlalu banyak nikmat yang tak terhingga Allah bagi sepanjang urusan umrah aku ni. Tak tau nak cakap macam mana bersyukurnya aku. ALHAMDULILLAH.

1. Dipermudahkan urusan untuk buat visa, dapat tiket flight, pokok pangkalnya dipermudahkan semua urusan sebelum, semasa dan selepas pergi ke sana.

2. Dipermudahkan urusan masa nak inject before pergi umrah. Last 4 doses for us and then clinic tak amek dah sebab stock ubat belum sampai.

3. Sampai-sampai Jeddah jer, baru tau dapat satu group dengan mutawwif glemer, Ustaz Haryanto "Tanyalah Ustaz". Haha. Dah la glemer, memang banyak benda yang baru tahu lepas ustaz ni ajar, dan ustaz ni punya explanation untuk setiap tempat yang dilawat memang terbaik. Dapat tau banyak sejarah asal usul tempat-tempat tu semua. Lepas tu masa dekat Makkah, ustaz ajak kami pi melawat macam-macam tempat yang mutawwif group lain banyak tak bawak. Antaranya tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Kubur Saidatina Khadijah, Masjid Pokok, Masjid Jin then ustaz belanja kami makan roti canai kat d'saji. hahaha... Alhamdulillah memang rezeki dapat mutawwif ngan ustaz ni. Ilmu tak berhenti dapat and gelak pon tak berhenti gak. Haha...

4. Dapat masuk Hijir Ismail dengan mudahnya, Alhamdulillah. Sempat solat sunat dan berdoa macam-macam kat situ.

5. Dapat tengok Pak Imam dan Tok Bilal Masjidil Haram dekat-dekat masa selesai solat jenazah. Fuhhh. Alhamdulillah.

6. Dapat Al Quran cantik, tasbih, kurma dan lain-lain sebab orang memang banyak bersedekah kat sana. Alhamdulillah. Semoga rezeki orang-orang yang bersedekah melimpah ruah hendaknya. Amiiin.

7. Dapat masuk Museum Masjidil Haram. Alhamdulillah. Susah dapat kebenaran masuk, tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Alhamdulillah.

8. Dapat masuk Raudhah dengan senangnya dalam Masjid Nabawi. Alhamdulillah orang tak ramai. Hehe...

Dan segala nikmat-nikmat lain yang aku sedar atau tidak sedar, tetapi dapat aku rasakan. Alhamdulillah untuk semuanya ya Allah.



Macam yang disebut berulang-ulang kali dalam surah Ar-Rahman,


 فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَا

Fabi-ayyi ala-i rabbikuma tukaththiban

Then which of the favours of your Lord will you deny?

Dan di antara nikmat Allah yang mana satukah yang kamu dustakan?


Masjid Nabawi, Madinah.

Madinah visit.

KEMBARA UMRAH group 2, with our mutawwif Ustaz Haryanto

US







-adios-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...