Nursing


Thursday, 5 December 2013

Monsoon

So the monsoon has come.
Do you know how it feel?
To feel the 60km/h wind crossing your face
To feel the rain heavily pouring on your head


Fuhhhhhhhhhhhhhhh.

Alhamdulillah. Aku terselamat dari banjir, dan dari terperangkap jalan yang banjir. Nasib baik Allah tolong. Perjalanan balik dari KL - Terengganu tanggal 3 Disember, Alhamdulillah selamat sampai. 

Perjalanan yang sepatutnya masuk pit stop kat Temerloh sebab nak tukar driver, akhirnya tak jadi. Sebab sebaik sahaja masuk Pahang, hujan non stop tak berhenti. Ayah pun konfem-konfem la tak bagi aku bawak. Hahahaha...

Sampai dekat Gambang, hujan bertambah lebat, lebat selebat-lebatnya. Jarak penglihatan hanya kurang lebih 5-10 meter ke hadapan. Ya, selebat itu. Dan ini berlanjutan sehingga masuk ke sempadan negeri Terengganu. Ironi sekali, tapi benar-benar terjadi.

Keluar dari plaza tol Jabor, kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba nampak dalam satu, dua kereta berhenti di hadapan. Rupanya jalan banjir. Untung ada lori besar di depan kereta kami, lantas kereta kami mengekori rapat di belakang lori, supaya air berpecah dan kedalaman ketika kereta kami melalui kawasan banjir berkurang. Alhamdulillah terlepas. 

Perjalanan dilanjutkan. Tak sampai 1 kilometer, sekali lagi di hadapan penuh kereta. Kali ni hampir 20 lebih kereta tersadai. Dan kelihatan 2 kereta mati enjin gara-gara masuk air. Ayah lantas membuat keputusan drastik, kita redah saja, dan kebetulan ketika itu satu lori berada di hadapan. Alhamdulillah sekali lagi kereta mengekori lori tersebut dan melepasi kawasan banjir dengan jayanya. Sesungguhnya kawasan yang kedua ini agak dalam berbanding yang kedua. Alhamdulillah kereta berjaya melepasi halangan ini. Hasil dari keempat-empat kami berzikir tanpa henti. Alhamdulillah.

Perjalanan dilanjutkan. Kali ini melalui daerah Kemaman. Sekali lagi banjir di hadapan. Mujur tidak seberapa tinggi dan masih boleh dilalui kenderaan ringan. Alhamdulillah selepas 7 jam ++ perjalanan, kami berjaya sampai di rumah. Ye, perjalanan 5 jam menjadi 7 jam. Gara-gara hujan lebat dan banjir.

Sesampainya di rumah, dapat berita bahawa jalan yang kami lalui tadi ditutup sepenuhnya. Jalan di LPT juga sudah mula dinaiki air. Padahal ketika kamu lalu di sepanjang LPT, jalan masih lagi baik, namun di pinggir jalan air mulai meninggi. Hujan memang selebat-lebatnya turun. Agaknya kalau di KL mungkin satu KL banjir besar. Bila di Kuantan dan Kemamn banjir besar, ada yang salahkan sistem perparitan. Sedangkan hujan yang turun memang betul-betul lebat dan ini berlanjutan selama lebih 24 jam. Jadi, memang logik kalau bandar Kuantan tu lumpuh terus. Allahuakbar, kuasa Mu.

Habis cerita banjir. Alhamdulillah dah berjaya dapat nombor pendaftaran MMC. Pagi tadi aku call SPA, hamek ko. "Ok. Interview on 10 Disember ye cik. Untuk dokumen yang dibawa rujuk website SPA". Huaaaaaaaa. 5 hari wei. Apa aku nak study? Habis laaaaa.....

Ok bai nak stidoooo...





-adios-




No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...