Nursing


Monday, 2 September 2013

Review

Hola.

As I promised before, hahaha. Aku bagi sikit saja review la. Kot. Sikit la sangat.

Okay. So motto untuk engagement aku adalah :

Caca marba - simple - jimat - janji cepat habis - sebab aku pemalu

Panjang gila. Ok. Penggunaan warna aku adalah dark purple dan biru. Kali ni aku banyak settlekan sendiri dibantu emak dan kakak aku. Pendek review dia macam ni la kira. Layan gambar dulu.


Ketibaan tetamu dari TM.
 



Senyum lebar sambil ketawa kahkahkah pasal ada suara sumbang tanya "Muat tak cincin tu wei?" Kuang hasam punya abang. Apsal tak wat announcement terus? Haha...

Bersama wakil ladies dari HD.

Wakil dari TM.

Hantaran daku caca marba.

My Love always and forever.


1. Outfit :
Baju kurung moden biasa. Tailor biasa yang jahit. Lace baju dari Jakel. Beads beli kat Mega Lace. Lace and beads jahit sendiri. Senang. Mudah. Kemas dan rapi. Haha. Tudung plak amek tudung masa beli kat Indonesia dulu yang dah beberapa kali pakai. Veil plak suka hati aku pakai halfmoon harga 25 hinggit beli kat Giant. Hahahaha... Total damage : RM 100+- sahaja. Sekadar info dari orang yang tak reti berfesyen segala : Sila jangan buat kain lipat depan kalau dah tau kena duduk bersimpuh. HAHAHA. Too hudus hokeng.

2. Hantaran :
Barang hantaran paling senang cerita. Pokcik serahkan semua kat aku. Dia tinggal bagi bajet, yang lain aku uruskan. Haha... Kecuali cincin la... Dia dah lama belikan dari sebelum merisik lagi. Untuk hiasan hantaran, aku guna bunga crepe. Nampak macam real, tapi sebenarnya kertas sahaja. Haha. Aku start melipat bunga-bunga tu before aku balik Surabaya lagi. So masa puasa hari tu aku tinggal lengkapkan sahaja. Buat macam bouquet dengan menyelitkan manik-manik. Belasah saja. Janji nampak la rupa hantaran. Haha. Malam sebelum majlis, Kak Jah tolong aku finalize. Ye dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar di atas. Simple dan caca marba. Ada aku kesah? Hahaha.

3. Pelamin :
Aku takdak pakai pelamin ke apa. Just backdrop tu pakai langsir rumah jer. Haha. Kejadah la aku nak amek pelamin bagai untuk majlis beberapa minit. Cukup la ada background untuk bergambar. Haha.

4. Doorgift :
Just bagi candies dalam tupperware (banyak lebih masa kawen abang aku dulu), kacang and kipas kecik, then letak dalam paperbag blue and purple. Sticker kat tupperware tu tempah kat Surabaya. Murah, cepat dan jimat. Haha.

5.Catering :
Ayah tempah dengan kawan dia. Nasi minyak hujan panas. Ayah yang uruskan. Aku tak amek tahu. Haha.

6. Make-up :
Aku amek dengan anak gardener kat rumah. Mak Andam. Dapat special price. Tak kisah la cantik ke tak make up tu. Janji natural beauty tu dah ada. Hahahahahahahahahahaha. Ada aku peduli kalau korang nak muntah? Hahahahahahahahaahahaha...

7. Photographer :
Aku tak upah sape-sape since cousin and uncle aku ada peralatan yang memadai dan boleh amek gambar indoor dengan clear. Haha.

8. Cake (untuk hantaran) :
Kat ganu ni now dah banyak tempat untuk tempah cake cantik-cantik. Unfortunately, ramai yang tak berani amek risk dan amek job untuk tempahan raya ketiga. Takut tak sempat katanya. Aku dapat solution iaitu order dengan sorang tokei kedai kek yang famous kat ganu ni sebab dia kawan ayah aku. Tapi seriously, itu adalah kali terakhir aku tempah cake dengan kedai tu. Dulu masa abang aku kawen pon kedai ni buat hal. Masa aku tunang ni pon sama. Padahal dah tempah dengan tokei dah. Pon sama jer service. Teruk. Tak kesah la berapa cawangan pon yang ada, kalau service teruk tak guna. Kedai tu bermula dari huruf Z. Cawangan dia merata-rata kat ganu ni. Famous jugak. Tapi lately famous dengan cake basi. Haiya. Emo gila. Haha.

9. Sireh (untuk hantaran) :
Tempah dengan Ann dari kedai bunga Melia. Daun sireh kami kutip kat pokok masa raya kedua then hantar kat rumah dia ni.Then mintak Ann ni decoratekan dengan fresh flower. Cantik sangat sirih tu. Sesuai dengan theme colour. Biasa sirih mak buat sendiri tapi disebabkan kali ni pack dengan raya lagi, so, tempah jer senang. Tapi kesian jugak kat kedai bunga tempat Ann kerja ni, sebab baru-baru ni terbakar. Hangus.

10. Hand bouquet :
Kalau perasan, aku ada pegang hand bouquet. Dan kalau korang lagi perasan hand bouquet tu dah nak hancur. Haha. Tu hand bouquet masa abg aku kawen hari tu. Aku recycle pakai balik. Haha.


Tu je serba sedikit pasal majlis tu. Tak kisah la orang nak cakap apa. Janji semua tu tak perabih banyak duit. Recycle sahaja. Takyah susah-susah pikir. Haha. 


Kesimpulannya, ALHAMDULILLAH majlis berjalan lancar. Dan semoga perjalanan ke depan lancar-lancar sahaja hendaknya. Serahkan kepada Allah. Dia penentu segala-galanya. :)


Apa pandang-pandang? Tak puas hati ka?







-adios-



1 comment:

  1. next ...cake kak athi sponsor. cari yg molek2 plus sedap..
    kita order dua. se bg TM se kita melantak kt HD. ok...
    set

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...