Nursing


Tuesday, 24 September 2013

mistik

Ho ho ho horlicks.

Pada suatu hari, aku duduk  di rumah ayah aku yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku tidaklah keseorangan melainkan sedang membaby-sitkan anak-anak sedara aku yang bernama Hana dan Amzar. Ketika itu abang ipar aku sedang menghantar kakak aku untuk mengajar di UTM space.

Pada petang itu, angin kipas rumah di kondo itu bertiup sepi-sepoi bahasa. Dan ketika kakak dan abang ipar aku berangkat, baru sahaja selesai azan maghrib beberapa minit sebelumnya. Lalu setelah lambaian baibai mommy daddy diberikan oleh Hana dan Amzar kepada Mommy dan Daddynya, aku menutup pintu dan kemudia kanak-kanak ini bermain lego.

Setelah azan berkemundang di Astro Oasis, zikir-zikir dialunkan, lalu terpaparlah rancangan Rasa Halal Oriental(kot) yang dihoskan oleh Raja Farah dan seorang lagi hos lelaki yang tidak dikenali. Menarik juga.  Mereka berkunjung ke Tokyo Jepun. Mereka pi disneyland dan uss di sana. Huntung ler orang taja.

Sambil menonton, aku melayan kerenah dua orang fruitmonkey ini. Mereka riang ria sendaloka bermain lego. Ketika itu, Hana tiba-tiba terdiam. Dia memandang di sebelah aku sambil tersenyum aneh. Kemudian dengan selamba dia berkata, "Cikana, ghost!". Lalu aku memarahi Hana, "Haip, cannot say that!". Dan Hana membalas, "Uncle... Uncle...". Aku mengabaikan kata-kata Hana sambil mengalih perhatian Hana ke TV yang sedang memaparkan tentang Disneyland.

Setelah beberapa ketika, iklan ditayangkan. Dan Hana dan Amzar kembali melompat-lompat kegirangan. Tiba-tiba................. Hana terdiam. Dia memandang ke arah dapur dan kemudian menoleh ke arahku. Dengan muka agak saspen Hana berkata, "CikAna, there's people inside the kitchen".


Erkkk. Aku menoleh ke dapur. Tiada apa-apa bayangan yang aku dapatkan. Dalam hati ini sudah menyumpah seranah dafuqqqqqqq, lalu teringat bahawasanya adalah berdosa untuk mencarut. Apatah lagi untuk hal-hal seperti ini. Lalu aku beristighfar. Mencari idea apa yang harus dilakukan jika aku ternampak bayangan "itu".

Aku menelefon kakak aku. Katanya masih belum sampai ke tempat tujuan. Bermakna masih ada perjalanan balik untuk abang ipar aku tempuhi sebelum sampai ke rumahku. Damn. Lama pulak.

Untung tiba-tiba Raja Farah muncul di TV kembali. Lalu menceritakan pengalaman ke USS Jepun. Untung juga ketika itu terkeluar dua ekor ikan jerung ketika  Raja Farah berjalan-jalan di USS itu. Lalu Hana dan Amzar kembali ke kaca televisen. Syukurlah.

Tak lama selepas itu, TV kembali menyiarkan zikir-zikir dan Asmaul Husna kerana Isya sudah mahu menjelma.
Dan tidak lama selepas itu, abang ipar pun kembali ke rumah. Syukurlah.








Persoalannya. Siapakah hang berada di dapur pada ketika itu?














Jangan biarkan diri anda diselubungi...













Misteri....











-adios-









1 comment:

  1. muahahahahaha.. weekend ni saspen lg lewwww

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...