Nursing


Saturday, 28 September 2013

Membunuh masa


Hola. Hrmmm. Dua tiga menjak ni entah lah. Haha.
Aku sekarang sambil menganggur sambil main game ni. Prognosis. Memang bagus sangat untuk mengasah kembali otak yang dah berkarat di sampjng belajar medical term in english. Memang sesuai la sangat. Yang lagi best game ni everytime lepas solve satu case, kita boleh baca discussion sekali. So memang best. Sila la download game Prognosis untuk sesiapa yang berminat. Free je kat apps store. He he.





Aku baru first time try makan mende ni. Muak gila. Haha. Memang la aku ni layak dok kampung jer. Hahaha.








Ok bai.






-adios-

Friday, 27 September 2013

Monolog

I know I am nothing like you.

I don't care about winning or losing.

I don't even want to be in your race at the first place.

And I hate to be compared too.

Not every single thing in life you have to tell the world.

And for that yes, some words are better left unsaid.

And let it remains just a secret.

A DARK SECRET.






-adios-

Tuesday, 24 September 2013

mistik

Ho ho ho horlicks.

Pada suatu hari, aku duduk  di rumah ayah aku yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku tidaklah keseorangan melainkan sedang membaby-sitkan anak-anak sedara aku yang bernama Hana dan Amzar. Ketika itu abang ipar aku sedang menghantar kakak aku untuk mengajar di UTM space.

Pada petang itu, angin kipas rumah di kondo itu bertiup sepi-sepoi bahasa. Dan ketika kakak dan abang ipar aku berangkat, baru sahaja selesai azan maghrib beberapa minit sebelumnya. Lalu setelah lambaian baibai mommy daddy diberikan oleh Hana dan Amzar kepada Mommy dan Daddynya, aku menutup pintu dan kemudia kanak-kanak ini bermain lego.

Setelah azan berkemundang di Astro Oasis, zikir-zikir dialunkan, lalu terpaparlah rancangan Rasa Halal Oriental(kot) yang dihoskan oleh Raja Farah dan seorang lagi hos lelaki yang tidak dikenali. Menarik juga.  Mereka berkunjung ke Tokyo Jepun. Mereka pi disneyland dan uss di sana. Huntung ler orang taja.

Sambil menonton, aku melayan kerenah dua orang fruitmonkey ini. Mereka riang ria sendaloka bermain lego. Ketika itu, Hana tiba-tiba terdiam. Dia memandang di sebelah aku sambil tersenyum aneh. Kemudian dengan selamba dia berkata, "Cikana, ghost!". Lalu aku memarahi Hana, "Haip, cannot say that!". Dan Hana membalas, "Uncle... Uncle...". Aku mengabaikan kata-kata Hana sambil mengalih perhatian Hana ke TV yang sedang memaparkan tentang Disneyland.

Setelah beberapa ketika, iklan ditayangkan. Dan Hana dan Amzar kembali melompat-lompat kegirangan. Tiba-tiba................. Hana terdiam. Dia memandang ke arah dapur dan kemudian menoleh ke arahku. Dengan muka agak saspen Hana berkata, "CikAna, there's people inside the kitchen".


Erkkk. Aku menoleh ke dapur. Tiada apa-apa bayangan yang aku dapatkan. Dalam hati ini sudah menyumpah seranah dafuqqqqqqq, lalu teringat bahawasanya adalah berdosa untuk mencarut. Apatah lagi untuk hal-hal seperti ini. Lalu aku beristighfar. Mencari idea apa yang harus dilakukan jika aku ternampak bayangan "itu".

Aku menelefon kakak aku. Katanya masih belum sampai ke tempat tujuan. Bermakna masih ada perjalanan balik untuk abang ipar aku tempuhi sebelum sampai ke rumahku. Damn. Lama pulak.

Untung tiba-tiba Raja Farah muncul di TV kembali. Lalu menceritakan pengalaman ke USS Jepun. Untung juga ketika itu terkeluar dua ekor ikan jerung ketika  Raja Farah berjalan-jalan di USS itu. Lalu Hana dan Amzar kembali ke kaca televisen. Syukurlah.

Tak lama selepas itu, TV kembali menyiarkan zikir-zikir dan Asmaul Husna kerana Isya sudah mahu menjelma.
Dan tidak lama selepas itu, abang ipar pun kembali ke rumah. Syukurlah.








Persoalannya. Siapakah hang berada di dapur pada ketika itu?














Jangan biarkan diri anda diselubungi...













Misteri....











-adios-









Monday, 23 September 2013

Demam

Hola.

Aku kepala tingtong. Nampak bintang wooo. Walaupun aku sekadar melihat ke siling. Hrmmm

Aku tadi pi spital Columbia Asia Kota Kemuning. Bawak zahra. She fell down last week. And tadi bibik said tangan dia bengkak. Aku memang tak check tangan dia masa die jatuh hari tu. Tau-tau dah bengkak. Then aku check macam biasa la. Dari look, feel and movement. Look memang ada swollen la. And she feel pain too but the ROM okay je. She can move her wrist and hand very well. Then aku just bagitau abgmin and kak ezri if nak selamat then just buat xray. Just untuk selamat la. Coz back then when I'm in meds school memang standard procedure depa buat je dulu xray untuk case yang jatuh camni. Zahra punya conditon masa jatuh tu wrist die memang menahan berat dia. Boleh imagine tak maksud aku? Pandai-pandai la. Haha.

Then masa pi spital tu pi kat emergency je la since dah malam kan. Then sorang MO chinese ni datang check. Die check ROM semua okay then die cakap no need xray. If the bone broke pon so what? MO tu cakap camtu. Because yes zahra is still 6 year old child and child bone memang still elastic and cepat recover from patah. But then still. If u know child punya bone patah u still need to know what kind of it, what suitable treatment bla bla bla and u dont simply just let it heal itself... Entah la. I'm not saying that doctor is wrong, either am I because standard procedure memang lain-lain. Masa aku keje kat spital kat surabaya memang kena xray. Even case yang biasa macam ni. Tapi maybe standard procedure kat Malaysia ni lain kot.

And it turn out to be just swollen muscle cause after we put analgesic cream on her hand zahra feel better and swollen muscle pon dah mengecut. Itu pun beli kat farmasi sendiri. That MO prescribe nothing. Pfftt. My concern just one je because nobody saw her swollen muscle since she fell until this evening. So i dont know if tangan dia baru bengkak or macam mana. If baru then that must be something wrong inside. And we cant simply just massage that if the problem come from the bone.

To conclude, whatever it is zahra's hand dah better. And to that MO, u should learn to speak properly to patient. You work at private hospital for God sake. People pay for that.







-adios-

Wednesday, 18 September 2013

nanny

Hello. I'm back. Tak brape boleh nak update pasal laptop tak pi baiki lagi. Busy lagi.

Just came back from north trip. Went to Penang, Tronoh, Cameron Highland, Ipoh bla bla bla. And now back at Kota Kemuning for baby-sitting my little precious Zarifa. Mean while, siapkan beading untuk baju convo and online survey untuk apa-apa yang patut. 

Been thinking of lotsa wedding outfit design but heck, I'm really not into fashion, style bla bla bla. Somebody please help me to find out the suitable design for me. Wuaaaaa.

Pokcik went off shore again today. Spoke with him yesterday. Too many things to be settled. And I actually planned to settle at least 60 percent of my day preparation before I start working. But then... I'm a busy person. Haha tetiba. Hopefully semua ok InsyaAllah.

Ok lah rasa macam mengantuk tapi entahlah macam boring pulak tido.


-adios-




Sunday, 8 September 2013

Three year old Dell

hola.
aku menaip dari tab. sangat tidak best. asyik kena back space pasal typo. haiya.

dell aku yg berumur tiga tahun sudah menunjulkan tanda-tanda penuaan yakni dia dok asyik hang kat start window. haish. sabaq je la. harap-harap dell cepat pulih.

pasai sungguh banyak memori yang belum di transfer ke harddisc aku. tolong behave ye dell. kesian la dekat saya yang belom start apply kerja pon lagi pasai takdak salinan ijazah. please, jangan hampakan harapan negara.









-adios-

Monday, 2 September 2013

Review

Hola.

As I promised before, hahaha. Aku bagi sikit saja review la. Kot. Sikit la sangat.

Okay. So motto untuk engagement aku adalah :

Caca marba - simple - jimat - janji cepat habis - sebab aku pemalu

Panjang gila. Ok. Penggunaan warna aku adalah dark purple dan biru. Kali ni aku banyak settlekan sendiri dibantu emak dan kakak aku. Pendek review dia macam ni la kira. Layan gambar dulu.


Ketibaan tetamu dari TM.
 



Senyum lebar sambil ketawa kahkahkah pasal ada suara sumbang tanya "Muat tak cincin tu wei?" Kuang hasam punya abang. Apsal tak wat announcement terus? Haha...

Bersama wakil ladies dari HD.

Wakil dari TM.

Hantaran daku caca marba.

My Love always and forever.


1. Outfit :
Baju kurung moden biasa. Tailor biasa yang jahit. Lace baju dari Jakel. Beads beli kat Mega Lace. Lace and beads jahit sendiri. Senang. Mudah. Kemas dan rapi. Haha. Tudung plak amek tudung masa beli kat Indonesia dulu yang dah beberapa kali pakai. Veil plak suka hati aku pakai halfmoon harga 25 hinggit beli kat Giant. Hahahaha... Total damage : RM 100+- sahaja. Sekadar info dari orang yang tak reti berfesyen segala : Sila jangan buat kain lipat depan kalau dah tau kena duduk bersimpuh. HAHAHA. Too hudus hokeng.

2. Hantaran :
Barang hantaran paling senang cerita. Pokcik serahkan semua kat aku. Dia tinggal bagi bajet, yang lain aku uruskan. Haha... Kecuali cincin la... Dia dah lama belikan dari sebelum merisik lagi. Untuk hiasan hantaran, aku guna bunga crepe. Nampak macam real, tapi sebenarnya kertas sahaja. Haha. Aku start melipat bunga-bunga tu before aku balik Surabaya lagi. So masa puasa hari tu aku tinggal lengkapkan sahaja. Buat macam bouquet dengan menyelitkan manik-manik. Belasah saja. Janji nampak la rupa hantaran. Haha. Malam sebelum majlis, Kak Jah tolong aku finalize. Ye dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar di atas. Simple dan caca marba. Ada aku kesah? Hahaha.

3. Pelamin :
Aku takdak pakai pelamin ke apa. Just backdrop tu pakai langsir rumah jer. Haha. Kejadah la aku nak amek pelamin bagai untuk majlis beberapa minit. Cukup la ada background untuk bergambar. Haha.

4. Doorgift :
Just bagi candies dalam tupperware (banyak lebih masa kawen abang aku dulu), kacang and kipas kecik, then letak dalam paperbag blue and purple. Sticker kat tupperware tu tempah kat Surabaya. Murah, cepat dan jimat. Haha.

5.Catering :
Ayah tempah dengan kawan dia. Nasi minyak hujan panas. Ayah yang uruskan. Aku tak amek tahu. Haha.

6. Make-up :
Aku amek dengan anak gardener kat rumah. Mak Andam. Dapat special price. Tak kisah la cantik ke tak make up tu. Janji natural beauty tu dah ada. Hahahahahahahahahahaha. Ada aku peduli kalau korang nak muntah? Hahahahahahahahaahahaha...

7. Photographer :
Aku tak upah sape-sape since cousin and uncle aku ada peralatan yang memadai dan boleh amek gambar indoor dengan clear. Haha.

8. Cake (untuk hantaran) :
Kat ganu ni now dah banyak tempat untuk tempah cake cantik-cantik. Unfortunately, ramai yang tak berani amek risk dan amek job untuk tempahan raya ketiga. Takut tak sempat katanya. Aku dapat solution iaitu order dengan sorang tokei kedai kek yang famous kat ganu ni sebab dia kawan ayah aku. Tapi seriously, itu adalah kali terakhir aku tempah cake dengan kedai tu. Dulu masa abang aku kawen pon kedai ni buat hal. Masa aku tunang ni pon sama. Padahal dah tempah dengan tokei dah. Pon sama jer service. Teruk. Tak kesah la berapa cawangan pon yang ada, kalau service teruk tak guna. Kedai tu bermula dari huruf Z. Cawangan dia merata-rata kat ganu ni. Famous jugak. Tapi lately famous dengan cake basi. Haiya. Emo gila. Haha.

9. Sireh (untuk hantaran) :
Tempah dengan Ann dari kedai bunga Melia. Daun sireh kami kutip kat pokok masa raya kedua then hantar kat rumah dia ni.Then mintak Ann ni decoratekan dengan fresh flower. Cantik sangat sirih tu. Sesuai dengan theme colour. Biasa sirih mak buat sendiri tapi disebabkan kali ni pack dengan raya lagi, so, tempah jer senang. Tapi kesian jugak kat kedai bunga tempat Ann kerja ni, sebab baru-baru ni terbakar. Hangus.

10. Hand bouquet :
Kalau perasan, aku ada pegang hand bouquet. Dan kalau korang lagi perasan hand bouquet tu dah nak hancur. Haha. Tu hand bouquet masa abg aku kawen hari tu. Aku recycle pakai balik. Haha.


Tu je serba sedikit pasal majlis tu. Tak kisah la orang nak cakap apa. Janji semua tu tak perabih banyak duit. Recycle sahaja. Takyah susah-susah pikir. Haha. 


Kesimpulannya, ALHAMDULILLAH majlis berjalan lancar. Dan semoga perjalanan ke depan lancar-lancar sahaja hendaknya. Serahkan kepada Allah. Dia penentu segala-galanya. :)


Apa pandang-pandang? Tak puas hati ka?







-adios-



Hilang

Hola.

Huaaaarggghhh. Ngantuk gila. Aku baru lepas belasah durian yang Pokcik bawa dari TM semalam. Kesian CCH habis bau durian, bakal menantu punya pasal. Eh mana ada, abah yang nak kirim kat "Yana". HAHAHA. Tapi memang terbaik la durian-durian tersebut. Aku pun dah mabukkkkkkkk. Hahaha.

Btw, banyak event plak bulan Syawal yang mulia ni. Raya - Engaged - TM - South Trip - Kapas Trip - Cousin's Wedding - North Trip. InsyaAllah, nanti-nanti lah aku update pasal apa yang aku cakap aku nak update. Haha...

Busy lagi ni. Preparation convo banyak lagi tak settle. Baju aku blom start pape pon lagi. Haha... Preparation wedding apetah lagi. Malas wei. Haha. Ok poyo.

Ok bai kepala pening.



-adios-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...