Nursing


Wednesday, 3 July 2013

Perihal beruk

Aku bukanlah beruk. Jauh sekali mengata orang lain sebagai beruk. Mungkin penghinaan manusia sebagai beruk itu memang sangat keterlaluan. Namun hakikatnya beruk adalah tetap seekor binatang. Sama tarafnya seperti monyet, kera, baboon, orang utan, dan kesukaan aku, siamang.

Kalau orang kata seseorang itu "Haish macam singa la dia ni", "Macam gajah la dia ni" dan macam-macam lain lagi, manusia jarang melatah. Cuba kalau bagi "Macam beruk lah!" "Macam anjing lah" atau "Macam babi lah". Pergh. Perang dunia ketiga terus tercetus!

Panjangnya mukadimah. Intinya adalah, mereka tetap haiwan. Walau tak dikurniakan akal, tapi kejadiannya tetap ada baik buruknya.

Orang selalu kata beruk itu sebagai sesuatu yang menghinakan, memalukan dan dianggap sebagai sesuatu yang seolah-olah tiada manfaatnya. Apa kata kali ni aku cuba menukar persepsi anda tentang beruk. He he he. Suka pulak bercerita hal beruk. Haha.

Semalam ayah aku bercerita perihal beruk. Semangat ayah bercerita dalam facebook. Siap upload gambar beruk. Ni haa...


Hello beruk...





Ni adalah caption yang ayah tulis : 

"Jasa beruk : beruk ini sedang berehat setelah seharian bertugas sebagai pemulas/penggugur kelapa. Dalam satu hari beruk ini mampu menggugurkan kira2 300 biji kelepa. Upahnya rate semasa di Marang Terengganu ialah RM 40 utk 120 biji kelapa. Jika cuaca cerah tuan beruk mampu menjana RM100 sehari dan dia buat kerja biasanya 5 hari seminggu. Jadi purata income dia ialah 2000 ke 2500 sebulan : Kos makan minum beruk sehari ialah kira2 rm 10 sehari. Dengan income yang baik ini, tuan beruk ini yg bernama Pak Mat Kancil dari Kg Pengkalan Berangan Marang Terengganu, mampu keluar dari kelompok miskin, malah mampu menyara anak2 nya di IPT. Cuma kata dia, pastikan beruk sentiasa sihat dan cergas dan dengar kata tuan dia. Kalau sakit amat susah kerana ketiadaan doktor haiwan di Marang. Kalau hantar berubat dengan bomoh macam mana? Jawab Pak Mat : sokmo2 bomoh takut dgn beruk. Kisah jasa beruk semasa santaian dgn lepeng nyior dgn Pak Mat sore ini."


Itu adalah sedikit sebanyak yang ayah aku cerita. Menarik. Siapa sangka beruk ni sangat berjasa dalam memberikan peluang kepada pakcik ni untuk menyara hidup. Apalagi anak-anaknya berjaya ke menara gading. Malu terasa sebab walau aku hidup senang tapi tetap saja belajar selalu main-main. Hrmmm...

Dan aku sangat bersetuju dengan kawan ayah yang mengatakan : "Sesama mahluk berkongsi rezeki di bumi Allah ini!.Kalau berbeza mahluk tuhan boleh bersatu inikan pula sesama UMMAH!."

Betul apa uncle Karsono cakap. Sedangkan manusia dan haiwan boleh berkongsi rezeki, apatah lagi sesama manusia. Oleh sebab itu jangan kedekut. Sama-sama membantu, sama-sama berkongsi. Barulah maju.

Bukan kisah beruk sahaja. Banyak lagi haiwan lain yang banyak membantu manusia. Contohnya kambing. Sangat berjasa kat ayah dan keluarganya. Sebab tu aku tak pernah malu mengatakan suatu ketika dulu ayah seorang pengembala kambing. Setidaknya itu yang mengubah hidup ayah suatu ketika dahulu. Yang akhirnya menjadi orang yang pertama di kampung dengan gelaran "Dr.". Alhamdulillah. Sesungguhnya kejadian Allah itu suatupun tidak merugikan. Allahuakbar. :)

Mari bersama sayangi haiwan :)


Tu dia menguap punya luasss!





-adios-




1 comment:

  1. bagus..kalau ada fakta2 jurnal atau artikel dari zaman dahulu kala..harap admin dapat kongsi lagi..

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...