Nursing


Sunday, 7 July 2013

Perihal beca

Sepanjang hidup aku di Surabaya, aku hanya menggunakan public transport untuk ke mana mana. "Public transport" ini merangkumi teksi, bemo(angkutan kota), beca, dan kereta member. Haha.

Untuk ke hospital, hampir setiap hari aku menggunakan beca. Ya, beca. Kalau orang KL dan sekitarnya naik LRT, bas atau teksi, tapi aku hanya sekadar beca. Kadang-kadang berjalan kaki. Mengikut keadaan semasa dan tingkat kemalasan. Namun, untuk pulang ke rumah, aku lebih senang berjalan kaki. Kecuali kalau aku pulang jam 2PM ke atas atau ketika postcall, maka, aku akan naik beca. Pertama, sebab jam 2PM ke atas jalan diantara kampus dan hospital sangat la jem dan sangat seram untuk melintas sorang-sorang kat situ. Kedua, kalau postcall pastu balik jalan kaki, alamat mabuk la jalannya. Ngantuk wei. Haha.

Panjangnya mukadimah. Lanjutkan cerita.

Bercakap perihal beca, pagi Jumaat kelmarin adalah kali kedua aku accident. Ye. Accident.

Kes pertama. Beca aku naik elok-elok je jalan. Ada student dentist lengkap berlabcoat bergelak tawa nak melintas. Tapi dia pi tengok one side je. BANG!!! Beca aku pi langgar budak tu. Terguling jugak la budak tu jatuh. Beca stop. Aku pi tolong budak tu bangun. Then sambung naik beca tadi pi hospital. Nasib baik budak tu ok.

Kes kedua. Pagi Jumaat. Beca aku naik elok-elok je jalan. Jalan straight. Tetiba ada satu motor ni pi langgar beca aku dari arah kiri. BANG!!! Motor ni terumbang-ambing, hilang kawalan, gedebuk jatuh. Penunggang perempuan. Pakcik beca yang aku naik tak stop langsung. Dia membebel cakap apehal le hang pi tetiba langgar beca aku blablabla. Penunggang motor tadi ok. Bangun dibantu penunggang motor yang lain dan kemudian jalan seperti biasa.

Hrmmm. Apelah nasib. Sabar je la.

Kesimpulannya, mungkin jalan kaki lebih selamat. Atau mungkin tidak. Entah la. Kejadah la kesimpulan tak best langsung. Ok bai.





-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...