Nursing


Sunday, 21 July 2013

keboringan

Mati kutu aku nak buat apa. Penat tido. Penat dok browsing internet. Dan penat segala-galanya. Macam nak pi buat hairspa. Haha. Tapi macam malas. Macam nak packing barang. Tapi pon sama malas. Macam nak jahit manik. Lagi la berduyun-duyun datang kemalasan itu. Hua hua hua.

Sedar tak sedar dah hari ke 12 Ramadhan. Tak lama lagi nak raya. Tapi nampak gaya tahun ni duit raya dah semakin berkurang. Kot. Arrrggghhh, pedulikan! Aku tak kerja lagi so aku berhak dapat duit raya. HAHA. Oh btw, Ramai woo member aku kahwin raya ni. Apa lagi, tour makan kenduri la gamaknya aku dan kawan-kawan aku. Haha. Taktahu lah tahun ni masih dapat bereunion dengan member lagi ke tak. Banyak yang dah kahwin. Tinggal yang single ni je la yang dok berhuha huha bergelak tawa lagi tanpa sopan masa reunion kat KFC nanti. Haha. Ada aku kisah?

2 hari lepas, hari Jumaat, aku berbuka puasa kat luar. Aku memang dah lama teringin nak makan dekat Leko. Oh, untuk yang taktahu, Leko dah dibuka di The Curve. Leko ni jual Iga a.k.a Ribs Penyet. Sepanjang aku duduk sini, kat sini la paling sedap Iga penyet dia. Tapi kalau ayam penyet, aku still prefer Cak D Nganjuk punya penyet. Itu terbaik se-Indonesia. Malangnya kalau korang nak try, kenalah turun Surabaya. And, kena biasakan dulu dengan makanan tepi jalan. Sebab depa ni gerai kecik tepi jalan. Kadang-kadang bleh nampak tikus lalu lintas. HAHAHA. Dulu first year, menjerit jugak la. Sekarang dah immune. Hahaha. Perut pun dah sama immune. Hahaha...

Banyak pulak merapu. Oh, akhirnya, aku tak jadi makan Leko pon. Tapi aku pi try tempat baru nama Warung Ipang. Ok la. Not bad. Boleh la. Cuma kurang UP sket la compared to Leko. And boleh la bawak family aku datang makan sini nanti. Proper sket tempat dia. HAHAHA.....

Hari tu ada la aku sembang dengan sorang minah ni. Indonesian (I). Budak group aku dulu masa kat Psychiatry. Dulu dia ni pernah mengundang nafsu amarah aku. Pasal dia sedap-sedap hati reka cerita tak betul pasal aku and ex-bos aku si Ninon tu dekat lecturer. Lepas tu, bila aku tanya dia, dia cakap member aku sorang lagi ni (Z- Indonesian jugak) yang bagitau lecturer. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan perangai si Z ni. Pasal poyo tak bertempat. Tapi aku tau dia ni bukan jenis mematikan kawan. Bila aku korek-korek, rupanya si I ni tau aku tak brape nak suka si Z ni, so dia pun tokok tambah la cerita kat aku pasal si Z ni yang sebenarnya buat onar gitau kat lecturer. The next day, si I ni datang kat aku. Dengan muka dan gaya gigih nak bergosip, "Mbak... mbak... mas Z tu kan blablabla...". Aku tengok muka dia, cut apa dia cakap, and aku cakap, "Aku dah tau dah", dan bla, buat muka takdengdeng. Apa yang aku dah tau adalah, aku dah tau dia pembelit. Hahaha. Lepas daripada tu, aku tau, minah ni apa dia cakap semua takleh terima pakai... So masa aku sembang haritu, aku pon dengar sambil sengih-sengih angguk-angguk sambil dalam hati ni, hang ingat aku percaya hang cakap apa? Krohz. Dan aku tak percaya aku boleh jadi se-fake itu. HAHAHAHA... Pedulikan. 

Macam kakak aku pernah cakap, kalau ada orang yang jenis suka putar belit, dan ada ular kat sebelah dia, "katok" lah orang yang putar belit tu. Setidaknya ular hanya membelit, dan manusia species spinner will always spin. Dan aku sebagai hater, will always hate. Hahahaha. Insap la Jannah oi. Dosa dosa. Ye la ye la. Tak hate pun, cuma aku lebih mengelak dan berhati-hati dengan species manusia yang seperti ini.

Oh haa, 2,3 menjak ni orang perempuan jadi sensitif sket. Ini semua kes Asyraf Muslim. Tapi takleh cakap pape. Kita tak berada di tempat mereka. So, takleh la nak kutuk lebih-lebih. Tapi serious, aku sebagai perempuan pun..... Sensitif jugak la kalau masuk hal ni. Haha. Bak kata Ninon, jangan la cakap pasal kes ni sekarang, pompuan semua tengah sensitif. Hahaha... Siot jak mamat ni.



Panjang la pulak karangan. Boring weiii.



okbai.




-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...