Nursing


Friday, 26 July 2013

Back

Alhamdulillah. Safely landed at LCCT. Waiting for my flight to Terengganu tonight. Ahhhhhhhhhh, it really feels good to step my feet on my very own tanah tumpah darahku, apa lagi without perlu memikirkan tentang penerbangan pulang ke sana. Best gila feeling tu rupanya. Sengih-sengih je aku tadi sampai-sampai HAHA.

Tadi arrived around 1515, then collect bag, then terus baggage drop untuk flight to KT and then by 1600 dah selamat masuk domestic departure hall dah. And LCCT hari ni domestic punya flight ramainya manusia ya Allah. Nak carik seat kat luar tu pun susah. Last-last dok dalam surau. Huhuhu.

So now ada around 2 jam lebih before take off, aku dah tak tau nak buat apa. Haha. Nanti la lagi sejam lebih aku kuar sat then beli roti kat Delifrance untuk buka puasa. Ececece... Macam puasa je kan. Kahkahkah. Wei, posa la. Sah tak sah lain cerita. Haha...

Anyway anyhow, thank you Surabaya for giving me all the chances to do, to live and to apa-apa je lah sepanjang hampir 6 tahun di sana. Hehe. Thank you and goodbye Surabaya! Till we meet again this October! 

Dan aku lepas ni dah boleh ikut ayah aku join PAPTI dah. Hahahahaha...


ok bai.










-adios-



Monday, 22 July 2013

Alhamdulillah

Bismilllahhirahmanirahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. All praise and glory be to Allah the Almighty. Setelah hampir 6 tahun bermastautin di negara orang, Alhamdulillah akhirnya usaha selama ini terbalas. Alhamdulillah.

18 July 2013, exam terakhir yang paling mencuakkan. 
19 July 2013 (10 Ramadhan 1434H), bila dah keluar result dari department, Alhamdulillah syukur. 
Hari ni, 22 July 2013 (13 Ramadhan 1434H), secara rasmi, diumumkan lulus dari Faculty of Medicine Airlangga University Surabaya. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah untuk segala-galanya.
Terima kasih ayah, emak dan keluarga untuk sokongan dari semua aspek.
Terima kasih lecturer-lecturer yang sangat membantu dalam proses pembelajaran selama ini.
Terima kasih semua pesakit-pesakit dan mayat-mayat yang selama ini banyak membantu aku dalam menambahkan ilmu.
Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.
Dan terima kasih Universitas Airlangga Surabaya yang menjadi tempat belajar, insyaAllah almamater ini akan aku bawa sehabis baik mungkin. Doa-doakan.

Alhamdulillah Ya Allah, nikmat ini terlalu besar Engkau limpahkan untuk aku. Alhamdulillah.


Muka cuak tunggu yudisium... Btw, ni baju masa nikah kakak aku tahun 2002 dulu. Haha... Member aku cakap macam aku nak pi kawen je pi kampus pakai baju ni. Haha... Nak wat camne, ni je la satu-satunya baju putih yang aku ada. Wuwuu.



Ni muka gembira lepas dah diumumkan lulus dan salam dengan semua lecturer. Alhamdulillah. Ned-Indische Artsen School. Medicine is an art.



Borang kena isi untuk ijazah... Bulan Oktober masa convo nanti baru leh dapat. Wuwuu...
Oh, tulisan aku memang hudus. HAHA...



And finally, boleh say goodbye to Dr Soetomo Hospital! Yeay! Thank you Dr Soetomo Hospital for the opportunity to treat patient!




Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, aku sedar, ini bukan pengakhiran. Ini permulaan kepada suatu future yang baru dan sangat mencabar. Semoga future itu juga dapat aku lalui dengan baik, insyaAllah. Doa-doakan. :)



p/s : Tinggal beberapa hari. Mari memaksimalkan penggunaan hari di Surabaya. Tapi... Malas gila nak packing barang yang berkotak-kotak tu. Wuwuu...



-adios-



Sunday, 21 July 2013

#28 : Music Exception : In The End (Linkin Park Cover) - Us (Michael Alvarado & Carissa Rae Alvarado)

Ok. Sebelum ni dengar Linkin Park punya version yang rock gila tu takde la berminat sangat dengan lagu ni. Tetiba terjumpa cover depa ni buat. Terbaik! Baru boleh dengar satu-satu lirik dia. Haha. Baru perasan lirik dia actually best! Layan!





In The End - Us (Michael Alvarado & Carissa Rae Alvarado)

It starts with one thing I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind I designed this rhyme
To explain in due time

All I know time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away

It's so unreal, didn't look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on but didn't even know
Wasted it all just to watch you go

I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a time when

I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter

One thing, I don't know why
It doesn't even matter how hard you try
Keep that in mind I designed this rhyme
To remind myself how I tried so hard

In spite of the way you were mocking me
Acting like I was part of your property
Remembering all the times you fought with me
I'm surprised it got so far

Things aren't the way they were before
You wouldn't even recognize me anymore
Not that you knew me back then
But it all comes back to me in the end

You kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a time when

I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter

I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know

I've put my trust in you
Pushed as far as I can go
For all this
There's only one thing you should know

I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter







p/s : In the end, it doesn't matter to me........








-adios-



keboringan

Mati kutu aku nak buat apa. Penat tido. Penat dok browsing internet. Dan penat segala-galanya. Macam nak pi buat hairspa. Haha. Tapi macam malas. Macam nak packing barang. Tapi pon sama malas. Macam nak jahit manik. Lagi la berduyun-duyun datang kemalasan itu. Hua hua hua.

Sedar tak sedar dah hari ke 12 Ramadhan. Tak lama lagi nak raya. Tapi nampak gaya tahun ni duit raya dah semakin berkurang. Kot. Arrrggghhh, pedulikan! Aku tak kerja lagi so aku berhak dapat duit raya. HAHA. Oh btw, Ramai woo member aku kahwin raya ni. Apa lagi, tour makan kenduri la gamaknya aku dan kawan-kawan aku. Haha. Taktahu lah tahun ni masih dapat bereunion dengan member lagi ke tak. Banyak yang dah kahwin. Tinggal yang single ni je la yang dok berhuha huha bergelak tawa lagi tanpa sopan masa reunion kat KFC nanti. Haha. Ada aku kisah?

2 hari lepas, hari Jumaat, aku berbuka puasa kat luar. Aku memang dah lama teringin nak makan dekat Leko. Oh, untuk yang taktahu, Leko dah dibuka di The Curve. Leko ni jual Iga a.k.a Ribs Penyet. Sepanjang aku duduk sini, kat sini la paling sedap Iga penyet dia. Tapi kalau ayam penyet, aku still prefer Cak D Nganjuk punya penyet. Itu terbaik se-Indonesia. Malangnya kalau korang nak try, kenalah turun Surabaya. And, kena biasakan dulu dengan makanan tepi jalan. Sebab depa ni gerai kecik tepi jalan. Kadang-kadang bleh nampak tikus lalu lintas. HAHAHA. Dulu first year, menjerit jugak la. Sekarang dah immune. Hahaha. Perut pun dah sama immune. Hahaha...

Banyak pulak merapu. Oh, akhirnya, aku tak jadi makan Leko pon. Tapi aku pi try tempat baru nama Warung Ipang. Ok la. Not bad. Boleh la. Cuma kurang UP sket la compared to Leko. And boleh la bawak family aku datang makan sini nanti. Proper sket tempat dia. HAHAHA.....

Hari tu ada la aku sembang dengan sorang minah ni. Indonesian (I). Budak group aku dulu masa kat Psychiatry. Dulu dia ni pernah mengundang nafsu amarah aku. Pasal dia sedap-sedap hati reka cerita tak betul pasal aku and ex-bos aku si Ninon tu dekat lecturer. Lepas tu, bila aku tanya dia, dia cakap member aku sorang lagi ni (Z- Indonesian jugak) yang bagitau lecturer. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan perangai si Z ni. Pasal poyo tak bertempat. Tapi aku tau dia ni bukan jenis mematikan kawan. Bila aku korek-korek, rupanya si I ni tau aku tak brape nak suka si Z ni, so dia pun tokok tambah la cerita kat aku pasal si Z ni yang sebenarnya buat onar gitau kat lecturer. The next day, si I ni datang kat aku. Dengan muka dan gaya gigih nak bergosip, "Mbak... mbak... mas Z tu kan blablabla...". Aku tengok muka dia, cut apa dia cakap, and aku cakap, "Aku dah tau dah", dan bla, buat muka takdengdeng. Apa yang aku dah tau adalah, aku dah tau dia pembelit. Hahaha. Lepas daripada tu, aku tau, minah ni apa dia cakap semua takleh terima pakai... So masa aku sembang haritu, aku pon dengar sambil sengih-sengih angguk-angguk sambil dalam hati ni, hang ingat aku percaya hang cakap apa? Krohz. Dan aku tak percaya aku boleh jadi se-fake itu. HAHAHAHA... Pedulikan. 

Macam kakak aku pernah cakap, kalau ada orang yang jenis suka putar belit, dan ada ular kat sebelah dia, "katok" lah orang yang putar belit tu. Setidaknya ular hanya membelit, dan manusia species spinner will always spin. Dan aku sebagai hater, will always hate. Hahahaha. Insap la Jannah oi. Dosa dosa. Ye la ye la. Tak hate pun, cuma aku lebih mengelak dan berhati-hati dengan species manusia yang seperti ini.

Oh haa, 2,3 menjak ni orang perempuan jadi sensitif sket. Ini semua kes Asyraf Muslim. Tapi takleh cakap pape. Kita tak berada di tempat mereka. So, takleh la nak kutuk lebih-lebih. Tapi serious, aku sebagai perempuan pun..... Sensitif jugak la kalau masuk hal ni. Haha. Bak kata Ninon, jangan la cakap pasal kes ni sekarang, pompuan semua tengah sensitif. Hahaha... Siot jak mamat ni.



Panjang la pulak karangan. Boring weiii.



okbai.




-adios-



Saturday, 20 July 2013

Menunggu

Menunggu hari isnin dengan penuh kesabaran. 

Semoga diberi kelancaran. 

Setelah itu, barulah boleh buat pengumuman rasmi! 

Haha.

Hari ni patut turn aku masak-masak untuk berbuka. Tapi member aku dah cop dulu pasal next week dia still kerja. Aku pulak malas nak masuk kelas dah. So, last-last, aku masak untuk hari kerja sahaja. Wuwuu.

Aku takde idea sangat nak masak apa. Aku nak mak aku masak. Huaaa. Tapi tengok lah. Kalau rajin, masak la best-best sket. Kalau malas, masak telur goreng je. Haha...


Ok bai.


-adios-



lagu raya

Weee... Hari ni rasa nak dengar lagu raya. Mari berjoget-joget. Balik kampunggg balik kampunggg!!!

Oh ye, bulan-bulan puasa ni kan, ada je lah orang nak terasa dengan tulisan blog aku ni. 

Macam ni lah. 

Kalau tak suka atau dah benci sangat dengan saya, tak payah la baca, buat tambah dosa je.

Oh, dan tolong jangan perasan segalanya yang saya tulis adalah perihal awak. The world is not always about you, you and you. Bosan tau.

Oh, dan saya juga tak cari silap awak dan hancurkan hidup awak pun. Awak je yang terasa lebih-lebih.

Oh, tulisan tu takde kena mengena dengan awak dan dia. Ini perihal saya dan orang yang berbeza.

Oh, lain kali kalau tak tahu, tanya! Jangan main assume je tau. Berdosa!

Oh, saya senang je tengok awak bahagia. Saya lagi bahagia!

Oh, ingat tau! Saya tak akan tulis pasal awak lagi. Ini kali pertama dan terakhir! So, tolong, jangan perasan!

Oh, Selamat Berpuasa! Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin!









p/s : Saya dah dapat hidup saya dah. Dah lama dah. Allah, emak ayah dan family saya dah lama dah membuatkan saya cukup dengan hidup saya. Terima kasih atas nasihat. God bless.



-adios-




Sunday, 14 July 2013

la la la la la

So pokcik's brother bought his family this pet. A sugar glider. Good. At least the memerang now dah ada geng baru. HAHA.





Tido mati punya binatang ni...

Habis cerita sugar glider. Hua hua hua. Oh haa, aku seperti biasa suka usha youtube. Aku tetiba terklik dekat satu minah ni punya video. No, it's not video kapel 1 minggu punya video. Hua hua hua. Ini video sorang minah serawak ni. Damn, suara dia bagus. And she really got talent. And and I think minah ni ada macam studio ke apemende so that quality of her video(s) mostly good. Tapi suara dia without those instrument pun really good. You guys should really check her out! My favorite songs from her are..... In the end (cover), Stay (cover) and Almost Lover (cover)... Minah ni ada jugak buat lagu sendiri. But so far, aku tak berapa nak berkenan. Ada satu yang aku berkenan, tapi the lyric..... out...! Haha... Tajuk lagu tu "Reza" and she keep repeating oh reza bla bla bla oh reza bla bla bla and I was like, who the **** is he? HAHAHA. But her music and voice is really good. Check her out, Fatin Majidi.



And and and this is how annoying I could be... And that is how "kind" of pokcik to melayan kegilaan itu. Kahkahkah.


practice katanya...






-adios-



Bahaso

Whatsapp with pokcik.

Pokcik : Do you really understand when my family speak klate?
Me : Yes, I do. It's not too difficult though. But I don't really understand if they speak pure bahaso klate.
Pokcik : You should really learn to kecek baso pure klate.
Me : I did. But then you laughed.
Pokcik : Huh, kecek supo ore siam. Tadop sapo pehe.






Kuang ajaq kuang ajaq. Haha.


Hello. Ganu-ian will stay speaking ganung. Dong care dong mind.


Hahahahaha



-adios-



Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

something u scared of

Hello.

I've been blog walking a lot today. There's a few blog I just love to read. One of it is Jumie Samsudin. I knew her blog from my former housemate, Kak Ahlam, who was once her classmate back then in Penang. I must admit that I sometimes love to read her blog because somehow she wrote and analysed some of the current issue(s), with her very own different perspective.

So, apa yang menarik perhatian aku hari ni adalah mengenai topik terbaru yang Jumie tulis. Isu kahwin dengan gay. Yes, gay. For some reason, it scared the hell out of me. Gilo ke apa manusia zaman sekarang. Kalau nak tahu, baca blog Jumie lebih lanjut.

And the other thing that kinda bothering me is, as I blog walking, I did find out few blog which yang aku rasa macam geram sangat dengan penulis blog tersebut. Sebabnya... Dengan terang-terang tulis ada scandal dengan laki orang la, tunang orang la, boyfriend orang la. Seriously, dimanakah perasaan malu anda? Kalau ye pun ada scandal, tak perlu kot tulis kat blog? Kot. Dan tidak kusangka ramai rupanya perempuan jenis itu wujud.

Tapi aku tak berani cakap lebih-lebih. Sebab kita tak berada di tempat mereka, dan kita tak tahu. Kalau ikut pengalaman, aku pun pernah DIKATAKAN ada scandal dengan boyfriend orang which then i found out it is not true. The thing is again, kita tak berada di tempat mereka, dan rasanya kita tak berhak nak mengata lebih-lebih kot. Wallahualam. Semoga aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku dijauhkan dari kejadian macam ni. InsyaAllah.

Hal-hal hati dan perasaan ni bukan hal main-main. Sebab tu aku selalu cakap kat certain kawan aku yang ada banyak scandal. Ko mainkan hati orang, ko siap sedia terima kalau orang mainkan hati ko. Itu belum kira dengan kisah kawan back stab. Perlu ke sibuk nak ganggu rumahtangga kawan sendiri? Teringat lagu Yuna - Lelaki, "Banggakah dirimu kekasihmu sahabatku". 

Dan tolong, jangan sesekali jadikan perkataan JODOH itu sebagai pelindung. 

"Mungkin dia dah ada bf/gf, tapi siapa tahu JODOH dia dengan aku?"
"Mungkin dia baik dengan aku sebab dia rasa aku JODOH dia"
"Mereka hanya sebatas gf/bf, tunang, hal JODOH siapa tahu"

Ini antara hal "mengelat" orang selalu cakap bila berada dalam situasi berscandal. Tolong jangan main-main dengan perkataan JODOH. Kalau betul JODOH korang dengan orang yang korang berscandal, Allah akan temukan dengan cara yang benar. Bukan dengan cara korang mengkucar-kacirkan hal rumahtangga orang lain. Fahami erti jodoh.

Ini la masalah bila agama dijadikan benteng untuk menutup kesalahan diri sendiri. Seperti mana bila orang yang tidak bertudung menjadikan alasan "belum sampai hidayah" sebagai benteng, sedangkan jelas "hidayah" itu perlu dicari. Wallahualam.

Kalau benar anda rasa itu JODOH anda (dengan orang yang dah berpunya), jauhkan diri. Hentikan perkara yang mengundang kontroversi. Cukup dengan doa untuk ditemukan jodoh yang BETUL, sambil mencari dengan cara yang BETUL. Kalau betul itu jodoh yang Allah tentukan, nanti Allah akan temukan dengan cara yang BETUL.

Sesungguhnya Allah dah jadikan siapa jodoh kamu semenjak kamu masih di dalam kandungan ibumu. Dan kepada yang sudah berpunya, cukup untuk berdoa supaya itu adalah JODOH yang telah Allah tentukan dulu. InsyaAllah. 

Sama-sama cari bahagia, sama-sama cari redha Allah. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.


Dan rindu kepada Allah itu  jauh lebih penting dari rindu sesama manusia. *reminder to myself


Amiiin.



Sekian tulisan dari bakal doktor yang sibuk nak amik psikiatri. HAHA.



ok bai.




p/s : Masalah ini adalah antara banyak-banyak masalah yang aku rasa termasuk dalam gangguan keperibadian. Seriously, the world needs more psychiatrist!!!




-adios-




Fifth Ramadhan

Hola. Moving to Ramadhan ke lima. Alhamdulillah. Dipertemukan lagi Ramadhan kali ni. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan berikutnya juga Allah temukan lagi, InsyaAllah.

I've been crazily busy for the past week. I went out from the OT 10 minutes before Maghrib, berkejar solat Asar, balik rumah naik beca, dah azan Maghrib. MasyaAllah. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tapi Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup *exaggerate*.

Exam will be on 18th. Hopefully this is my last exam here. Do pray for me. InsyaAllah, with Allah's will.

My love Zarifa has been admitted due to pneumonia yesterday. Alhamdulillah she's getting better today. Hopefully everything will be ok. And I hope abgmin and kak ezri are strong enough to go through this test. Allah will not burden any soul beyond his/her capacity. Make lots of du'a. Allah is the Greatest. He will give u the best. He always give us the best. InsyaAllah.





-adios-




Sunday, 7 July 2013

Perihal beca

Sepanjang hidup aku di Surabaya, aku hanya menggunakan public transport untuk ke mana mana. "Public transport" ini merangkumi teksi, bemo(angkutan kota), beca, dan kereta member. Haha.

Untuk ke hospital, hampir setiap hari aku menggunakan beca. Ya, beca. Kalau orang KL dan sekitarnya naik LRT, bas atau teksi, tapi aku hanya sekadar beca. Kadang-kadang berjalan kaki. Mengikut keadaan semasa dan tingkat kemalasan. Namun, untuk pulang ke rumah, aku lebih senang berjalan kaki. Kecuali kalau aku pulang jam 2PM ke atas atau ketika postcall, maka, aku akan naik beca. Pertama, sebab jam 2PM ke atas jalan diantara kampus dan hospital sangat la jem dan sangat seram untuk melintas sorang-sorang kat situ. Kedua, kalau postcall pastu balik jalan kaki, alamat mabuk la jalannya. Ngantuk wei. Haha.

Panjangnya mukadimah. Lanjutkan cerita.

Bercakap perihal beca, pagi Jumaat kelmarin adalah kali kedua aku accident. Ye. Accident.

Kes pertama. Beca aku naik elok-elok je jalan. Ada student dentist lengkap berlabcoat bergelak tawa nak melintas. Tapi dia pi tengok one side je. BANG!!! Beca aku pi langgar budak tu. Terguling jugak la budak tu jatuh. Beca stop. Aku pi tolong budak tu bangun. Then sambung naik beca tadi pi hospital. Nasib baik budak tu ok.

Kes kedua. Pagi Jumaat. Beca aku naik elok-elok je jalan. Jalan straight. Tetiba ada satu motor ni pi langgar beca aku dari arah kiri. BANG!!! Motor ni terumbang-ambing, hilang kawalan, gedebuk jatuh. Penunggang perempuan. Pakcik beca yang aku naik tak stop langsung. Dia membebel cakap apehal le hang pi tetiba langgar beca aku blablabla. Penunggang motor tadi ok. Bangun dibantu penunggang motor yang lain dan kemudian jalan seperti biasa.

Hrmmm. Apelah nasib. Sabar je la.

Kesimpulannya, mungkin jalan kaki lebih selamat. Atau mungkin tidak. Entah la. Kejadah la kesimpulan tak best langsung. Ok bai.





-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Wednesday, 3 July 2013

Perihal beruk

Aku bukanlah beruk. Jauh sekali mengata orang lain sebagai beruk. Mungkin penghinaan manusia sebagai beruk itu memang sangat keterlaluan. Namun hakikatnya beruk adalah tetap seekor binatang. Sama tarafnya seperti monyet, kera, baboon, orang utan, dan kesukaan aku, siamang.

Kalau orang kata seseorang itu "Haish macam singa la dia ni", "Macam gajah la dia ni" dan macam-macam lain lagi, manusia jarang melatah. Cuba kalau bagi "Macam beruk lah!" "Macam anjing lah" atau "Macam babi lah". Pergh. Perang dunia ketiga terus tercetus!

Panjangnya mukadimah. Intinya adalah, mereka tetap haiwan. Walau tak dikurniakan akal, tapi kejadiannya tetap ada baik buruknya.

Orang selalu kata beruk itu sebagai sesuatu yang menghinakan, memalukan dan dianggap sebagai sesuatu yang seolah-olah tiada manfaatnya. Apa kata kali ni aku cuba menukar persepsi anda tentang beruk. He he he. Suka pulak bercerita hal beruk. Haha.

Semalam ayah aku bercerita perihal beruk. Semangat ayah bercerita dalam facebook. Siap upload gambar beruk. Ni haa...


Hello beruk...





Ni adalah caption yang ayah tulis : 

"Jasa beruk : beruk ini sedang berehat setelah seharian bertugas sebagai pemulas/penggugur kelapa. Dalam satu hari beruk ini mampu menggugurkan kira2 300 biji kelepa. Upahnya rate semasa di Marang Terengganu ialah RM 40 utk 120 biji kelapa. Jika cuaca cerah tuan beruk mampu menjana RM100 sehari dan dia buat kerja biasanya 5 hari seminggu. Jadi purata income dia ialah 2000 ke 2500 sebulan : Kos makan minum beruk sehari ialah kira2 rm 10 sehari. Dengan income yang baik ini, tuan beruk ini yg bernama Pak Mat Kancil dari Kg Pengkalan Berangan Marang Terengganu, mampu keluar dari kelompok miskin, malah mampu menyara anak2 nya di IPT. Cuma kata dia, pastikan beruk sentiasa sihat dan cergas dan dengar kata tuan dia. Kalau sakit amat susah kerana ketiadaan doktor haiwan di Marang. Kalau hantar berubat dengan bomoh macam mana? Jawab Pak Mat : sokmo2 bomoh takut dgn beruk. Kisah jasa beruk semasa santaian dgn lepeng nyior dgn Pak Mat sore ini."


Itu adalah sedikit sebanyak yang ayah aku cerita. Menarik. Siapa sangka beruk ni sangat berjasa dalam memberikan peluang kepada pakcik ni untuk menyara hidup. Apalagi anak-anaknya berjaya ke menara gading. Malu terasa sebab walau aku hidup senang tapi tetap saja belajar selalu main-main. Hrmmm...

Dan aku sangat bersetuju dengan kawan ayah yang mengatakan : "Sesama mahluk berkongsi rezeki di bumi Allah ini!.Kalau berbeza mahluk tuhan boleh bersatu inikan pula sesama UMMAH!."

Betul apa uncle Karsono cakap. Sedangkan manusia dan haiwan boleh berkongsi rezeki, apatah lagi sesama manusia. Oleh sebab itu jangan kedekut. Sama-sama membantu, sama-sama berkongsi. Barulah maju.

Bukan kisah beruk sahaja. Banyak lagi haiwan lain yang banyak membantu manusia. Contohnya kambing. Sangat berjasa kat ayah dan keluarganya. Sebab tu aku tak pernah malu mengatakan suatu ketika dulu ayah seorang pengembala kambing. Setidaknya itu yang mengubah hidup ayah suatu ketika dahulu. Yang akhirnya menjadi orang yang pertama di kampung dengan gelaran "Dr.". Alhamdulillah. Sesungguhnya kejadian Allah itu suatupun tidak merugikan. Allahuakbar. :)

Mari bersama sayangi haiwan :)


Tu dia menguap punya luasss!





-adios-




Monday, 1 July 2013

#27 : Music Exception : Salam Untuk Kekasih - Nadia

Seperti biasa, malam-malam bukak youtube. Pasang playlist yang mana-mana je muncul. Tetiba kuar lagu ni. Haha. Lama tak karox lagu ni wei. HAHA.





Salam Untuk Kekasih - Nadia

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih… sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri







-adios-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...