Nursing


Sunday, 23 June 2013

Nisfu Syaaban

Bismillah. 

Ini malam 15 Syaaban. Alhamdulillah masih dikurniakan kehidupan sebaik-baiknya. Bermakna masih tersisa 15 hari menuju Ramadhan. Semoga masih sempat untuk aku lalui Ramadhan tahun ini InsyaAllah.

Dan pada malam 15 Syaaban ni juga aku berdoa supaya diampunkan dosa-dosa aku, dan supaya dipermudahkan urusan satu bulan terakhir aku di sini. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan aku sepanjang satu bulan terakhir ini. Dan semoga ini yang terakhir. Aku mungkin keseorangan dalam perjalanan terakhir ni, tapi aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku, setiap masa. InsyaAllah.

15 hari menuju Ramadhan. Apa yang telah aku siapkan? Astaghfirllah. Cuma setakat menghabiskan puasa ganti. Amal ibadat yang lain masih sambil lewa. Astaghfirllah. Semoga masih dipanjangkan umur untuk memperbetulkan semuanya. InsyaAllah.

Dan malam ini, seperti doa aku tiap hari, aku tetap mendoakan kesejahteraan hidup ayah emak dan keluarga aku, orang-orang yang aku sayang dan semua muslim dan muslimat, InsyaAllah.


Salam Nisfu Syaaban.





-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...