Nursing


Tuesday, 14 May 2013

whoaaa

Alhamdulillah. Habis exam terakhir. Sedang menunggu result dan the fact that ada satu result yang dah tahu prognosis dia apa............ memang kena pasrah. Takpe, tawakal saja. Siapa tahu ada keajaiban. Kunfayakun.

Bercakap tentang Kunfayakun. Jadilah, maka jadilah ia. Mungkin ada kesinambungan atau kaitannya juga dengan istilah Qada' dan Qadar. Bermaksud, kalau sekali Allah dah mengizinkan sesuatu untuk terjadi, maka itulah Qada' dan Qadar Allah tentukan, yakni samalah dengan ketetapan yang Allah tetapkan.

Tapi sayang, sebagai hamba Allah kat muka bumi, kadang-kadang aku terleka, kadang-kadang diri sendiri tak dapat terima ketetapan yang Allah dah tetapkan. Betapa tak bersyukurnya aku ni ya Allah... Ampuni dosa-dosaku ya Allah...

Dan aku fikir, untuk orang lain pun ketetepan hal ini tetap sama berlaku. Dan ramai juga yang seperti aku, kadang-kadang terlupa, dan perlakuan kita seolah-olah tidak mengambarkan kita redha dengan ketetapanNya.




******************************



Sepulangnya aku dari hospital tadi, seseorang memberitahu aku satu berita. Cuma beberapa point yang aku simpulkan di sini. Harap yang membaca dan terasa memahami.


1. Bersyukurlah dengan setiap apa yang dimiliki.
2. Membuat seperti yang anda sendiri lakukan itu menunjukkan ketidakmatangan anda sendiri, untuk apa? Tujuan? Motif?
3. Redha dan terimalah setiap kejadian Qada' dan Qadar Allah dengan hati terbuka, tanpa DENDAM.
4. Berhentilah menyakiti diri sendiri dan orang lain hanya kerana suatu ketika dulu anda sendiri pernah jatuh tersungkur. Berhentilah mengganggu kebahagiaan orang lain.
5. Berhentilah berpura-pura dan menyalahkan orang lain dan menyebarkan berita-berita palsu. Ingat, itu yang dihitung di akhirat.


Akhir kata, sejauh perjalanan yang aku tempuhi, tak sekalipun aku pernah berdendam dan berniat yang tidak baik untuk anda. Walaupun kelakuan anda, cukup membuatkan kadang-kadang hidup aku terumbang ambing. Takpe, aku maafkan.


Dengan ini,  aku dengan penuh perasaan rendah diri, memohon maaf kalau kata-kata ini dan perlakuan aku yang sebelum ini sedikit sebanyak mengguris hati sesiapa. Tiada niat. Dan ini hanyalah sekadar catatan yang dibuat oleh seseorang yang mengharapkan kebahagiaan diri sendiri dan orang lain. Harap anda pun sama. 

Marilah menjadi muslim dan muslimah yang taat perintahNya, dan berhenti menyakiti antara satu sama lain. 



Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Allah, namun atas kekurangan diri sendiri. Wallahualam.














p/s : kat mana nak download game??? Boring la plak sementara tunggu result ni. :|






-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...