Nursing


Wednesday, 8 May 2013

Seputar GE 13

Hola. Mari cerita pasal balik mengundi mendadak. Kakak aku mengklarifikasikan aku sebagai Pengundi Hantu dari Surabaya. Hahaha. Memang berhantu. Mistik. Hang tau apa?

So, setelah cerita balik mendadak, aku sangat la enjoy balik Terengganu this time. 8 months beb, 8 months aku tak balik Terengganu. Memang terbaik boleh tengok rumah sendiri. Haha.

Mari balik mengundi.

So, pada hari Ahad, 5 Mei 2013, aku dan keluarga aku keluar mengundi. Aku, Kakdilah, Abgapih, Kakjah, Abgsyahril, Abgmin dan Abglim pi sana menaiki satu kereta. Ye, kamilah pengundi hantu pasal kami semua macam bangla. Hahahahahahahahahahaha. Memang jenis kak limah betoi la.

Ohye, sehari sebelum tu sempat juga melawat markas BN. Macam rindu pulak musim pilihanraya. Sebabnya dari kecil dulu, setiap kali pilihanraya, memang la aku rajin ikut ayah berkempen. Bukannya apa sangat, sebab air teh kat kampung ni sedap rasa dia. Hahaha. Typical Jannah. Life is all about food. HAHAHA.


Kampungku yang terang sebab bulan penuh besar gila.



Kemudian helikopter datang.



Sambung cerita. Ini adalah kali pertama aku mengundi. Jadi excited sikit lah. Aku dan Abglim di saluran 4, dan abang-abang kakak-kakak aku yang lain di saluran 3. Masuk je kawasan tempat mengundi, aku melawat booth BN, dan melewati booth PAS. Sempat juga ada peraih undi PAS yang datang meraih undi. Inikalilah! Spontan mulut aku menjawab, lainkali je la. Hahahaha.

Pastu masuk la kami ke pusat mengundi. Disebabkan kami datang tengah hari, so takdela ramai sangat orang. Beratur tak sampai 15 minit, then terus mengundi. Lepas mengundi, bergambar jap, then balik. Haha.

Cerita pasal dakwat kekal. Maaf terkasar bahasa, tapi sesungguhnya bodoh la orang yang membuat isu dakwat kekal ni. Secara tidak sengaja, kita semua telah diperbodohkan oleh Ambiga. HAHAHA. Tak nampak rasionalnya disitu. Terus terang aku cakap, dakwat aku still ada kat celah-celah jari ni. Tapi pada masa yang sama, ada orang lain yang dah hilang awal-awal. 

Senang cerita macam ni. 

Pertama, kalau dah namanya lepas letak dakwat kekal, then terus lap and basuh, memang la tak berapa nak kekal. Derrr, takkan tak penah tengok orang pakai inai camne. Kedua, sebelum penggunaan dakwat kekal tu pon dah ada orang buat demo untuk hilangkan dakwat kekal tu kat youtube, so semua orang boleh guna cara tu untuk hilangkan. Ketiga, semua orang kulit lain-lain. Kadar resapan masuk ke kulit pon berbeza. Pi belajar farmasi kalau nak tahu lebih lanjut. So takyah la nak expect semua orang dakwat tu boleh kekal. 

Kesimpulannya, dakwat tu sesuatu yang sangat subjektif dan menurut pendapat aku, tak boleh dijadikan indikator sebab senang nak dimanipulasi. Malangnya kita semua dah dipermainkan oleh si Ambiga tu kan. Memang sengaja buat isu dakwat. Blergh. Kalau nak cakap pasal hal ni memang tak habis-habis. Haish.


Dakwat kekal kami si pengundi hantu.


Lepas tu kami pon pulang ke rumah. Petang tu, mak dan ayah plak pi mengundi. Tapi aku tak ikut sebab aku lipat baju. Haha.


Tiada motif untuk menaiki motor sambil mengibarkan bendera di kawasan rumah sendiri.


Berikut adalah sekitar gambar mengundi.


Adik beradik bangla.



Bangla yang lain.


Ni nama dia takde kerja.


Ok. Sah aku si Ugly Duckling. HAHAHA. Paling selekeh dan paling hitam. Derrr, ada aku kesah?


Gigih menunggu keputusan.





Alih topik. Dan dan dan dan dan petang tu, terlihat kelibat kereta putih memasuki kawasan Halaman Dhuha. Now, that's exciting! Hahahahahahahahahaha. After 8 months, like, finally!!! Sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi hanya dapat jumpa sekejap. Sobs. Tapi it's ok. Masih banyak masa lagi... Hehehehehe...


It feels realllllly good to see you back!







******************* SEKADAR GAMBAR HIASAN *******************



Ayahchik lambai, kita lambai balik! Inikalilah!


Troll GE 13...



Troll dakwat kekal...







Sekian dari bilik berita.










-adios-




1 comment:

  1. hok mana se jari ambe? tentulah yg paling putih hikhik

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...