Nursing


Thursday, 9 May 2013

Roti

Roti is Poyad.


Maaf, terupdate lagi.
Tapi hati dah tak tertahan.
Melihat skenario orang sekarang.

Ye, memang benar kerajaan menang.
Ye, memang benar kerajaan juga banyak kurangnya.
Ye, memang benar oppo itu penting untuk kestabilan.

Tapi sedih.
Sedih bila manusia percaya bulat-bulat apa yang dinyatakan di facebook dan social media yang lain.
Sedih apabila manusia yang bijak pandai gagal membuat "research" terlebih dahulu.
Dan yang paling sedih?
Sedih apabila manusia yang saya respek dalam hal keagamaan boleh ikut sama menyebarkan perkara yang tidak benar dalam facebook terutamanya.


Tolonglah tuan-tuan dan puan-puan.
Saya tahu kalian memang benci kerajaan dan apa yang kerajaan buat.
Sepertimana aku sendiri benci oppo dan apa yang oppo buat.
Tapi tak sekalipun aku menafikan apa yang kerajaan buat itu banyak kekurangannya.
Dan tak sekalipun aku menafikan apa yang oppo buat itu banyak kelebihannya.
Setiap perkara mesti ada kekurangan. 
Setiap perkara mesti ada pro dan kontra.
Tapi sayang ramai yang tak boleh melihat semua ini.
Kerana terlalu membabi buta dan taksub.
Tak bolehkah terima qada' dan qadar itu?
Bahawa setiap perkara tidaklah dijadikan sempurna.
Kenapa masih mencari setiap titik kelemahan orang lain?


Apa nak jadi dengan Malaysia?


Isu roti?
Beli roti hari-hari, dan lihat perbezaan harganya.
Alangkah sedih melihat orang yang berfalsafah agama, tapi menyebarkan fitnah tentang isu roti.
Sedarlah.
Allah bagi akal untuk berfikir.
Ye, nak tegakkan Islam memang sangat boleh melalui berpolitik.
Tapi BUKAN dari politik SEMATA-MATA.
Jangan terlalu taksub.
Kalau diri sendiri tak boleh nak serapkan ISLAM dalam kehidupan sehari-hari apa gunanya?

Aku respek ulama.
Aku respek orang yang mempelajari agama.
Tapi jangan bagi aku hilang respek bila hari-hari orang-orang ini menyebarkan fakta yang salah setiap hari.


Tolonglah. Kalau sayangkan Allah, dan kalau anda sendiri kejar syurga, hentikan menyebar perkara merapu. Fikir balik sebelum menekan butang share atau post sesuatu, 

Adakah aku membuat ini Lillahita'ala? 

Kalau agak-agak kita sendiri tak tahu benar atau tidak, maka lakukan kajian. Atau paling teruk, berdiamlah. Sesungguhnya DIAM ADALAH LEBIH BAIK, dari berbicara hal yang tidak sahih dan tidak diketahui kesahihannya.


Wallahualam.










Catatan Hamba Allah yang masih jahil ilmu agamanya.








-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...