Nursing


Monday, 20 May 2013

Air Asia

Banyak la pulak entry dalam sehari. Biarkan. Aku bo bo bosaaaannn... Dengan bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla dirimuuu!!! 

Ceh. Ternyanyi. Bukan. Aku nak cerita pasal the latest AirAsia case.

Ye, aku adalah penyumbang terbesar kepada Tony Fernandez kerana TERPAKSA menggunakan khidmat AirAsia SEPENUHNYA untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Namun begitu, sejak kemunculan Tiger Airways yang berkolaberasi dengan Mandala Air, aku mempunyai pilihan lain selepas pilihan untuk menaiki MAS pudar kerana mereka telah menutup route ke SUB sejak kurang lebih setahun ++ yang lalu. 

Itu bukan cerita. 

Rentetan cerita yang dikupas lebih mendalam oleh Mangkidul a.k.a Mazidul Akmal Sidek melalui blognya, aku merasakan ini adalah saat yang tepat untuk Air Asia mengkaji semula pekerja ground staffnya yang maaf, majoriti sangat hampeh. Mungkin juga boleh dikaji keseluruhan meliputi air crew juga.

Melalui cerita yang dikupas, MUNGKIN ada kebenarannya kerana Mazidul sendiri berada di tempat kejadian. Ini adalah satu bonus. Kenapa? Kerana sebagai pengguna tegar Air Asia, kejadian seperti ini bukan kejadian pertama kali terjadi, dan apabila ianya dikupas dengan bukti dan saksi di tempat kejadian yang merupakan orang media, ini adalah sangat bagus. Biar, biar seluruh dunia tahu kebenaran.

First of all, kata Tony Fernandez, "We have to follow the book". Well, sorry sir, YOUR BOOK SUCKS. Thank you.

The thing is, pada kasus (kasus hokeng, very the indonesian) ini, adalah sangat tidak wajar tindakan yang diambil oleh pekerja AirAsia yang terbabit.  Sebab? Kalau penyakit demam campak nak menular pun, sebatas pengetahuan saya, ia boleh disebarkan oleh orang yang dijangkiti daripada empat hari sebelum bermulanya ruam hingga empat hari selepas ruam meletus/pecah. Pada kes budak ni, aku tak tahu sangat sebab dari info yang aku baca, cuma ada data budak ni kena chicken pox sejak seminggu sebelum terbang KUL-SGN. Jadi, aku tak tahu spesifically bila ruam tu muncul. Tapi the thing is, kalau masa flight KUL-SGN (Ho Chi Minh), kenapa plak passenger ni dibenarkan untuk terbang? Hahahaha... Air Asia memang suka buat lawak. Dan keputusan(untuk terbang) yang dibuat pun adalah oleh GROUND STAFF, bukan CAPTAIN atau DOKTOR yang bertugas. Ini hampeh namanya. Dan Tony Fernandez kena tipu ngan pekerja dia. Hahahahaha...

Maaf, bukan nak emo sangat sebab aku pun pengguna AirAsia, tapi kebenarannya adalah sepanjang penggunaan aku, adalah AMAT JARANG SEKALI aku jumpa ground staff yang ok/baik/ramah. Dulu pernah sekali ada satu kes melibatkan family aku. Masa tu penerbangan TGG-KUL. Masa tu majority of my family nak terbang sekali ke KL, untuk bye bye aku (masa first time depa nak hantar aku belajar kat sini). Masa tu kakak ipar aku pregnant kurang lebih 32 weeks kalau tak silap. Tiba-tiba masa check-in, kakak ipar aku tak dibenarkan naik sebab katanya perlukan surat doktor. Macam haram. Punya la ayah aku berdebat dengan ground staff yang tak reti nak cakap elok-elok tu, then tetap sama, tak boleh terbang. Ayah aku siap minta family doctor kami cakap phone, pon tak boleh jugak. Sampai la bila aircraft KUL-TGG dah mendarat, beberapa minit lepas tu, ground staff datang dan cakap, Sorry, captain tak bagi terbang. Ini adalah statement meragukan Dulu, aku percaya, namun, selepas membaca kupasan Mangkidul, aku mula berasa was-was sekarang. Hahaha. 

Solution? Kakak ipar aku dan abang aku pi beli tiket MAS (yang kebetulan timing sama). SETTLED. 

Kalau dibuka rules and regulation untuk terbang bersama AirAsia, memang dinyatakan  penumpang dengan kandungan 28-34 minggu memerlukan surat keterangan doktor untuk terbang. Penumpang dengan kandungan 35 minggu ke atas TIDAK DIBENARKAN TERBANG. Dan kalau dibuka pula rules and regulation untuk MAS, penumpang dengan kandungan 35-36 minggu SAHAJA yang memerlukan surat keterangan dari doktor untuk terbang. See the difference? Sebab tu aku cakap. Tony Fernandez memang akan cakap "We have to follow the book", tapi book dia sendiri HAMPEH.

Ini bukan kesekian kalinya kes yang terjadi melibatkan ground staff. Masalah berat bag pun sama. Aku pernah lebih berat bag seingat aku dalam 0.7kg, dan aku di-charge untuk membayar lebih berat 1kg. Padahal, 0.7kg tu aku boleh kurangkan dengan meletakkan barang didalam hand luggage aku yang beratnya hanya 3kg ++ (hand luggage yang dibenarkan 7kg). Tanpa memberikan aku peluang untuk tranfer barang ke hand luggage aku, dengan muka kereknya, ground staff tu cakap, "Bag lebih satu kilo eh dik, bayar kat sini blablabla", SAMBIL MENGHULURKAN RESIT. Memang hampeh sangat-sangat.

Namun, tak pernah dinafikan, ada juga staff AirAsia yang aku jumpa sangat baik dan ramah. Memberikan solution terbaik. Contoh pernah berat bag kawan aku terberat dalam 2 kilo camtu kot, memandangkan bag aku masih kosong, dia bagi cadangan untuk transfer dulu sikit barang member aku kat bag aku. Kan mudah? Takde sape sakit hati.

Sorry terpanjang pulak cerita. 

Yang dipersoalkan adalah :
1. "BOOK" yang dikatakan itu, kenapa tidak diselaraskan sesuai dengan akta penerbangan mungkin? Aku pun tak tahu. Tapi pasti ada.
2. Attitude ground staff yang membuat keputusan sendiri.

Kesimpulan cerita ini adalah :

1. Sila kaji semula "BOOK" tentang rules and regulation anda (AirAsia). Jangan sebab nak kaut keuntungan, suka-suka hati je buat rules sendiri.
2. Sila kaji semula kemampuan/kelayakan ground staff anda yang menurut saya majoriti tidak friendly. Biarpun anda adalah syarikat penerbangan tambang rendah, tak bermaksud segalanya harus rendah, termasuk ATTITUDE.
3. I believe AirAsia will be much better if SOME of their ground staff or air crew CHANGE the way they treated their customer(s). Jangan pandang rendah kat customer. Beli tiket murah tak bermaksud tak mampu, mungkin anda tak tahu apa itu penjimatan?
4. Aku percaya kalau ini semua diubah, AirAsia akan jauh lebih maju. 
5. Ada apa dengan Now Everyone Can Fly jika situasi ini terus terjadi? Now Everyone Can't Fly


Moral of the story, the image of your company is not depend on your ALTITUDE or how high do you fly or how success you are, it depends on your ATTITUDE of taking good care of your customer. 



ALTITUDE doesn't mean ATTITUDE




p/s :

1. I, personally, if not because of the fare, I WOULD RATHER CHOOSE OTHER AIRLINES/TRANSPORTATION to travel. Atleast minah kebaya or minah kemejaputih skirt orange's smile is much frequent and better than minah rambut berkarat bajumerah skirt pendek gila. 
2. Mungkin ada benarnya tulisan Hazrey ni.





-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...