Nursing


Sunday, 19 May 2013

#2 : Nanny Masak : Pobroese Ball

Hola. It's weekend and sebagai pengganggur kehormat, mari kita masak-memasak di rumah.

So, hari ni, aku masak Tomyam Seafood Santan, Sambal Kerang and Pobroese Ball.

Kalau untuk Tomyam Seafood Santan tu boleh google sendiri kot. Sebab aku pon main campak je. And aku pakai pes tomyam. So, takde la special sangat. Untuk Sambal Kerang plak later la bebila aku tulis. Hari ni aku saja nak jadi peng-explain berjaya untuk cara masak Pobroese Ball.



Tomyam Seafood Santan...



Kejadah apa Pobroese Ball ni?

Kalau google word ni memang la akhirnya membawa ke page blog aku juga. Hahaha. Tapi betul, kat page lain takde. Buat masa ni (19 May 2013). Taktahulah akan mendatang ada malaun nak cilok plak nama ni ke apa kan. HAHAHAHAHA.

So, Pobroese Ball ni actually adalah sejenis species Begedil. Kalau tengok resipi kat internet, biasanya Pobroese Ball ni famous dengan nama "Broccoli Cheesy Ball". Pobroese Ball tu adalah nama aku bagi sebab senang nak ingat main kandungan bahan dalam tu. Haha. Potato, Broccoli And Cheese.


So ni cara nak buat Pobroese ni.

Ingredients :
Potato - 4 biji size sederhana
Broccoli - Sebiji/Setangkai kecil/sederhana
Minced chicken - 250g
Parsley/Daun Seledri/Daun Sup - 4-5 tangkai
Cheese (Ikut suka anda, kalau aku, aku pakai cheesedale yang budak-budak kecil suka tu) - 2 keping, dipotong petak kecil-kecil.
Salt - Secukup rasa
Pepper - Secukup rasa

Steps : 
1. Kupas kulit potato dan potong dadu (untuk cepatkan proses merebus). Potong broccoli dan daun sup kecil-kecil.
2. Rebuskan potato dan broccoli sampai lunak/lembik/senang dipenyek.
3. Toskan potato dan broccoli.
4. Penyekkan potato dan brocolli tadi sampai hancur lumat.
5. Masukkan minced chicken, daun sup, salt dan pepper. Penyek/tumbuk sampai hancur dan sebati.
6. Setelah semuanya teradun dengan rata, gentel campuran tadi kecil-kecil (macam size begedil biasa.
7. Penyekkan di tengah, dan letakkan cheese yang telah dipotong petak kecil-kecil tadi.
8. Gentel balik macam tadi hingga cheese tu tertutup di dalam. Biarkan seketika.
9. Panaskan minyak dan goreng sampai masak.
10. Hidangkan dengan penuh kasih sayang.

Footnotes : 
1. Boleh tambah telur kalau adunan tak melekat.
2. Boleh digoreng atau dibakar didalam oven.
3. Untuk hidangan diatas, boleh dapat 24-27 biji Pobroese Ball.



Bahan-bahan... Potato, Broccoli dan Daun Sup...


Minced Chicken...


Lepas dah digentel bulat-bulat...


Goreng Time!



Taraaaaaa...


See the melted cheese inside??? Nyummy!



Itu sahaja resipi untuk hari ini. Selamat mencuba!









-adios-




1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...