Nursing


Thursday, 16 May 2013

#1 : Nanny Masak : Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang cicah budu

Hola. Saje meroyan bukak section baru. Nanny Masak. Hahahahahahahahaha... Ni la symptom orang tengah boring tunggu result.

So, masa balik mengundi hari tu, masa jumpa Pokcik, he handed me out few bottles of Budu, as I requested. HAHAHA. It's a long story but anyway, I brought a bottle of Pokcik's budu to Surabaya. Although I have no idea what I'm going to do with this. Haha....

Last week, my friend and I went to supermarket, and I saw those shining fresh fish macam best je, and the price... murah! Haha... I actually don't know what kind of fish was that but anyhow, I bought 2 ketul. Haha... Dan aku pikir aku rasa macam best je buat makan ngan budu kan. Hahahaha...

So, this is what I made : Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang cicah budu... Panjang gilos nama. Haha...

Untuk makanan orang bujang, it's simple as a, b, c! Pehhh. Poyo gila Jannah. Tapi kalau dah kawen, lagi la senang, tinggal tambahkan kasih sayang je, konfem sedap. Muahahahahaahahaha. OK serious.

So here's the step(s).

Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang

1. Bersihkan ikan. Belah ikan bahagian belakang secara melintang melewati tulang ikan, belah very carefully.
2. Cincang bawang merah kecik-kecik.
3. Cincang cili merah/hijau kecik-kecik. Kalau aku, aku guna cili padi. Pedas-pedas makin best. Hua3. 
4. Campurkan bawang merah dan cili merah/hijau yang dicincang tadi. Tambah sedikit gila garam.
5. Masukkan campuran cincangan tadi ke dalam ikan yang dah dibelah belakang.
6. Gaulkan ikan yang disumbat itu dengan garam dan kunyit secukup rasa. Biarkan seketika (bajet-bajet nak bagi rasa bawang tu terperap kat isi ikan la... kot... Haha....).
7. Panaskan minyak dan goreng!



Untuk step buat budu sedap :

1. Cincang bawang merah dan cili merah/hijau kecik-kecik.
2. Masukkan ke dalam mangkuk yang dah diletak budu.
3. Masukkan sedikit gila gula dan garam.
4. Perahkan limau nipis.

Dan hasilnya adalah...........


Haha... Ikan aku tak hangus ok. Rangup je. Comel tak bekas budu?




Ini adalah budu yang dibawa khas dari TM. Abaikan meja study yang bersepah.



Sekian sahaja resipi dari Nanny Masak. Wahahaha...
Next time mungkin tulis pasal Kerang Sambal... Atau mungkin Black Pepper Steam Chicken... Atau mungkin Pobroese Ball... 

Sorry la aku rasa ni hobi baru aku sementara tunggu result kuar ni... Memasak dan menulis blog! HAHAHAHA...



OK BAI.





-adios-







No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...