Nursing


Thursday, 30 May 2013

Poyo

Warning : This entry may sound sooooo poyo. Face it, or leave it! Thank you.

1. Genap one week one day aku kat rumah. Fuh, masih belajar untuk kawal emosi. Disebabkan dah lama duduk sorang-sorang kat rumah kat Surabaya, bila balik dan rumah riuh, kadang-kadang aku tak boleh tahan dan meningkatkan kemarahan. Bahaya. Astaghfirllah.

2. Too many things to be done. Too many decision to be decided. Phew, I never thought this would be that........... sangat memeningkan. May Allah ease things for us, InsyaAllah, amiiin.

3. Yesterday was good. I mean, I never thought that a very long and deep conversation at the beach could be such a...... I don't know... That kind of feeling... I kinda miss that one... Hrmmm.... When will the next conversation be? Face to face like that? Where I can talk and laugh and do everything the way I want, and he doesn't even complain? Like 2 or 3 months from now? Dear Allah, please make things easy for this too.

4. Discussion about these could be such an interesting topic(s), but still, I think I don't really prepared like those people in other blog(s) I have seen. However, I still hope that things are going to be settled before I'm going back to Surabaya, so that later on, I still have enough time to manage things to place. :)

5. God, I'm tired. But I'm super duper happy to have my family and the person I love around... Thank you Allah for giving me chance(s) to feel all of these... Alhamdulillah.


Ikan bakar somewhere at Bukit Tunggal after Terengganu vs Kelantan match... But hey, we're good.




Ignore the love and miss you thingy... The Panda itself is a kind of "symbolic"... to me. HAHAHA. Dengggggg pokcik.




Till then, toddles!





-adios-






Monday, 27 May 2013

A week

Whoaaa.

Hari ni dapat berita. Nampaknya pengangguran terpaksa selama 3 minggu sudah bermula. Krohz. Anything, serahkan kat Allah sahaja, He's the best planner.

Anyhow anyway, aku dah jadi suri rumah sepenuh masa menemani mak and ayah aku, full time baby sitter, part time cooker, and few things more.

The good thing is... Alhamdulillah everything went very well and smoothly. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. One step closer. Bagus jugak menganggur 3 minggu ni, at least banyak masa untuk siapkan apa-apa yang patut. Hehehe. Cuak + takut pulak rasa. InsyaAllah semoga lancar semuanya.

So... Now, walaupun agak hampa dan kecewa dengan keputusan uni yang memberikan masa 3 minggu "off" sementara menunggu result keluar, tapi takpe, ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah. Thank you Allah.

And very special thanks to emak ayah dan semua adik beradik dan bibik yang banyak membantu. Begitu juga dengan sesiapa yang terlibat. Alhamdulillah. Terima kasih semua.

Till then, toddles!




-adios-





Thursday, 23 May 2013

whoa

alhamdulillah. home sweet home. penatnya. huhu...

papehal. mari berdoa semuanya berjalan lancar. amiiin.

and just for the record...

whoever with these name(s)...

aiman ridza
asyraf danial
puteri nur cahaya
azlee lee
putera katak



dan mungkin nama-nama lain yang belum dapat dikesan...

stop taking care of other's life. perhaps you should really consider to CARE about your life... it's easier i guess...


till then, toddles!





-adios-






Monday, 20 May 2013

Air Asia

Banyak la pulak entry dalam sehari. Biarkan. Aku bo bo bosaaaannn... Dengan bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla dirimuuu!!! 

Ceh. Ternyanyi. Bukan. Aku nak cerita pasal the latest AirAsia case.

Ye, aku adalah penyumbang terbesar kepada Tony Fernandez kerana TERPAKSA menggunakan khidmat AirAsia SEPENUHNYA untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Namun begitu, sejak kemunculan Tiger Airways yang berkolaberasi dengan Mandala Air, aku mempunyai pilihan lain selepas pilihan untuk menaiki MAS pudar kerana mereka telah menutup route ke SUB sejak kurang lebih setahun ++ yang lalu. 

Itu bukan cerita. 

Rentetan cerita yang dikupas lebih mendalam oleh Mangkidul a.k.a Mazidul Akmal Sidek melalui blognya, aku merasakan ini adalah saat yang tepat untuk Air Asia mengkaji semula pekerja ground staffnya yang maaf, majoriti sangat hampeh. Mungkin juga boleh dikaji keseluruhan meliputi air crew juga.

Melalui cerita yang dikupas, MUNGKIN ada kebenarannya kerana Mazidul sendiri berada di tempat kejadian. Ini adalah satu bonus. Kenapa? Kerana sebagai pengguna tegar Air Asia, kejadian seperti ini bukan kejadian pertama kali terjadi, dan apabila ianya dikupas dengan bukti dan saksi di tempat kejadian yang merupakan orang media, ini adalah sangat bagus. Biar, biar seluruh dunia tahu kebenaran.

First of all, kata Tony Fernandez, "We have to follow the book". Well, sorry sir, YOUR BOOK SUCKS. Thank you.

The thing is, pada kasus (kasus hokeng, very the indonesian) ini, adalah sangat tidak wajar tindakan yang diambil oleh pekerja AirAsia yang terbabit.  Sebab? Kalau penyakit demam campak nak menular pun, sebatas pengetahuan saya, ia boleh disebarkan oleh orang yang dijangkiti daripada empat hari sebelum bermulanya ruam hingga empat hari selepas ruam meletus/pecah. Pada kes budak ni, aku tak tahu sangat sebab dari info yang aku baca, cuma ada data budak ni kena chicken pox sejak seminggu sebelum terbang KUL-SGN. Jadi, aku tak tahu spesifically bila ruam tu muncul. Tapi the thing is, kalau masa flight KUL-SGN (Ho Chi Minh), kenapa plak passenger ni dibenarkan untuk terbang? Hahahaha... Air Asia memang suka buat lawak. Dan keputusan(untuk terbang) yang dibuat pun adalah oleh GROUND STAFF, bukan CAPTAIN atau DOKTOR yang bertugas. Ini hampeh namanya. Dan Tony Fernandez kena tipu ngan pekerja dia. Hahahahaha...

Maaf, bukan nak emo sangat sebab aku pun pengguna AirAsia, tapi kebenarannya adalah sepanjang penggunaan aku, adalah AMAT JARANG SEKALI aku jumpa ground staff yang ok/baik/ramah. Dulu pernah sekali ada satu kes melibatkan family aku. Masa tu penerbangan TGG-KUL. Masa tu majority of my family nak terbang sekali ke KL, untuk bye bye aku (masa first time depa nak hantar aku belajar kat sini). Masa tu kakak ipar aku pregnant kurang lebih 32 weeks kalau tak silap. Tiba-tiba masa check-in, kakak ipar aku tak dibenarkan naik sebab katanya perlukan surat doktor. Macam haram. Punya la ayah aku berdebat dengan ground staff yang tak reti nak cakap elok-elok tu, then tetap sama, tak boleh terbang. Ayah aku siap minta family doctor kami cakap phone, pon tak boleh jugak. Sampai la bila aircraft KUL-TGG dah mendarat, beberapa minit lepas tu, ground staff datang dan cakap, Sorry, captain tak bagi terbang. Ini adalah statement meragukan Dulu, aku percaya, namun, selepas membaca kupasan Mangkidul, aku mula berasa was-was sekarang. Hahaha. 

Solution? Kakak ipar aku dan abang aku pi beli tiket MAS (yang kebetulan timing sama). SETTLED. 

Kalau dibuka rules and regulation untuk terbang bersama AirAsia, memang dinyatakan  penumpang dengan kandungan 28-34 minggu memerlukan surat keterangan doktor untuk terbang. Penumpang dengan kandungan 35 minggu ke atas TIDAK DIBENARKAN TERBANG. Dan kalau dibuka pula rules and regulation untuk MAS, penumpang dengan kandungan 35-36 minggu SAHAJA yang memerlukan surat keterangan dari doktor untuk terbang. See the difference? Sebab tu aku cakap. Tony Fernandez memang akan cakap "We have to follow the book", tapi book dia sendiri HAMPEH.

Ini bukan kesekian kalinya kes yang terjadi melibatkan ground staff. Masalah berat bag pun sama. Aku pernah lebih berat bag seingat aku dalam 0.7kg, dan aku di-charge untuk membayar lebih berat 1kg. Padahal, 0.7kg tu aku boleh kurangkan dengan meletakkan barang didalam hand luggage aku yang beratnya hanya 3kg ++ (hand luggage yang dibenarkan 7kg). Tanpa memberikan aku peluang untuk tranfer barang ke hand luggage aku, dengan muka kereknya, ground staff tu cakap, "Bag lebih satu kilo eh dik, bayar kat sini blablabla", SAMBIL MENGHULURKAN RESIT. Memang hampeh sangat-sangat.

Namun, tak pernah dinafikan, ada juga staff AirAsia yang aku jumpa sangat baik dan ramah. Memberikan solution terbaik. Contoh pernah berat bag kawan aku terberat dalam 2 kilo camtu kot, memandangkan bag aku masih kosong, dia bagi cadangan untuk transfer dulu sikit barang member aku kat bag aku. Kan mudah? Takde sape sakit hati.

Sorry terpanjang pulak cerita. 

Yang dipersoalkan adalah :
1. "BOOK" yang dikatakan itu, kenapa tidak diselaraskan sesuai dengan akta penerbangan mungkin? Aku pun tak tahu. Tapi pasti ada.
2. Attitude ground staff yang membuat keputusan sendiri.

Kesimpulan cerita ini adalah :

1. Sila kaji semula "BOOK" tentang rules and regulation anda (AirAsia). Jangan sebab nak kaut keuntungan, suka-suka hati je buat rules sendiri.
2. Sila kaji semula kemampuan/kelayakan ground staff anda yang menurut saya majoriti tidak friendly. Biarpun anda adalah syarikat penerbangan tambang rendah, tak bermaksud segalanya harus rendah, termasuk ATTITUDE.
3. I believe AirAsia will be much better if SOME of their ground staff or air crew CHANGE the way they treated their customer(s). Jangan pandang rendah kat customer. Beli tiket murah tak bermaksud tak mampu, mungkin anda tak tahu apa itu penjimatan?
4. Aku percaya kalau ini semua diubah, AirAsia akan jauh lebih maju. 
5. Ada apa dengan Now Everyone Can Fly jika situasi ini terus terjadi? Now Everyone Can't Fly


Moral of the story, the image of your company is not depend on your ALTITUDE or how high do you fly or how success you are, it depends on your ATTITUDE of taking good care of your customer. 



ALTITUDE doesn't mean ATTITUDE




p/s :

1. I, personally, if not because of the fare, I WOULD RATHER CHOOSE OTHER AIRLINES/TRANSPORTATION to travel. Atleast minah kebaya or minah kemejaputih skirt orange's smile is much frequent and better than minah rambut berkarat bajumerah skirt pendek gila. 
2. Mungkin ada benarnya tulisan Hazrey ni.





-adios-



#26 : Music Exception : Alhamdulillah - Opick ft Amanda

Monday........ Blue, Black, Blackout, Whatever.

So, my Monday's plan didn't work very well... However, I still grateful to Allah since I settled few things toady. Alhamdulillah. Let's pray for my success tomorrow will you? Thank you.

Aku tadi saje dengar-dengar lagu kat youtube. Tu memang hobi aku. Haha. So, tadi aku accidently terbuka link-link lagu Opick. Hu hu hu. Tetiba aku teringat something. Hahaha. The first time I met Pokcik, he played Opick's songs most of the time in his car. And I was like..... Mamat ni biar betik, macam... agak-agak cam pak ustaz jer.... Pasal first time jumpa dah pasang lagu-lagu keagamaan. Bagus-bagus... Hahaha.

Padahal..... Dah kenal lama... Sama je kegilaan aku dan dia. Hahahaha. Takpe-takpe, tak kisah la gila-gila ke tak janji tak lupa agama.

Layan dulu satu lagu...






Alhamdulillah - Opick ft Amanda


Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu






p/s : Boleh ikut sama layan lagu-lagu Opick di sini.



-adios-



Sunday, 19 May 2013

#2 : Nanny Masak : Pobroese Ball

Hola. It's weekend and sebagai pengganggur kehormat, mari kita masak-memasak di rumah.

So, hari ni, aku masak Tomyam Seafood Santan, Sambal Kerang and Pobroese Ball.

Kalau untuk Tomyam Seafood Santan tu boleh google sendiri kot. Sebab aku pon main campak je. And aku pakai pes tomyam. So, takde la special sangat. Untuk Sambal Kerang plak later la bebila aku tulis. Hari ni aku saja nak jadi peng-explain berjaya untuk cara masak Pobroese Ball.



Tomyam Seafood Santan...



Kejadah apa Pobroese Ball ni?

Kalau google word ni memang la akhirnya membawa ke page blog aku juga. Hahaha. Tapi betul, kat page lain takde. Buat masa ni (19 May 2013). Taktahulah akan mendatang ada malaun nak cilok plak nama ni ke apa kan. HAHAHAHAHA.

So, Pobroese Ball ni actually adalah sejenis species Begedil. Kalau tengok resipi kat internet, biasanya Pobroese Ball ni famous dengan nama "Broccoli Cheesy Ball". Pobroese Ball tu adalah nama aku bagi sebab senang nak ingat main kandungan bahan dalam tu. Haha. Potato, Broccoli And Cheese.


So ni cara nak buat Pobroese ni.

Ingredients :
Potato - 4 biji size sederhana
Broccoli - Sebiji/Setangkai kecil/sederhana
Minced chicken - 250g
Parsley/Daun Seledri/Daun Sup - 4-5 tangkai
Cheese (Ikut suka anda, kalau aku, aku pakai cheesedale yang budak-budak kecil suka tu) - 2 keping, dipotong petak kecil-kecil.
Salt - Secukup rasa
Pepper - Secukup rasa

Steps : 
1. Kupas kulit potato dan potong dadu (untuk cepatkan proses merebus). Potong broccoli dan daun sup kecil-kecil.
2. Rebuskan potato dan broccoli sampai lunak/lembik/senang dipenyek.
3. Toskan potato dan broccoli.
4. Penyekkan potato dan brocolli tadi sampai hancur lumat.
5. Masukkan minced chicken, daun sup, salt dan pepper. Penyek/tumbuk sampai hancur dan sebati.
6. Setelah semuanya teradun dengan rata, gentel campuran tadi kecil-kecil (macam size begedil biasa.
7. Penyekkan di tengah, dan letakkan cheese yang telah dipotong petak kecil-kecil tadi.
8. Gentel balik macam tadi hingga cheese tu tertutup di dalam. Biarkan seketika.
9. Panaskan minyak dan goreng sampai masak.
10. Hidangkan dengan penuh kasih sayang.

Footnotes : 
1. Boleh tambah telur kalau adunan tak melekat.
2. Boleh digoreng atau dibakar didalam oven.
3. Untuk hidangan diatas, boleh dapat 24-27 biji Pobroese Ball.



Bahan-bahan... Potato, Broccoli dan Daun Sup...


Minced Chicken...


Lepas dah digentel bulat-bulat...


Goreng Time!



Taraaaaaa...


See the melted cheese inside??? Nyummy!



Itu sahaja resipi untuk hari ini. Selamat mencuba!









-adios-




Saturday, 18 May 2013

Iga Penyet

Hola. 

First, it's funny how hard people try to make one another jealous. But the thing is... We're not. Please, build a bridge, and get over it! Atau erti kata lain, move on.

Second, I don't even decide anything. But InsyaAllah if next week plan happen to be real, well, Alhamdulillah.

Third, my friend and I went dinner at Warung Leko yesterday. They have the BEST -EST IGA PENYET in the world I think! And good news to all of you, they've opened their branch at The Curve, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Haha. Is that funny? Semakin dekat nak balik for good, semakin banyak cawangan kedai-kedai favorite aku dibuka di Malaysia. Macam tau-tau je aku akan rindu tempat ni. Hihi.



The famous Warung Leko's Iga Penyet



Fourth, I google-d "Halaman Dhuha" just now and look what I've found! Hahaha...



Apehal sibuk tanya tempat aku ni wei?



p/s : 
1. Iga : Ribs.
2. Sebelum makan, sila sebut perkataan penyet dengan cara yang benar. Jangan baharangbang!!!






-adios-




Thursday, 16 May 2013

#1 : Nanny Masak : Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang cicah budu

Hola. Saje meroyan bukak section baru. Nanny Masak. Hahahahahahahahaha... Ni la symptom orang tengah boring tunggu result.

So, masa balik mengundi hari tu, masa jumpa Pokcik, he handed me out few bottles of Budu, as I requested. HAHAHA. It's a long story but anyway, I brought a bottle of Pokcik's budu to Surabaya. Although I have no idea what I'm going to do with this. Haha....

Last week, my friend and I went to supermarket, and I saw those shining fresh fish macam best je, and the price... murah! Haha... I actually don't know what kind of fish was that but anyhow, I bought 2 ketul. Haha... Dan aku pikir aku rasa macam best je buat makan ngan budu kan. Hahahaha...

So, this is what I made : Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang cicah budu... Panjang gilos nama. Haha...

Untuk makanan orang bujang, it's simple as a, b, c! Pehhh. Poyo gila Jannah. Tapi kalau dah kawen, lagi la senang, tinggal tambahkan kasih sayang je, konfem sedap. Muahahahahaahahaha. OK serious.

So here's the step(s).

Ikan Selayang/Kembung Sumbat Belah Belakang

1. Bersihkan ikan. Belah ikan bahagian belakang secara melintang melewati tulang ikan, belah very carefully.
2. Cincang bawang merah kecik-kecik.
3. Cincang cili merah/hijau kecik-kecik. Kalau aku, aku guna cili padi. Pedas-pedas makin best. Hua3. 
4. Campurkan bawang merah dan cili merah/hijau yang dicincang tadi. Tambah sedikit gila garam.
5. Masukkan campuran cincangan tadi ke dalam ikan yang dah dibelah belakang.
6. Gaulkan ikan yang disumbat itu dengan garam dan kunyit secukup rasa. Biarkan seketika (bajet-bajet nak bagi rasa bawang tu terperap kat isi ikan la... kot... Haha....).
7. Panaskan minyak dan goreng!



Untuk step buat budu sedap :

1. Cincang bawang merah dan cili merah/hijau kecik-kecik.
2. Masukkan ke dalam mangkuk yang dah diletak budu.
3. Masukkan sedikit gila gula dan garam.
4. Perahkan limau nipis.

Dan hasilnya adalah...........


Haha... Ikan aku tak hangus ok. Rangup je. Comel tak bekas budu?




Ini adalah budu yang dibawa khas dari TM. Abaikan meja study yang bersepah.



Sekian sahaja resipi dari Nanny Masak. Wahahaha...
Next time mungkin tulis pasal Kerang Sambal... Atau mungkin Black Pepper Steam Chicken... Atau mungkin Pobroese Ball... 

Sorry la aku rasa ni hobi baru aku sementara tunggu result kuar ni... Memasak dan menulis blog! HAHAHAHA...



OK BAI.





-adios-







Wednesday, 15 May 2013

#25 : Music Exception : Everybody - Ingrid Michaelson

Malam-malam, mari layan lagu best ni! Hehehehe...







Everybody - Ingrid Michaelson


We have fallen down again tonight
In this world it's hard to get it right
Trying to make your heart fit like a glove
What it needs is love, love, love

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Oh, oh

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Oh, oh

Happy is the heart that still feels pain
Darkness drains and light will come again
Swing open up your chest and let it in
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Oh, oh

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Oh, oh

Oh, everybody knows the love
Everybody holds the love
Everybody folds for love

Everybody feels the love
Everybody steals the love
Everybody heals with love

Oh, oh, oh
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love
Everybody, everybody wants to be loved
Oh, oh
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love
(Everybody knows the love)
Everybody, everybody wants to be loved
(Everybody holds the love)
Oh, oh
(Everybody folds for love)
Oh, oh

Everybody, everybody wants to love
(Everybody feels the love)
Everybody, everybody wants to be loved
(Everybody steals the love)
Oh, oh
(Everybody heals with love)
Oh, oh

Everybody, everybody wants to love
(Oh, everybody)
Everybody, everybody wants to be loved
(Oh, everybody)
Oh, oh
(Oh, everybody)
Oh, oh

Everybody, everybody wants to love
(Oh, everybody)
Everybody, everybody wants to be loved
(Oh, everybody)
Oh, oh
(Oh, everybody)
Oh, oh






p/s : Everybody feels the love... <3






-adios-





Tuesday, 14 May 2013

whoaaa

Alhamdulillah. Habis exam terakhir. Sedang menunggu result dan the fact that ada satu result yang dah tahu prognosis dia apa............ memang kena pasrah. Takpe, tawakal saja. Siapa tahu ada keajaiban. Kunfayakun.

Bercakap tentang Kunfayakun. Jadilah, maka jadilah ia. Mungkin ada kesinambungan atau kaitannya juga dengan istilah Qada' dan Qadar. Bermaksud, kalau sekali Allah dah mengizinkan sesuatu untuk terjadi, maka itulah Qada' dan Qadar Allah tentukan, yakni samalah dengan ketetapan yang Allah tetapkan.

Tapi sayang, sebagai hamba Allah kat muka bumi, kadang-kadang aku terleka, kadang-kadang diri sendiri tak dapat terima ketetapan yang Allah dah tetapkan. Betapa tak bersyukurnya aku ni ya Allah... Ampuni dosa-dosaku ya Allah...

Dan aku fikir, untuk orang lain pun ketetepan hal ini tetap sama berlaku. Dan ramai juga yang seperti aku, kadang-kadang terlupa, dan perlakuan kita seolah-olah tidak mengambarkan kita redha dengan ketetapanNya.




******************************



Sepulangnya aku dari hospital tadi, seseorang memberitahu aku satu berita. Cuma beberapa point yang aku simpulkan di sini. Harap yang membaca dan terasa memahami.


1. Bersyukurlah dengan setiap apa yang dimiliki.
2. Membuat seperti yang anda sendiri lakukan itu menunjukkan ketidakmatangan anda sendiri, untuk apa? Tujuan? Motif?
3. Redha dan terimalah setiap kejadian Qada' dan Qadar Allah dengan hati terbuka, tanpa DENDAM.
4. Berhentilah menyakiti diri sendiri dan orang lain hanya kerana suatu ketika dulu anda sendiri pernah jatuh tersungkur. Berhentilah mengganggu kebahagiaan orang lain.
5. Berhentilah berpura-pura dan menyalahkan orang lain dan menyebarkan berita-berita palsu. Ingat, itu yang dihitung di akhirat.


Akhir kata, sejauh perjalanan yang aku tempuhi, tak sekalipun aku pernah berdendam dan berniat yang tidak baik untuk anda. Walaupun kelakuan anda, cukup membuatkan kadang-kadang hidup aku terumbang ambing. Takpe, aku maafkan.


Dengan ini,  aku dengan penuh perasaan rendah diri, memohon maaf kalau kata-kata ini dan perlakuan aku yang sebelum ini sedikit sebanyak mengguris hati sesiapa. Tiada niat. Dan ini hanyalah sekadar catatan yang dibuat oleh seseorang yang mengharapkan kebahagiaan diri sendiri dan orang lain. Harap anda pun sama. 

Marilah menjadi muslim dan muslimah yang taat perintahNya, dan berhenti menyakiti antara satu sama lain. 



Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Allah, namun atas kekurangan diri sendiri. Wallahualam.














p/s : kat mana nak download game??? Boring la plak sementara tunggu result ni. :|






-adios-



Saturday, 11 May 2013

Beribu ribu taniaaa

Kejadah la tajuk entry cenggitu. Sorry. Tapi lagu ni berjaya melagha kan aku. HAHAHA. Antara lagu hantu yang bermain di otak.

 First of all I would like to say Happy Birthday to


The BESTEST EMAK in the WORLD
8th May 1955

and

The BESTEST AYAH in the WORLD
10th May 1949


I LOVE YOU BOTH!!! MAY ALLAH BLESS BOTH OF YOU! Thanks Allah for giving them in my life. Precious gift... EVER!!!

And Happy Birthday to my youngest sister,

NURUL NADZIFAH ABDUL LATIFF
25th April 1999

Love you all! Muahhh.



Tu kasut baru tu...


And and and. Congratulation to Mamoo Min di atas Anugerah Sarjana Cemerlang M.Sc. in Intergrated Construction Project Management. Tahniah!


Pergh.... Power tuuu...


Mana aci dapat teddy bouquet...


Untuk Mamoo, saya tujukan lagu hantu ini khas untuk anda!





Beribu ribu tahniaahhhh beribu ribu tahniaaahhh mamooo berjayaaaaa!!!









-adios-



Friday, 10 May 2013

#24 : Music Exception : Shine Your Way - Owl City & Yuna


Sebagai hard fan Yuna, macam mana la aku boleh terlepas pandang lagu ni. Haha... Layan~~~






Shine Your Way - Owl City & Yuna

Just before the dawn,
When the light's still gone,
Shine, shine your way,
And you may not know, where to go,
Shine, shine your way

Open road but it's still dark,
Build a fire from a spark,
And shine, shine your way,
Feed the feeling in your heart,
Don't conceal it then you'll start,
To find, find your way

No one can stop, what has begun,
You must believe when I say

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

There's an open sky,
And a reason why,
You shine, shine your way,
There's so much to learn,
And now it's your turn,
To shine, shine your way

There's a feeling deep inside,
You can let it be your guide,
To find, find your way,
And there's no time for us to waste,
Got to take a leap of faith,
And fly, fly away

Don't have to walk,
Now you can run,
Nothing can get in your way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

Morning is breaking,
Darkness is fading,
We found a way to the light,
It's such a beautiful sight

Any time, anywhere,
Turn around and I'll be there,
To shine, shine your way

Like a star burning bright,
Lighting up the darkest night,
I'll shine, shine your way

Now I can see,
You are the one,
Sent here to show me the way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
We're on our way,
Shine, shine, shine,
That's what we say,
Shine, shine, shine,
Shine your way

There's a reason why
You shine, shine your way

All of our tears will dry faster in the sun
Shine your way









-adios-


Thursday, 9 May 2013

Roti

Roti is Poyad.


Maaf, terupdate lagi.
Tapi hati dah tak tertahan.
Melihat skenario orang sekarang.

Ye, memang benar kerajaan menang.
Ye, memang benar kerajaan juga banyak kurangnya.
Ye, memang benar oppo itu penting untuk kestabilan.

Tapi sedih.
Sedih bila manusia percaya bulat-bulat apa yang dinyatakan di facebook dan social media yang lain.
Sedih apabila manusia yang bijak pandai gagal membuat "research" terlebih dahulu.
Dan yang paling sedih?
Sedih apabila manusia yang saya respek dalam hal keagamaan boleh ikut sama menyebarkan perkara yang tidak benar dalam facebook terutamanya.


Tolonglah tuan-tuan dan puan-puan.
Saya tahu kalian memang benci kerajaan dan apa yang kerajaan buat.
Sepertimana aku sendiri benci oppo dan apa yang oppo buat.
Tapi tak sekalipun aku menafikan apa yang kerajaan buat itu banyak kekurangannya.
Dan tak sekalipun aku menafikan apa yang oppo buat itu banyak kelebihannya.
Setiap perkara mesti ada kekurangan. 
Setiap perkara mesti ada pro dan kontra.
Tapi sayang ramai yang tak boleh melihat semua ini.
Kerana terlalu membabi buta dan taksub.
Tak bolehkah terima qada' dan qadar itu?
Bahawa setiap perkara tidaklah dijadikan sempurna.
Kenapa masih mencari setiap titik kelemahan orang lain?


Apa nak jadi dengan Malaysia?


Isu roti?
Beli roti hari-hari, dan lihat perbezaan harganya.
Alangkah sedih melihat orang yang berfalsafah agama, tapi menyebarkan fitnah tentang isu roti.
Sedarlah.
Allah bagi akal untuk berfikir.
Ye, nak tegakkan Islam memang sangat boleh melalui berpolitik.
Tapi BUKAN dari politik SEMATA-MATA.
Jangan terlalu taksub.
Kalau diri sendiri tak boleh nak serapkan ISLAM dalam kehidupan sehari-hari apa gunanya?

Aku respek ulama.
Aku respek orang yang mempelajari agama.
Tapi jangan bagi aku hilang respek bila hari-hari orang-orang ini menyebarkan fakta yang salah setiap hari.


Tolonglah. Kalau sayangkan Allah, dan kalau anda sendiri kejar syurga, hentikan menyebar perkara merapu. Fikir balik sebelum menekan butang share atau post sesuatu, 

Adakah aku membuat ini Lillahita'ala? 

Kalau agak-agak kita sendiri tak tahu benar atau tidak, maka lakukan kajian. Atau paling teruk, berdiamlah. Sesungguhnya DIAM ADALAH LEBIH BAIK, dari berbicara hal yang tidak sahih dan tidak diketahui kesahihannya.


Wallahualam.










Catatan Hamba Allah yang masih jahil ilmu agamanya.








-adios-



Wednesday, 8 May 2013

Seputar GE 13

Hola. Mari cerita pasal balik mengundi mendadak. Kakak aku mengklarifikasikan aku sebagai Pengundi Hantu dari Surabaya. Hahaha. Memang berhantu. Mistik. Hang tau apa?

So, setelah cerita balik mendadak, aku sangat la enjoy balik Terengganu this time. 8 months beb, 8 months aku tak balik Terengganu. Memang terbaik boleh tengok rumah sendiri. Haha.

Mari balik mengundi.

So, pada hari Ahad, 5 Mei 2013, aku dan keluarga aku keluar mengundi. Aku, Kakdilah, Abgapih, Kakjah, Abgsyahril, Abgmin dan Abglim pi sana menaiki satu kereta. Ye, kamilah pengundi hantu pasal kami semua macam bangla. Hahahahahahahahahahaha. Memang jenis kak limah betoi la.

Ohye, sehari sebelum tu sempat juga melawat markas BN. Macam rindu pulak musim pilihanraya. Sebabnya dari kecil dulu, setiap kali pilihanraya, memang la aku rajin ikut ayah berkempen. Bukannya apa sangat, sebab air teh kat kampung ni sedap rasa dia. Hahaha. Typical Jannah. Life is all about food. HAHAHA.


Kampungku yang terang sebab bulan penuh besar gila.



Kemudian helikopter datang.



Sambung cerita. Ini adalah kali pertama aku mengundi. Jadi excited sikit lah. Aku dan Abglim di saluran 4, dan abang-abang kakak-kakak aku yang lain di saluran 3. Masuk je kawasan tempat mengundi, aku melawat booth BN, dan melewati booth PAS. Sempat juga ada peraih undi PAS yang datang meraih undi. Inikalilah! Spontan mulut aku menjawab, lainkali je la. Hahahaha.

Pastu masuk la kami ke pusat mengundi. Disebabkan kami datang tengah hari, so takdela ramai sangat orang. Beratur tak sampai 15 minit, then terus mengundi. Lepas mengundi, bergambar jap, then balik. Haha.

Cerita pasal dakwat kekal. Maaf terkasar bahasa, tapi sesungguhnya bodoh la orang yang membuat isu dakwat kekal ni. Secara tidak sengaja, kita semua telah diperbodohkan oleh Ambiga. HAHAHA. Tak nampak rasionalnya disitu. Terus terang aku cakap, dakwat aku still ada kat celah-celah jari ni. Tapi pada masa yang sama, ada orang lain yang dah hilang awal-awal. 

Senang cerita macam ni. 

Pertama, kalau dah namanya lepas letak dakwat kekal, then terus lap and basuh, memang la tak berapa nak kekal. Derrr, takkan tak penah tengok orang pakai inai camne. Kedua, sebelum penggunaan dakwat kekal tu pon dah ada orang buat demo untuk hilangkan dakwat kekal tu kat youtube, so semua orang boleh guna cara tu untuk hilangkan. Ketiga, semua orang kulit lain-lain. Kadar resapan masuk ke kulit pon berbeza. Pi belajar farmasi kalau nak tahu lebih lanjut. So takyah la nak expect semua orang dakwat tu boleh kekal. 

Kesimpulannya, dakwat tu sesuatu yang sangat subjektif dan menurut pendapat aku, tak boleh dijadikan indikator sebab senang nak dimanipulasi. Malangnya kita semua dah dipermainkan oleh si Ambiga tu kan. Memang sengaja buat isu dakwat. Blergh. Kalau nak cakap pasal hal ni memang tak habis-habis. Haish.


Dakwat kekal kami si pengundi hantu.


Lepas tu kami pon pulang ke rumah. Petang tu, mak dan ayah plak pi mengundi. Tapi aku tak ikut sebab aku lipat baju. Haha.


Tiada motif untuk menaiki motor sambil mengibarkan bendera di kawasan rumah sendiri.


Berikut adalah sekitar gambar mengundi.


Adik beradik bangla.



Bangla yang lain.


Ni nama dia takde kerja.


Ok. Sah aku si Ugly Duckling. HAHAHA. Paling selekeh dan paling hitam. Derrr, ada aku kesah?


Gigih menunggu keputusan.





Alih topik. Dan dan dan dan dan petang tu, terlihat kelibat kereta putih memasuki kawasan Halaman Dhuha. Now, that's exciting! Hahahahahahahahahaha. After 8 months, like, finally!!! Sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi hanya dapat jumpa sekejap. Sobs. Tapi it's ok. Masih banyak masa lagi... Hehehehehe...


It feels realllllly good to see you back!







******************* SEKADAR GAMBAR HIASAN *******************



Ayahchik lambai, kita lambai balik! Inikalilah!


Troll GE 13...



Troll dakwat kekal...







Sekian dari bilik berita.










-adios-




Tuesday, 7 May 2013

Huarghhh

Hola. 

Fuhhh. Tarik nafas dan hembus. Phew. Baru hari ni aku dapat berehat dengan aman. Peh. Last week punya cerita. Pengsan.

Aku baru lepas exam besar hari Khamis lepas. Minggu lepas adalah minggu struggle. Struggle by definition, penat serupa bangla. Serious. Malam sebelum exam tidak seperti malam-malam exam biasanya yang mana aku tidur 4-5 jam untuk memastikan kepala aku tak weng masa jawab exam. Tapi disebabkan exam ni adalah exam tercuak aku stakat ni, last-last aku managed untuk tido 2 jam sahaja. Besoknya aku memang weng. Haha. 

Alhamdulillah, exam settled on Thursday tu. Tapi cabaran belum habis. Aku oncall pada hari itu. Haha. Memang double weng kepala aku. Tapi takpe, demi oncall terakhir aku di Rumah Sakit Dr Soetomo yang banyak berjasa ni, aku gagahkan. Malam oncall alhamdulillah patient tak banyak, and aku sempat la tido dalam 2 jam ++, atas meja. Macam biasa.

Masa hari exam tu, sebelum berangkat untuk oncall, aku dapat tahu exam terakhir aku ditunda ke 14 Mei, which sepatutnya jatuh pada hari Jumaat ni. Lalu, aku telifon emak untuk bertanya boleh tak nak balik mengundi. Haha. Mak and ayah ok, then beli tiket balik. Thanks makayah.

Habis oncall jam 7 a.m  hari Jumaat, seperti biasa, aku melanjutkan hari kerja sampai jam 1 p.m. Penerbangan pulang adalah pada jam 1745, which, aku sempat balik kemas barang dulu. Too bad aku tak sempat nak kemas buku-buku yang dah tak guna. Sepatutnya aku plan balik kali ni aku nak bawa balik barang-barang yang tak guna dah sebab dalam masa sebulan dua lagi aku dah nak habis for good, InsyaAllah. Tapi sebab balik mengundi ni pun adalah balik yang tak diplan, maka, dimaafkan.

At first aku memang taknak balik mengundi sebab aku takut exam hari Jumaat, dan aku tak sempat study. Tapi dah tunda lagi lama, then aku balik je la dulu kejap. Haha.

Sambung cerita, hari Jumaat lepas dah habis mengemas packing semua, aku pun bertolak ke airport. Masa ni kepala aku dah betul-betul weng. Haha. Memang weng.

Sampai je kat KL, adik aku si Wawa Semput datang amek, then bawak tido rumah dia. Tak malu tido tumpang rumah orang. Haha. Naseb housemate die banyak yang balik mengundi. Malam tu alhamdulillah dapat la jugak tido around 5 jam ++ lepas kepala dah weng macam tu. Haha...

Sabtu pagi, aku bertolak balik Terengganu. Wee. Jam 10 ++ dah sampai kat Terengganu, aku dijemput oleh Pokyeng Umi Athi dan dua orang fruitmonkeys aku Ilyaas dan Imani di airport Terengganu. Ilyaas dah tak anti perempuan wa cakap lu. Dia nak duduk ngan Cikana dalam keta. Satu keajaiban! Hahahahahahaha...

Dan bermulalah cerita mengundi yang akan aku ceritakan dalam next entry. Haha... Bai.


Ini adalah hospital food untuk semua doc yang bertugas. Dan ini adalah hospital food aku yang terakhir di sini. Fuyung hay! And see kerupuk udang tu, they made it better packaging now, and it tasted better too. Mengapa semua ini ada saat aku dah habis oncall? Wuwuu...






p/s : PAS at the nescafe packaging tu means : Siiip, perfect! Not Parti Islam Se-Malaya. :|






-adios-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...