Nursing


Sunday, 14 April 2013

The Magical Power of The Creator

Alhamdulillah. 

For the past two weeks, aku kena berhadapan dengan masalah rumah. Alhamdulillah, tak sia-sia bergantung 100% terhadap The Creator, hasilnya MasyaAllah.

I've been dealing with masalah elektrik dan air kat rumah sewa aku which, aku terbangkan Rp 500,000 untuk panggil tukang untuk baiki. Yes, aku yang tanggung, bukan tuan rumah. Hrmmm.

Aku dah hidup macam orang Nomad sepanjang 2 minggu ni. Elektrik kejap nyala kejap tak. Bila dah nyala sepenuhnya, dia wat main volt naik turun naik turun plak. Dah macam sarkas dah rumah aku. Serious. Weekend ni plan aku nak study terbantut. Kerja aku yang kat laptop berlambak-lambak, tapi laptop aku tak boleh charge kat rumah pasal volt naik turun, takut laptop cepat rosak. Akhirnya lari lah ke rumah member aku satu hari ni untuk siapkan kerja. Alhamdulillah kerja dah siap. Tukang pun dah datang tadi. Alhamdulillah rumah dah ok.

Masalah air plak. Ntah la manusia mana ntah pi pecahkan paip air tu. Bocor dia bukan main. Tapi dah dibaiki. Ni pun satu hal lagi yang aku tunggu je bil sampai next month. Mesti bayarannya lumayan. Hrmmm, mengalir lagi duitku. Habis dah simpanan aku untuk pi jalan-jalan Bali bila dah habis belajar nanti. Hrmmm.

Takpe la. Janji masalah elektrik rumah settle. At least lega sikit nak belajar. Exam tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ya Allah, di penghujung belajar ni la banyak benda yang jadi. Semoga hikmah dari semua ini, aku dapat lulus belajar dengan cepat, cemerlang dan warna terbang. Semoga di penghujung Julai aku dah boleh naik pesawat terakhir Surabaya - Kuala Lumpur, dan mungkin pesawat-pesawat yang aku naiki setelah itu, hanya lah sebatas kunjungan memakai visa pelancong  2 minggu, bukan lagi visa pelajar. InsyaAllah. Doa-doakan.

Sebab apa aku cakap The Magical Power of The Creator? Sebabnya, akhirnya doa aku dua minggu ni dimakbulkan. Penat tau contact sini sana, menangis sebab dah tiga empat kali tukang elektrik datang, masih tak settle-settle. Akhirnya selesai semua. Alhamdulillah.


Terima kasih Allah. Terima kasih emak ayah yang memberi kata - kata semangat. Terima kasih kawan - kawan yang bagi tumpang rumah untuk aku siapkan kerja dan tumpang bermalam. Terima kasih tuan rumah, pembantu rumah dan tukang - tukang yang beberapa kali bertukar orang. May Allah bless all of you.


Dah macam entry ucapan menang ABPBH plak rasa. Hua hua hua. Till then, semoga entry Budget Trip to Solo segera menyusul. Sebelum aku terlupa detail perjalanan tersebut. 








p/s : Ops Daulat to end very soon. Like finally!!! It took forever before. Cant wait to go back and meet pokcik. Heee.







I wish. If only I can.














-adios-




No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...