Nursing


Saturday, 20 April 2013

Mungkin Boleh

"Bila akal tidak mendapat ilmu yang betul maka hati akan dipandu dengan cara tidak betul. Jom cari ilmu bukan berita" - Prof Dr. Muhaya

"Orang lebih suka berdebat tentang politik Islam daripada menjalankan politik sesuai ajaran yang mulia itu."


Artikel yang menarik untuk dikongsi di musim pilihanraya. Jaga adab dalam berpolitik. Jaga mata, telinga dan mulut dengan apa yang dilihat, didengar dan dikatakan. Tak kira lah parti dacing ke bulan penuh ke bulan sabit ke roket ke parti kunci ke mahupun parti angry bird. Jangan jadikan Islam sebagai alasan berpolitik kalau kita sendiri tak boleh nak jaga tatacara dan adab-adab dalam Islam, terutama dalam hal menyebarkan "khabar" dari manusia, mengaibkan orang-orang, silap-silap secara tak sengaja, kita dah termasuk dalam golongan orang yang menyebarkan fitnah. Ingat, jangan jadikan Islam sebagai alasan untuk berpolitik, kalau kita sendiri tak boleh nak ikut ajaran Islam yang paling basic.


Renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.


"Hakikatnya manusia lebih mempercayai berita yang dikhabarkan melalui manusia, dari manusia kepada manusia. Sedangkan khabar yang pasti itu hanyalah dari Allah."










Dan manusia itu termasuk aku, kamu dan mereka.







Selamat berkempen dengan berhemah. Selamat mengundi. Pilihan negara berada di tangan anda.
















-adios-






No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...