Nursing


Saturday, 20 April 2013

Aku anak ayah.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi aku je yang suka membontoti ayah aku pi mana-mana. Sekarang ada anak buah aku. Sebijik perangai macam aku bab-bab ni. Mana ayah aku pi, ada je la muka dia ikut sekali. Cucu kesayangan TokDad katanya. Itulah Alesya Farzana a.k.a Ajane.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi kalau aku buat salah apa-apa mesti ayah bela aku. Sampai semua adik beradik suka balas dendam kat aku bila ayah takde pi kerja. Haha. Adik aku panggil aku Ajib(Anak-anak Sidek). Sebab dia kata aku suka mengadu kat ayah.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi, apa-apa yang aku minta, mesti ayah bagi. Jarang sangat ayah menolak. Kalau ada apa-apa yang plan ayah yang adik-beradik tak setuju, mesti aku yang disuruh pujuk ayah. Nanti konfem ayah setuju, kata mereka. Mungkin betul. Tapi taklah selalu.



Tapi aku tak kisah.



Sebab memang perangai aku sedikit sebanyak macam perangai ayah.
Ayah suka makan. Sudah terang lagi bersuluh, aku pun suka makan.
Ayah kadang-kadang sangat degil dan sangat tetap dengan pendirian dia. 
Ayah pandai cakap bahasa Indonesia(hahaha. Hanya aku dan ayah saja yang pernah rasa belajar kat sini). 
Ayah pandai(ehem, ni memang genetik mak ayah menurun kat adik beradik. Haha. Alhamdulillah).



Dan ada satu lagi perangai aku yang sama dengan ayah.


Ayah selalu tak sampai hati nak marah orang, kecuali keluarga sendiri. Keluarga lain cerita, marah sebab sayang. Hehe. Ramai orang cakap ayah terlalu baik kat orang lain sampai kadang-kadang orang-orang ni senang pijak kepala.

Macam pokcik selalu cakap aku terlalu baik sebab tu selalu kena buli bila masa orang susun jadual oncall kat hospital. Haha. Boleh dibuat perbandingan ke? Haha.



Hrmmm.
Hari ni aku sedih, tapi ayah dengan tenang boleh cakap.



"Latahzan = jangan bersedih"

"Jangan bimbang, kalau betul2 yakin pada takdir Allah, akan ada kebaikan akhirnya...cuma kena lawan sedih dan kecewa."

"Yakin akan kebaikan dan hasanah dan ehsan dari Allah swt bukan dari manusia. Tak ucap terima kasih pun tak apa"




Allah. Tuhan je yang tahu hati aku. Aku tak peduli apa orang nak kata. Tapi aku sangat bangga dengan perjuangan ayah. Semoga semangat juang ayah ni pun sama-sama menurun genetiknya kat aku dan adik beradik aku dan keturunan kami, InsyaAllah.



Ayah always my best man. And emak stays beside him. Always. Forever. Semoga Allah memberkati ayah dan emak, di dunia dan akhirat.





Dan juga orang-orang yang sakitkan hati mereka. May Allah bless and enlighten all of you.












20 April 2013, 
Catatan seorang anak kesayangan ayah.



With the best man and her lady.


Iklan Petronas, Raya 2012.


Ajane with TokDad.


Kan betul. Ada je muka die ni ikut TokDad pi mana-mana. Haha. TokDad masuk kampung pagi-pagi makan roti canai pun die sibuk nak ikut. Haha.









-adios-



Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...