Nursing


Monday, 22 April 2013

#6 Travel Indonesia : Solo (Surakarta), Jawa Tengah, Indonesia (Part 2 - Java' Wedding)

Sambungan Solo trip part 1...


Memandangkan jam menunjukkan jam 1700 petang, kami segera menyiapkan diri untuk ke majlis resepsi Yustine yang berlangsung jam 1900. Setelah siap, kami standby di hotel sementara menunggu member kami yang membawa kami ke tempat resepsi berlangsung sampai. Oleh kerana terlalu lama menunggu, maka kami pun bergambar di dalam bilik hotel. Kami memang takde kerja. Hua hua hua.


1. Aku.
2. Flo, Tsara dan Aku.
3. Ayam.

Kami sampai di majlis tersebut pada jam 2000 malam. Ini adalah Java's Wedding keempat yang pernah aku attend, namun pertama kali dilangsungkan di luar Surabaya. Rata-rata aturcara majlis perkahwinan di Pulau Jawa adalah sama. Sampai di tempat resepsi, kami disambut oleh penyambut tamu yang berada di meja penerima tetamu, isi guest book, letakkan hadiah kat situ, then dapat souvenir dari pihak pengantin. Setelah itu, masuk ke dalam dewan resepsi, mengikuti karpet merah yang menuju ke arah pelamin, bersalaman dengan pengantin dan keluarga, bergambar dan kemudian baru turun pelamin dan memulakan sesi melantak. Ya, majlis resepsi di sini adalah sesi melantak. Haha. Style kat sini, depa buat buffet. Buffet depa memang best. Banyak stand-stand yang boleh dikunjungi. Pelbagai jenis makanan disediakan dalam porsi kecil. Tu yang best, so kita boleh try semua makanan yang ada tanpa perlu terlalu membuntatkan perut. Dan kat sini style depa adalah makan berdiri. Ada kerusi, tapi takde meja. So, pandai-pandai la makan dengan berhemah.


1. Dimsum dan gorengan dimsum berbentuk leper dan seperti angsa (dalam ni ada cheese).
2. Makanan khas Solo, Nasi Liwet.
3. Es campur laici, rasa macam slurpee rasa laici.
4. Eskrim cendol.


1. Pelamin dari jauh.
2. Monumen ais Yustine dan Koko.
3. Musik sepanjang majlis dipersembahkan macam dalam Opera van Java. Adat tradisi Jawa.
4. Pelamin dan pengantin dari dekat.


1. Dengan pengantin, Yustine.
2. Tajuk novel : Hatiku sesejuk ais batu.
3. Hanya mampu cium bunga sahaja.


1. Sebahagian dari Fakultas Kedokteran UNAIR batch 2007.
2. Kami pernah satu group. Flo, Tsara, Wina, Sofi, Aku.

Setelah habis majlis, kami pun pulang lalu tidur. Plan makan ceker(kaki ayam) yang sangat sedap dan terkenal di Solo dibatalkan secara tidak sengaja kerana kami semua tertido tak sedar diri. Kedai makan yang jual ceker tu hanya dibuka sekitar jam 12 malam sampai 6 pagi. Unik.

Keesokan harinya, tanggal 7 April 2013, kami pulang dengan menaiki bas. Ini yang aku katakan gambling. Kami ke Solo tanpa membeli tiket pulang ke Surabaya. Asalnya nak balik ke Surabaya dengan member kami yang bawa kereta. Tapi member ni dia buat main-main plak. Takleh pakai betul. Akhirnya kami decide nak balik naik kereta api. Masa kami baru sampai Solo hari Sabtu tengah hari tu, kami cepat-cepat ke kaunter tiket untuk beli tiket balik Surabaya. Malangnya, tiket semua dah habis. Akhirnya, kami dengan gamblingnya(lah sangat...) memikirkan cara balik ke Surabaya. Setelah bertanya kepada kawan-kawan dan melakukan sedikit online research, akhirnya kami putuskan untuk balik menaiki bas. Bas kat sini actually sangat la tak sama macam bas kat Malaysia. Hanya bas dengan kelas Executive sahaja yang boleh diterima pakai. Kalau bas kelas ekonomi atau bisness, depa tak pakai tiket. So, kalau tak nasib baik, berdiri la anda sepanjang perjalanan. Haha.

Pagi Ahad jam 0600, kami turun untuk menikmati buffet breakfast hotel yang dah termasuk dalam pakej. Setelah makan, jam 0700, kami check out hotel dan terus menaiki teksi dari hotel menuju ke stesen bas. Disebabkan kami tidak membooking tiket terlebih dahulu, jadi kami perlu berada di stesen bas lebih awal kerana takut kehabisan tiket. Untung ketika kami sampai, bas masih belum penuh. Alhamdulillah. Jam 0800 pagi, bas bergerak menuju ke Surabaya dengan flight time selama 6 jam 30 minit.

Bas yang kami naiki adalah Bas EKA Executive Class. Ada aircond (Ekonomi takde aircond). Tiket bas berharga Rp 58,000 untuk perjalanan Solo - Surabaya. Bas ni macam bas Nice kat Malaysia. Ada pramugara/pramugari segala. Cuma seat dia adalah 2-2. Harga yang dibayar tu termasuklah kupon tiket makan dekat tempat bas ni stop, dan juga air mineral kecil yang diberikan di dalam bas. Not bad. Makanan kat tempat bas ni stop pun not bad. Rata-rata service bas EKA ni bagus dan recommended untuk sape-sape yang nak backpacking. Sangat jimat.


1. Sarung kerusi bas.
2. Kupon makan.
3. Bas EKA dari luar.
4. Tiket bas.


1. Aku di depan bas EKA.
2. Pemandangan dari atas bas.
3. Srabi (serabai), makanan ole-ole khas Solo.
4. Lagi pemandangan.


Kami sampai di Surabaya pada jam 1400 petang. Di terminal bas Surabaya, kami diambil oleh ibubapa kawan kami iaitu Sofi. Kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira tetapi penat.


Gila tipikal penutup karangan budak sekolah rendah ayat terakhir aku tu.


Untuk total travel cost yang digunakan sepanjang trip kali ini adalah :

Transportation.
Tiket kereta api Executive Class Surabaya - Solo : Rp 175,000/person.
Tiket Bas EKA Executive Class Solo - Surabaya (including small mineral water + kupon makan) : Rp 58,000/person.
Rata-rata penggunaan duit teksi : Rp 30,000/person.

Penginapan.
Fave Hotel (including breakfast + compliment drink + 10 minutes free welcome massage + wifi : Rp 340,000/night, Rp 170,000/person.

Sightseeing.
Tiket masuk Keraton + bergambar di khazanah Keraton : Rp 15,000/person.

Makan dan minum.
Rata-rata penggunaan duit makan dan minum : Rp 10,000/person.

Shopping.
Solo based T-shirt 2 helai + Indonesia batik 4 helai : +-Rp 250,000.



Total cost spent : +-Rp 708,000/person = +- RM 226/person.
Rate yang digunakan adalah RM 1 = Rp 3,120.


Untuk trip kali ni agak tak berapa nak budget sangat sebab tiket train mahal dan sebab stay hotel best (walaupun dah dapat discount). Full rate Fave Hotel ni around Rp 520,000 pernight. Tapi now depa slalu buat hot deal kalau tempah dari awal which boleh dapat harga around Rp 280,000++ per night including breakfast.


But its okay sebab dah tak lama pun lagi nak balik Malaysia for good. Bila lagi nak cuti-cuti Indonesia ye tak? Hehehe.



Sekian entry Solo.





Sekadar gambar hiasan.








-adios-




2 comments:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...