Nursing


Saturday, 20 April 2013

#5 Travel Indonesia : Solo (Surakarta), Jawa Tengah, Indonesia (Part 1)

Hola. Setelah sekian lama cakap nak tulis nak tulis tapi tak tulis-tulis tentang trip Solo, maka sekarang, tibalah entry ini. Haha. Maaf, baru habis exam siang tadi. Alhamdulillah.

Ceh, macam ada orang nak baca je. Haha. Peduli apa, aku buat entry ni untuk jadi kenang-kenangan. Almaklum orang ingatan tak kuat sangat, so nanti dah tua-tua boleh baca balik. Pehhh...

Ok start.

So ceritanya adalah, aku dan dua orang member Indonesian (Tsara dan Flo) telah pi jalan-jalan kat Solo pada 6-7 April 2013 yang lalu. Dua hari je wei. Haha. Ini adalah trip gambling yang di-plan last minute sebab busy(lah sangat...). Haha. Sebenarnya trip ni adalah untuk pergi wedding geng kiteorang iaitu Yustine. Dia ni dah nikah bulan November hari tu, tapi majlis resepsi belah laki buat kat Solo. So, memandangkan aku belum pernah sampai Solo, maka, aku amik kesempatan ni untuk jejakkan kaki kat sana walaupun untuk 2 hari yang sangat pendek.

Hari Sabtu, 6 April 2013, jam 0800 AM, kami amik tiket kereta api ke Solo. Tiket kereta api ni harga Rp175,000 untuk Executive Class (Sancaka Pagi), dan mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan dari Surabaya ke Solo.


1. Tiket kereta api. Ready for weekend getaway!
2. Di stesen kereta api Surabaya Gubeng.
3. Di dalam kereta api Sancaka Pagi.
4. Saja je aku nak sengih-sengih depan railway.


Sampai kat Solo, kami amik teksi dari stesen kereta api Solobalapan ke hotel tempat penginapan kami iaitu Fave Hotel. Fave Hotel ni adalah salah satu company Aston, which, manager company ni adalah ayah kepada Yustine, pengantin tu. So, kira untunglah sebab kami dapat harga sedikit lebih murah berbanding harga sebenar. Oh ye, teksi yang kami naik ni adalah sebuah van yang sangat buruk macam prebet sapu. Kat Solo, teksi depa majoriti pakai kereta Avanza, which, sangat la berlainan dengan kat Surabaya yang rata-rata pakai kereta Toyota Vios, Proton Waja, Proton Saga, Proton Wira dan kereta sedan lainnya. Harga teksi dari stesen kereta api Solobalapan ke Fave Hotel adalah Rp 30,000.


1. Fave Hotel by Aston.
2. Tersengih lagi sambil menunggu confirmation room.
3. Wall mounted TV + free wifi.
4. Dua katil single yang sangat selesa. Almaklum dah lama tak tido hotel. Jakun sket.


Setelah check in di hotel dan meletakkan barang dan solat, jam menunjukkan hampir pukul 1400 petang. Oleh sebab kami hanya mempunyai masa less than 24 hours untuk balik ke Surabaya, kami menggunakan kesempatan ini untuk segera sightseeing dan membeli belah di Solo. Untuk sightseeing, Solo terkenal dengan Keraton. Keraton ni kira macam istana la. Solo ni adalah antara negeri yang masih ada kesultanan yang tersendiri. Tapi kesultanan depa ni lain sket la dari kesultanan kita. Aku pun tak paham sangat sebenarnya. Tapi boleh baca di sini. Tiket untuk masuk ke Keraton ni berharga Rp 10,000 untuk setiap orang.


1. Papan tanda menuju Keraton.
2. Beraksi seperti patung.
3. Di hadapan salah satu khazanah di dalam Keraton.
4. Lagi gambar.

Perasan tak pada gambar 3 dan 4 tu, kami pakai yang macam pingat tu. Actually itu adalah untuk bergambar berbayar Rp15,000 dan gambar tu tak boleh sebarangan shoot. Ada pekerja dia yang dah berkhidmat kat situ selama 50 tahun yang ambilkan gambar tu. Dan sebelum pekerja tu meletakkan posisi kiteorang macam dalam gambar tu, dia macam angkat sembah kat kereta roda tu. Mungkin pekerja tadi adalah "penjaga" kereta roda tu kot. Mungkin kereta roda tu berpenghuni. Wallahualam.


1. Di hadapan Keraton bahagian dalam.
2. Motif tidak difahami.
3. Taman dalam Keraton yang cantik. Subhanallah.
4. Lagi gambar dalam taman yang cantik.

Perasan tak dalam gambar di atas, kami berkaki ayam. Kami tidak dibenarkan memakai selipar untuk masuk ke kawasan ini. Hanya kasut atau selipar half kasut(selipar yang selain selipar yang bentuk macam selipar jepun) sahaja yang dibenarkan masuk ke sini. Tapi kat taman ni memang bersih. Keluar tu kaki bersih je, tak kotor pun. Tapi kena tahan sakit sikit la sebab pijak atas pasir kasar yang macam ada batu kerikil kecik-kecik tu. Hehehe...

Setelah puas melawat Keraton, kami terus bergerak untuk membeli belah. Solo sangat terkenal dengan batik Indonesia asli. Serius, memang Solo adalah syurga batik. Bayangkan saya yang bukanlah seorang penggemar batik Indonesia ni boleh shopping baju batik Indonesia pertama saya sepanjang 5 tahun belajar kat sini. Hahaha. So, kami bergerak ke Pasar Klewer yang letaknya hanya 5 minit jalan kaki dari Keraton. Memang rambang mata tengok batik kat sini. Corak dan design batik kat sini adalah yang latest di serata Indonesia. Memang heaven shopping kat sini. Tapi sini ada satu kekurangan. Kat sini sangat sangat sangat banyak manusia yang menjalankan kerja sebagai penyeluk saku. Sepanjang jalan-jalan dalam ni, ada la 5,6 kali orang raba seluar belakang, pegang beg, pegang paha kat bahagian poket tu dan macam-macam lagi. Yang lagi best, penyeluk saku kat sini ni ada pelbagai rupa. Kecik besar tua muda pakai tudung pakai kopiah pakai topi, nenek nenek pun ada. Untung pakcik yang di Keraton dah bagi warning awal-awal untuk jaga bag sebab terlalu banyak kes penyeluk saku jadi kat sini. Jadi, sepanjang jalan dalam ni, kami memang pegang je bag kami.

Setelah selesai berbelanja, kami layan makan bakso bakar yang jual di depan Pasar Klewer ni. Sos dia Ya Allah, pedas gila. Terbakar mulut dan perut. Memang mantap. Haha. Setelah itu, kami pun pulang ke hotel menaiki teksi. Dalam teksi, pakcik driver tu tanya, cuba check bag, ada hilang apa-apa barang tak. Alhamdulillah tak hilang apa-apa. Pakcik driver plak yang surprise sebab barang kami tak hilang. Haha. Pakcik tu cakap, setiap kali dia amik orang dari pasar ni, mesti ada barang yang hilang dalam bag tu. Alhamdulillah, Allah lindungi kami. Hehehe...


1. Di depan Pasar Klewer, bersama rembatan hasil shopping.
2. Bakso bakar pedas gila.
3. Bentuk beca klasik yang rata-rata digunakan. Agak berbeza dengan bentuk beca di Surabaya.
4. Hospital Daerah Dr. Moewardi Solo. 







Bersambung part 2...





p/s : Pokcik is coming home today! yeayyy!!!





-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...