Nursing


Saturday, 27 April 2013

Seaweed

I've been browsing a lot about seaweed since Pokcik asked me if I want him to buy some when he was in Sabah for Ops Daulat. When he asked, that was my second time I heard about seaweed. I mean, not that sushi seaweed, this time, seaweed mentah. First time was back then when I was in my Community Medicine rotation. So, I was like... ermmm... nak buat apa eh seaweed tu... Then Pokcik came with the idea of "Ntah la, I pun tak tau but hey, it's collagen asli" and I was like... "Err, ok. So what does that "collagen asli" can really do?"

At first, I don't care about the khasiat or whatever that people come out with their promotion blablabla. All I care was "How to cook this thing?". Haha. Typical Jannah. Life is all about FOOD. HAHA. Shut up!

So, I browsed and browsed and browsed... I got a few recipe on how I'm gonna cook those seaweed. I texted Pokcik, OK, I want some (even I have no idea when I'm going to meet him to claim all that... Haha)... There are lotssssss of recipe people can use to cook them... You can make seaweed soup, seaweed cocktail, seaweed salad, seaweed agar-agar, seaweed kerabu and my favorite is...... Dadih Seaweed!!! haha... Well, that looks nyummy.

Sambil-sambil google recipe, I discovered about the khasiat of seaweed too. Apparently, some people just love to exaggerate things. Hahaha... True, seaweed memang ada khasiat dia, but not as much as merawat penyakit jantung. Give me some paper research scientific reason, then I'll probably believe.

Then, I did some research, which then I found out that............ Seaweed IS NOT collagen. Apetah lagi, COLLAGEN ASLI. Hahahahaha... Now this is funny... What happened? Haha... I read and read and read and finally I discovered that, Seaweed has the same khasiat AS collagen but IT IS NOT COLLAGEN, and IT HAS NO COLLAGEN AT ALL INSIDE IT. Baca lagi di link yang diattachkan tadi. 

So people, in order to promote your seaweed product, stop saying that SEAWEED IS A REAL COLLAGEN. It might has the same khasiat as what the collagen do but it is not collagen, not even close to REAL COLLAGEN. How about you promote to your customer about the khasiat, not about those collagen thingy. You all made people like me konpius you know???

Why do I post this thing?

Cause Malaysian are funny. Look at those comments in this blog. Some of them really positive, but some of them memang la mentality negara dunia keempat ke kelima ntah. Sikit-sikit pikir kata nak jatuhkan orang. Padahal blog ni nak mengajar kita supaya jadi Pengguna Berhemah. Ntah pape je. Kalau tak terima, then ask for explanation, not condemn. Aiyaya... People these day aaa. However, I support this blog. This kind of blog reminds me of this one MLM-destroyer punya blog which, I fully support sangat-sangat because I hate MLM. Hahahaha...






Cerita seaweed tamat.








p/s : Approaching..... 8 months since the last time I met you. Huarrrggghhh. Time, please stop torturing me.







-adios-







Thursday, 25 April 2013

#1 My weird fruitmonkeys : Sit up

No offence. I just thinking to start writing about my nephews and nieces. Haha. So today, meh tengok apemende la anak-anak asuhan aku ni dok buat. Asuhan hokeyyy. Haha. I told you I'm a nanny. *sniff sniff hidung kembang*


This is Fahim a.k.a Abang. Nak sit up katanya. Pemain bola harapan negara. Pehhh. Tapi terlalu emosional. Haha.





Ni Faris a.k.a  Angah. Ikut abang dia. Nak sit up jugak. Ok la. Fine. Gila, nampak costa die wei. Haha.





Ni Farzana a.k.a Ajane. Poooooon nak sit up. Padahal keding gila. Tapi dimaafkan sebab perut buncit.





Ni Fayyadh a.k.a Ayad Roti. Dan aku tak paham apa motif Ayad Roti menyambut kemerdekaan negara Malaysia di bulan April. Ok Ayad Ok.

Sambil buat muka "HAH, DO I CARE???"






Cikana miss all of them. Next time wat story pasal fruitmonkeys lain plak k?






p/s : Down with mild fever + severe sore throat and runny nose. It's greenish I tell you. Too bad I'm too lazy to prescribe antibiotic for my own use. And I'm too lazy to go to pharmacy too since that one pharmacy near my ward closed down. And let me enjoy suffering le sicknessssssss. Krohzzz.







-adios-






Monday, 22 April 2013

#6 Travel Indonesia : Solo (Surakarta), Jawa Tengah, Indonesia (Part 2 - Java' Wedding)

Sambungan Solo trip part 1...


Memandangkan jam menunjukkan jam 1700 petang, kami segera menyiapkan diri untuk ke majlis resepsi Yustine yang berlangsung jam 1900. Setelah siap, kami standby di hotel sementara menunggu member kami yang membawa kami ke tempat resepsi berlangsung sampai. Oleh kerana terlalu lama menunggu, maka kami pun bergambar di dalam bilik hotel. Kami memang takde kerja. Hua hua hua.


1. Aku.
2. Flo, Tsara dan Aku.
3. Ayam.

Kami sampai di majlis tersebut pada jam 2000 malam. Ini adalah Java's Wedding keempat yang pernah aku attend, namun pertama kali dilangsungkan di luar Surabaya. Rata-rata aturcara majlis perkahwinan di Pulau Jawa adalah sama. Sampai di tempat resepsi, kami disambut oleh penyambut tamu yang berada di meja penerima tetamu, isi guest book, letakkan hadiah kat situ, then dapat souvenir dari pihak pengantin. Setelah itu, masuk ke dalam dewan resepsi, mengikuti karpet merah yang menuju ke arah pelamin, bersalaman dengan pengantin dan keluarga, bergambar dan kemudian baru turun pelamin dan memulakan sesi melantak. Ya, majlis resepsi di sini adalah sesi melantak. Haha. Style kat sini, depa buat buffet. Buffet depa memang best. Banyak stand-stand yang boleh dikunjungi. Pelbagai jenis makanan disediakan dalam porsi kecil. Tu yang best, so kita boleh try semua makanan yang ada tanpa perlu terlalu membuntatkan perut. Dan kat sini style depa adalah makan berdiri. Ada kerusi, tapi takde meja. So, pandai-pandai la makan dengan berhemah.


1. Dimsum dan gorengan dimsum berbentuk leper dan seperti angsa (dalam ni ada cheese).
2. Makanan khas Solo, Nasi Liwet.
3. Es campur laici, rasa macam slurpee rasa laici.
4. Eskrim cendol.


1. Pelamin dari jauh.
2. Monumen ais Yustine dan Koko.
3. Musik sepanjang majlis dipersembahkan macam dalam Opera van Java. Adat tradisi Jawa.
4. Pelamin dan pengantin dari dekat.


1. Dengan pengantin, Yustine.
2. Tajuk novel : Hatiku sesejuk ais batu.
3. Hanya mampu cium bunga sahaja.


1. Sebahagian dari Fakultas Kedokteran UNAIR batch 2007.
2. Kami pernah satu group. Flo, Tsara, Wina, Sofi, Aku.

Setelah habis majlis, kami pun pulang lalu tidur. Plan makan ceker(kaki ayam) yang sangat sedap dan terkenal di Solo dibatalkan secara tidak sengaja kerana kami semua tertido tak sedar diri. Kedai makan yang jual ceker tu hanya dibuka sekitar jam 12 malam sampai 6 pagi. Unik.

Keesokan harinya, tanggal 7 April 2013, kami pulang dengan menaiki bas. Ini yang aku katakan gambling. Kami ke Solo tanpa membeli tiket pulang ke Surabaya. Asalnya nak balik ke Surabaya dengan member kami yang bawa kereta. Tapi member ni dia buat main-main plak. Takleh pakai betul. Akhirnya kami decide nak balik naik kereta api. Masa kami baru sampai Solo hari Sabtu tengah hari tu, kami cepat-cepat ke kaunter tiket untuk beli tiket balik Surabaya. Malangnya, tiket semua dah habis. Akhirnya, kami dengan gamblingnya(lah sangat...) memikirkan cara balik ke Surabaya. Setelah bertanya kepada kawan-kawan dan melakukan sedikit online research, akhirnya kami putuskan untuk balik menaiki bas. Bas kat sini actually sangat la tak sama macam bas kat Malaysia. Hanya bas dengan kelas Executive sahaja yang boleh diterima pakai. Kalau bas kelas ekonomi atau bisness, depa tak pakai tiket. So, kalau tak nasib baik, berdiri la anda sepanjang perjalanan. Haha.

Pagi Ahad jam 0600, kami turun untuk menikmati buffet breakfast hotel yang dah termasuk dalam pakej. Setelah makan, jam 0700, kami check out hotel dan terus menaiki teksi dari hotel menuju ke stesen bas. Disebabkan kami tidak membooking tiket terlebih dahulu, jadi kami perlu berada di stesen bas lebih awal kerana takut kehabisan tiket. Untung ketika kami sampai, bas masih belum penuh. Alhamdulillah. Jam 0800 pagi, bas bergerak menuju ke Surabaya dengan flight time selama 6 jam 30 minit.

Bas yang kami naiki adalah Bas EKA Executive Class. Ada aircond (Ekonomi takde aircond). Tiket bas berharga Rp 58,000 untuk perjalanan Solo - Surabaya. Bas ni macam bas Nice kat Malaysia. Ada pramugara/pramugari segala. Cuma seat dia adalah 2-2. Harga yang dibayar tu termasuklah kupon tiket makan dekat tempat bas ni stop, dan juga air mineral kecil yang diberikan di dalam bas. Not bad. Makanan kat tempat bas ni stop pun not bad. Rata-rata service bas EKA ni bagus dan recommended untuk sape-sape yang nak backpacking. Sangat jimat.


1. Sarung kerusi bas.
2. Kupon makan.
3. Bas EKA dari luar.
4. Tiket bas.


1. Aku di depan bas EKA.
2. Pemandangan dari atas bas.
3. Srabi (serabai), makanan ole-ole khas Solo.
4. Lagi pemandangan.


Kami sampai di Surabaya pada jam 1400 petang. Di terminal bas Surabaya, kami diambil oleh ibubapa kawan kami iaitu Sofi. Kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira tetapi penat.


Gila tipikal penutup karangan budak sekolah rendah ayat terakhir aku tu.


Untuk total travel cost yang digunakan sepanjang trip kali ini adalah :

Transportation.
Tiket kereta api Executive Class Surabaya - Solo : Rp 175,000/person.
Tiket Bas EKA Executive Class Solo - Surabaya (including small mineral water + kupon makan) : Rp 58,000/person.
Rata-rata penggunaan duit teksi : Rp 30,000/person.

Penginapan.
Fave Hotel (including breakfast + compliment drink + 10 minutes free welcome massage + wifi : Rp 340,000/night, Rp 170,000/person.

Sightseeing.
Tiket masuk Keraton + bergambar di khazanah Keraton : Rp 15,000/person.

Makan dan minum.
Rata-rata penggunaan duit makan dan minum : Rp 10,000/person.

Shopping.
Solo based T-shirt 2 helai + Indonesia batik 4 helai : +-Rp 250,000.



Total cost spent : +-Rp 708,000/person = +- RM 226/person.
Rate yang digunakan adalah RM 1 = Rp 3,120.


Untuk trip kali ni agak tak berapa nak budget sangat sebab tiket train mahal dan sebab stay hotel best (walaupun dah dapat discount). Full rate Fave Hotel ni around Rp 520,000 pernight. Tapi now depa slalu buat hot deal kalau tempah dari awal which boleh dapat harga around Rp 280,000++ per night including breakfast.


But its okay sebab dah tak lama pun lagi nak balik Malaysia for good. Bila lagi nak cuti-cuti Indonesia ye tak? Hehehe.



Sekian entry Solo.





Sekadar gambar hiasan.








-adios-




Sunday, 21 April 2013

Kapal Diraja

hehohehoheho.

20 April 2013 pagi : Mengumumkan ketibaan pokcik di semenanjung. weehoo.

Alhamdulillah pokcik selamat kembali setelah kurang lebih 2 bulan mengikuti Ops Daulat di Lahad Datu. Akhirnya... Haha... Padahal takde la lama sangat pun. Tapi sempat la dari bulan kecik, separuh, penuh dan kecik, separuh dan penuh dan kecik lagi, katanya. Alhamdulillah takde pape yang tak elok jadi walaupun sempat terjadi beberapa insiden kecil yang sedikit mencuakkan. Pehhh...

Waaaaaaaaaa. Happy plak rasa. Padahal bukan dapat jumpa pun. Kehkehkeh. Just... Ntah... Rasa happy...














p/s : Lagi artikel di sini.










-adios-




Saturday, 20 April 2013

Aku anak ayah.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi aku je yang suka membontoti ayah aku pi mana-mana. Sekarang ada anak buah aku. Sebijik perangai macam aku bab-bab ni. Mana ayah aku pi, ada je la muka dia ikut sekali. Cucu kesayangan TokDad katanya. Itulah Alesya Farzana a.k.a Ajane.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi kalau aku buat salah apa-apa mesti ayah bela aku. Sampai semua adik beradik suka balas dendam kat aku bila ayah takde pi kerja. Haha. Adik aku panggil aku Ajib(Anak-anak Sidek). Sebab dia kata aku suka mengadu kat ayah.

Dari kecil aku kena cop sebagai anak ayah.
Sebabnya dari kecil lagi, apa-apa yang aku minta, mesti ayah bagi. Jarang sangat ayah menolak. Kalau ada apa-apa yang plan ayah yang adik-beradik tak setuju, mesti aku yang disuruh pujuk ayah. Nanti konfem ayah setuju, kata mereka. Mungkin betul. Tapi taklah selalu.



Tapi aku tak kisah.



Sebab memang perangai aku sedikit sebanyak macam perangai ayah.
Ayah suka makan. Sudah terang lagi bersuluh, aku pun suka makan.
Ayah kadang-kadang sangat degil dan sangat tetap dengan pendirian dia. 
Ayah pandai cakap bahasa Indonesia(hahaha. Hanya aku dan ayah saja yang pernah rasa belajar kat sini). 
Ayah pandai(ehem, ni memang genetik mak ayah menurun kat adik beradik. Haha. Alhamdulillah).



Dan ada satu lagi perangai aku yang sama dengan ayah.


Ayah selalu tak sampai hati nak marah orang, kecuali keluarga sendiri. Keluarga lain cerita, marah sebab sayang. Hehe. Ramai orang cakap ayah terlalu baik kat orang lain sampai kadang-kadang orang-orang ni senang pijak kepala.

Macam pokcik selalu cakap aku terlalu baik sebab tu selalu kena buli bila masa orang susun jadual oncall kat hospital. Haha. Boleh dibuat perbandingan ke? Haha.



Hrmmm.
Hari ni aku sedih, tapi ayah dengan tenang boleh cakap.



"Latahzan = jangan bersedih"

"Jangan bimbang, kalau betul2 yakin pada takdir Allah, akan ada kebaikan akhirnya...cuma kena lawan sedih dan kecewa."

"Yakin akan kebaikan dan hasanah dan ehsan dari Allah swt bukan dari manusia. Tak ucap terima kasih pun tak apa"




Allah. Tuhan je yang tahu hati aku. Aku tak peduli apa orang nak kata. Tapi aku sangat bangga dengan perjuangan ayah. Semoga semangat juang ayah ni pun sama-sama menurun genetiknya kat aku dan adik beradik aku dan keturunan kami, InsyaAllah.



Ayah always my best man. And emak stays beside him. Always. Forever. Semoga Allah memberkati ayah dan emak, di dunia dan akhirat.





Dan juga orang-orang yang sakitkan hati mereka. May Allah bless and enlighten all of you.












20 April 2013, 
Catatan seorang anak kesayangan ayah.



With the best man and her lady.


Iklan Petronas, Raya 2012.


Ajane with TokDad.


Kan betul. Ada je muka die ni ikut TokDad pi mana-mana. Haha. TokDad masuk kampung pagi-pagi makan roti canai pun die sibuk nak ikut. Haha.









-adios-



Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone



#5 Travel Indonesia : Solo (Surakarta), Jawa Tengah, Indonesia (Part 1)

Hola. Setelah sekian lama cakap nak tulis nak tulis tapi tak tulis-tulis tentang trip Solo, maka sekarang, tibalah entry ini. Haha. Maaf, baru habis exam siang tadi. Alhamdulillah.

Ceh, macam ada orang nak baca je. Haha. Peduli apa, aku buat entry ni untuk jadi kenang-kenangan. Almaklum orang ingatan tak kuat sangat, so nanti dah tua-tua boleh baca balik. Pehhh...

Ok start.

So ceritanya adalah, aku dan dua orang member Indonesian (Tsara dan Flo) telah pi jalan-jalan kat Solo pada 6-7 April 2013 yang lalu. Dua hari je wei. Haha. Ini adalah trip gambling yang di-plan last minute sebab busy(lah sangat...). Haha. Sebenarnya trip ni adalah untuk pergi wedding geng kiteorang iaitu Yustine. Dia ni dah nikah bulan November hari tu, tapi majlis resepsi belah laki buat kat Solo. So, memandangkan aku belum pernah sampai Solo, maka, aku amik kesempatan ni untuk jejakkan kaki kat sana walaupun untuk 2 hari yang sangat pendek.

Hari Sabtu, 6 April 2013, jam 0800 AM, kami amik tiket kereta api ke Solo. Tiket kereta api ni harga Rp175,000 untuk Executive Class (Sancaka Pagi), dan mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan dari Surabaya ke Solo.


1. Tiket kereta api. Ready for weekend getaway!
2. Di stesen kereta api Surabaya Gubeng.
3. Di dalam kereta api Sancaka Pagi.
4. Saja je aku nak sengih-sengih depan railway.


Sampai kat Solo, kami amik teksi dari stesen kereta api Solobalapan ke hotel tempat penginapan kami iaitu Fave Hotel. Fave Hotel ni adalah salah satu company Aston, which, manager company ni adalah ayah kepada Yustine, pengantin tu. So, kira untunglah sebab kami dapat harga sedikit lebih murah berbanding harga sebenar. Oh ye, teksi yang kami naik ni adalah sebuah van yang sangat buruk macam prebet sapu. Kat Solo, teksi depa majoriti pakai kereta Avanza, which, sangat la berlainan dengan kat Surabaya yang rata-rata pakai kereta Toyota Vios, Proton Waja, Proton Saga, Proton Wira dan kereta sedan lainnya. Harga teksi dari stesen kereta api Solobalapan ke Fave Hotel adalah Rp 30,000.


1. Fave Hotel by Aston.
2. Tersengih lagi sambil menunggu confirmation room.
3. Wall mounted TV + free wifi.
4. Dua katil single yang sangat selesa. Almaklum dah lama tak tido hotel. Jakun sket.


Setelah check in di hotel dan meletakkan barang dan solat, jam menunjukkan hampir pukul 1400 petang. Oleh sebab kami hanya mempunyai masa less than 24 hours untuk balik ke Surabaya, kami menggunakan kesempatan ini untuk segera sightseeing dan membeli belah di Solo. Untuk sightseeing, Solo terkenal dengan Keraton. Keraton ni kira macam istana la. Solo ni adalah antara negeri yang masih ada kesultanan yang tersendiri. Tapi kesultanan depa ni lain sket la dari kesultanan kita. Aku pun tak paham sangat sebenarnya. Tapi boleh baca di sini. Tiket untuk masuk ke Keraton ni berharga Rp 10,000 untuk setiap orang.


1. Papan tanda menuju Keraton.
2. Beraksi seperti patung.
3. Di hadapan salah satu khazanah di dalam Keraton.
4. Lagi gambar.

Perasan tak pada gambar 3 dan 4 tu, kami pakai yang macam pingat tu. Actually itu adalah untuk bergambar berbayar Rp15,000 dan gambar tu tak boleh sebarangan shoot. Ada pekerja dia yang dah berkhidmat kat situ selama 50 tahun yang ambilkan gambar tu. Dan sebelum pekerja tu meletakkan posisi kiteorang macam dalam gambar tu, dia macam angkat sembah kat kereta roda tu. Mungkin pekerja tadi adalah "penjaga" kereta roda tu kot. Mungkin kereta roda tu berpenghuni. Wallahualam.


1. Di hadapan Keraton bahagian dalam.
2. Motif tidak difahami.
3. Taman dalam Keraton yang cantik. Subhanallah.
4. Lagi gambar dalam taman yang cantik.

Perasan tak dalam gambar di atas, kami berkaki ayam. Kami tidak dibenarkan memakai selipar untuk masuk ke kawasan ini. Hanya kasut atau selipar half kasut(selipar yang selain selipar yang bentuk macam selipar jepun) sahaja yang dibenarkan masuk ke sini. Tapi kat taman ni memang bersih. Keluar tu kaki bersih je, tak kotor pun. Tapi kena tahan sakit sikit la sebab pijak atas pasir kasar yang macam ada batu kerikil kecik-kecik tu. Hehehe...

Setelah puas melawat Keraton, kami terus bergerak untuk membeli belah. Solo sangat terkenal dengan batik Indonesia asli. Serius, memang Solo adalah syurga batik. Bayangkan saya yang bukanlah seorang penggemar batik Indonesia ni boleh shopping baju batik Indonesia pertama saya sepanjang 5 tahun belajar kat sini. Hahaha. So, kami bergerak ke Pasar Klewer yang letaknya hanya 5 minit jalan kaki dari Keraton. Memang rambang mata tengok batik kat sini. Corak dan design batik kat sini adalah yang latest di serata Indonesia. Memang heaven shopping kat sini. Tapi sini ada satu kekurangan. Kat sini sangat sangat sangat banyak manusia yang menjalankan kerja sebagai penyeluk saku. Sepanjang jalan-jalan dalam ni, ada la 5,6 kali orang raba seluar belakang, pegang beg, pegang paha kat bahagian poket tu dan macam-macam lagi. Yang lagi best, penyeluk saku kat sini ni ada pelbagai rupa. Kecik besar tua muda pakai tudung pakai kopiah pakai topi, nenek nenek pun ada. Untung pakcik yang di Keraton dah bagi warning awal-awal untuk jaga bag sebab terlalu banyak kes penyeluk saku jadi kat sini. Jadi, sepanjang jalan dalam ni, kami memang pegang je bag kami.

Setelah selesai berbelanja, kami layan makan bakso bakar yang jual di depan Pasar Klewer ni. Sos dia Ya Allah, pedas gila. Terbakar mulut dan perut. Memang mantap. Haha. Setelah itu, kami pun pulang ke hotel menaiki teksi. Dalam teksi, pakcik driver tu tanya, cuba check bag, ada hilang apa-apa barang tak. Alhamdulillah tak hilang apa-apa. Pakcik driver plak yang surprise sebab barang kami tak hilang. Haha. Pakcik tu cakap, setiap kali dia amik orang dari pasar ni, mesti ada barang yang hilang dalam bag tu. Alhamdulillah, Allah lindungi kami. Hehehe...


1. Di depan Pasar Klewer, bersama rembatan hasil shopping.
2. Bakso bakar pedas gila.
3. Bentuk beca klasik yang rata-rata digunakan. Agak berbeza dengan bentuk beca di Surabaya.
4. Hospital Daerah Dr. Moewardi Solo. 







Bersambung part 2...





p/s : Pokcik is coming home today! yeayyy!!!





-adios-





Mungkin Boleh

"Bila akal tidak mendapat ilmu yang betul maka hati akan dipandu dengan cara tidak betul. Jom cari ilmu bukan berita" - Prof Dr. Muhaya

"Orang lebih suka berdebat tentang politik Islam daripada menjalankan politik sesuai ajaran yang mulia itu."


Artikel yang menarik untuk dikongsi di musim pilihanraya. Jaga adab dalam berpolitik. Jaga mata, telinga dan mulut dengan apa yang dilihat, didengar dan dikatakan. Tak kira lah parti dacing ke bulan penuh ke bulan sabit ke roket ke parti kunci ke mahupun parti angry bird. Jangan jadikan Islam sebagai alasan berpolitik kalau kita sendiri tak boleh nak jaga tatacara dan adab-adab dalam Islam, terutama dalam hal menyebarkan "khabar" dari manusia, mengaibkan orang-orang, silap-silap secara tak sengaja, kita dah termasuk dalam golongan orang yang menyebarkan fitnah. Ingat, jangan jadikan Islam sebagai alasan untuk berpolitik, kalau kita sendiri tak boleh nak ikut ajaran Islam yang paling basic.


Renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.


"Hakikatnya manusia lebih mempercayai berita yang dikhabarkan melalui manusia, dari manusia kepada manusia. Sedangkan khabar yang pasti itu hanyalah dari Allah."










Dan manusia itu termasuk aku, kamu dan mereka.







Selamat berkempen dengan berhemah. Selamat mengundi. Pilihan negara berada di tangan anda.
















-adios-






Tuesday, 16 April 2013

The road is not taken.

Today is the day. For those who don't understand, well, let them be... Surprise? Well, this is not the first time. I may not know how my man feels. But the only thing I really know, Allah always gives the best. He will never let anything happen without reason. Reasonable reason. Logical reason. And anything that beyond our expectation. Indeed, Allah is The Greatest.

I know you have so many things to contribute to people. But I know too, Allah will never give the path which who knows, you cant even bear someday. Politic nowadays is cruel, as much as you can never imagine. I know you realized that fact too. But as far as I concern, you also have your own target, your own aspiration just to make sure everything gets better, and that is why you put that fact aside. At the same time, to realize the fact that you had already contributed so much to people since I was just a little kid until now, makes you are my favorite leader, my favorite idol, now, always and forever. And you know what, that is the reason I am always proud of you.

To my man, whatever people think of you, whatever people say about you, whatever people did to make you down, always remember, I am always proud to have you by my side, forever. You still my favorite idol, my favorite leader, my favorite teacher, my favorite politician, and the most important thing, my one and only best man, our best man, and no one can never ever take that part in our heart.

I always pray the best for you ayah. I love you. Very, very, very much. We love you.





People tagged my emak and KD in this picture on fb. It is tagged just not less than 24 hours before, but as they said, a picture worth thousand words, and those comments... Speechless. People, please behave. Dear Malaysian, choose your favorite candidate, insult your least favorite candidate, but please NEVER insult their family.




You mess with me, fine. You mess with family, you're dead. Remember.


*Update :
1. Lagi berita : sini, sini dan sini




Thanks Allah for protecting us.







p/s : Ayah, I'm sorry for praying this will not be happened.












 16 April 2013,
Your 6th favorite little daughter(still).












-adios-






malam yang dingin

"Malam yang dingin, ku harap engkau datang bla bla bla"

Sape tau lagi ni? Haha. Femes masa zaman matrik dulu. Sekali baca lirik macam lagu hantu. Hahahaha.

Takde. Sebenarnya malam aku tak dingin. Panas jugak. Baru siap kerja. Tiba-tiba mata jadi tadaaaaaa!!! Berkilauan. End of merapu.


Sebenarnya hari ni aku nak tulis pasal aku kesian. 

Kesian dekat orang yang sentiasa merasa insecure terhadap diri sendiri.
Kesian dekat orang yang tiada identiti diri.
Kesian dekat orang yang sengaja mencari masalah pusing sendiri.

Ya, aku kesian.

Let me turn on the lights and brighten me and enlighten you.

Blog yang aku tulis sebolehnya adalah idea aku. 
Perkataan yang aku rencanakan untuk menyusun kalimat aku sendiri. 
Tapi sayang, mungkin ada yang membuat idea aku ini seakan idea mereka. 
Mungkin ada yang membuat perkataan aku seakan persis perkataan mereka.
Dan mungkin ada yang membuat kalimat aku persis seakan kalimat mereka.

Kenapa?
Terlalu kurangkah keyakinan diri kamu?
Terlalu kurangkah idea yang berlegar dalam minda kamu?

Atau...
Sengaja mencari faktor pencetus rasa sakit hati orang lain terhadap kamu?
Atau mungkin...
Kamu masih lagi berdendam walaupun mungkin sudah ada kumbang lain yang hinggap di hati kamu?

Kesian...
Kepada orang yang sentiasa mencari titik ketidakbahagiaan dalam hidup.
Kepada orang yang sentiasa menyimpan dendam, hati dipenuhi titik hitam.

Dan yang paling kesian?
Kepada orang yang sentiasa tidak tahu bersyukur dengan kehidupan dan kebahagiaan yang dimiliki, dan sentiasa mencaci dan mengejek dan mencerca dan menghina orang-orang yang tidak pernah sekalipun membuat segalanya tadi kepada dia.





Sesungguhnya Allah lebih tahu. Thanks for giving me chance to gain more pahala without I don't even realize that fact! May Allah bless you for all the things you did.


















Siapa yang makan cili, mesti terasa pijarnya. ;)









p/s : Tomorrow. May Allah gives the best for my family. My ayah especially. Dear Allah, You know what's inside my heart, very well.














-adios-


















Sunday, 14 April 2013

The Magical Power of The Creator

Alhamdulillah. 

For the past two weeks, aku kena berhadapan dengan masalah rumah. Alhamdulillah, tak sia-sia bergantung 100% terhadap The Creator, hasilnya MasyaAllah.

I've been dealing with masalah elektrik dan air kat rumah sewa aku which, aku terbangkan Rp 500,000 untuk panggil tukang untuk baiki. Yes, aku yang tanggung, bukan tuan rumah. Hrmmm.

Aku dah hidup macam orang Nomad sepanjang 2 minggu ni. Elektrik kejap nyala kejap tak. Bila dah nyala sepenuhnya, dia wat main volt naik turun naik turun plak. Dah macam sarkas dah rumah aku. Serious. Weekend ni plan aku nak study terbantut. Kerja aku yang kat laptop berlambak-lambak, tapi laptop aku tak boleh charge kat rumah pasal volt naik turun, takut laptop cepat rosak. Akhirnya lari lah ke rumah member aku satu hari ni untuk siapkan kerja. Alhamdulillah kerja dah siap. Tukang pun dah datang tadi. Alhamdulillah rumah dah ok.

Masalah air plak. Ntah la manusia mana ntah pi pecahkan paip air tu. Bocor dia bukan main. Tapi dah dibaiki. Ni pun satu hal lagi yang aku tunggu je bil sampai next month. Mesti bayarannya lumayan. Hrmmm, mengalir lagi duitku. Habis dah simpanan aku untuk pi jalan-jalan Bali bila dah habis belajar nanti. Hrmmm.

Takpe la. Janji masalah elektrik rumah settle. At least lega sikit nak belajar. Exam tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ya Allah, di penghujung belajar ni la banyak benda yang jadi. Semoga hikmah dari semua ini, aku dapat lulus belajar dengan cepat, cemerlang dan warna terbang. Semoga di penghujung Julai aku dah boleh naik pesawat terakhir Surabaya - Kuala Lumpur, dan mungkin pesawat-pesawat yang aku naiki setelah itu, hanya lah sebatas kunjungan memakai visa pelancong  2 minggu, bukan lagi visa pelajar. InsyaAllah. Doa-doakan.

Sebab apa aku cakap The Magical Power of The Creator? Sebabnya, akhirnya doa aku dua minggu ni dimakbulkan. Penat tau contact sini sana, menangis sebab dah tiga empat kali tukang elektrik datang, masih tak settle-settle. Akhirnya selesai semua. Alhamdulillah.


Terima kasih Allah. Terima kasih emak ayah yang memberi kata - kata semangat. Terima kasih kawan - kawan yang bagi tumpang rumah untuk aku siapkan kerja dan tumpang bermalam. Terima kasih tuan rumah, pembantu rumah dan tukang - tukang yang beberapa kali bertukar orang. May Allah bless all of you.


Dah macam entry ucapan menang ABPBH plak rasa. Hua hua hua. Till then, semoga entry Budget Trip to Solo segera menyusul. Sebelum aku terlupa detail perjalanan tersebut. 








p/s : Ops Daulat to end very soon. Like finally!!! It took forever before. Cant wait to go back and meet pokcik. Heee.







I wish. If only I can.














-adios-




fikiran melayang

Once upon a time, ada la satu malam ni. One fine night, very fine night. That fine night, aku susah nak tidur. Ntah apa masalah aku pun taktau. Insomnia tanpa alasan. Insomnia perlu alasan ke? Ntah. Haha.

So, bila dah tak boleh tidur, aku pun sengaja whatsapp adik aku. Kurang kerjaan memang. Adik aku ni jenis kelawar. Kalau whatsapp siang, konfem lambat balas pasal tidur. Kalau malam atau tengah-tengah pagi, dia ni suka bergadang, atau erti kata lain, stay up. Kadang-kadang dia pura-pura study, kadang-kadang dia layan cerita drama melayu jiwang nak mampus sampai gugur bulu ketiak (huntung lerrr), dan kadang-kadang dia baca novel melayu yang sama tahap jiwangnya dengan drama melayu tadi.

Panjangnya muqaddimah aku ya Allah. Fokus Jannah, fokus!!!


Baik.


Lalu berikut adalah perbualan aku dengan adik aku, Najwa Latiff (versi sumbang), atau nama glemernya Wawa Semput atau nama kurang glemer iaitu Awa. 



Wawa semput memang kedekut. 20sen pun berkira.





Wawa semput memang laser. Ada ke dia cakap aku amik lemak pokcik, tak patut tak patut.





I have nothing else to say.









Yes. I have no idea why I thought Awa nak kawen kat LCCT. LCCT for God sake. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.






Not my fault. Maybe insomnia leads to craziness. Maybe.





But then it's ok. People did mistake(s). I did.








Haha.











p/s : Semoga next entry aku rajin mengarang trip ke Solo. Hua hua hua.






-adios-





Wednesday, 10 April 2013

Tuesday, 9 April 2013

Boring

When suddenly... Out of nowhere... This person jadi.....

















Sweet. Weird. Haha.






-adios-











Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Sunday, 7 April 2013

weekend zzzzz

Huarghhh.
Aku penat.
Minggu yang sangat gamble/gambling/gembala whatever. Dari problem exam, problem oncall, problem elektrik rumah yang tak settle-settle, problem paip air bocor, problem gambling di Solo, problem homevisit px very the last minute, and banyak lagi problem lain. Fuhhh. Aku penat. Tapi tak boleh mengeluh. Dosa. 




Thank You Allah, sekali lagi aku diuji. Semoga dengan ujian ini, aku lebih mature, independent, smarter, and..... pretty-er? Haha. Takde kaitan. Takpe. Semua tu doa. InsyaAllah.


Few months to go to fight mati-matian, then aku dah boleh mengucapkan wassalam kepada semua ini.



Tak sabar nak balik rumah, menganggur beberapa bulan, lepak teman mak jahit, teman ayah tengok tv sampai tertido dan membuntatkan perut dengan mak punya masakan.

Sabar. Sikit je lagi!



Stay strong Jannah! You can do it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



InsyaAllah.






p/s: nanti kita cerita-cerita pasal weekend gateaway to Solo okay? ;)







-adios-





Tuesday, 2 April 2013

7 months

It's raining heavily outside.
With a very, very mad thunderstorm.
Wuwuu.

And it's 2 April.
7 months.
Already?
How fast time flies.

How's my home?
God, I miss ganung.
I miss Halaman Dhuha.







And I miss you.


Sunset at Lahad Datu, 30 March 2013.










-adios-






Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...