Nursing


Sunday, 17 March 2013

out out out

Hai. Pada petang tadi, saya, Vava, Kinkin dan Malmal telah keluar untuk sengaja berjalan-jalan. Dalam banyak-banyak mall yang terdapat di Surabaya ini, SUTOS akhirnya telah menjadi pilihan kami. Di SUTOS, hanya ada 7 choices yang boleh dilakukan, iaitu :
  1. Lepak + gosip + layan live band.
  2. Makan.
  3. Karaoke.
  4. Tengok wayang.
  5. Ber-gym di Gold's Gym. (Pasti bukan pilihan kami)
  6. Bergambar, berfoto, bersukaria dan berjimba.
  7. Clubbing.
SUTOS adalah satu mall yang terkenal dengan suasana open air dan tempat lepak melayan live band dan dipenuhi dengan restoran-restoran yang agak mahal. Disebabkan mahal, dan kami pula merupakan pelajar berdedikasi, maka, kami hanya mampu makan di Malay Village which is dekat mall-mall lain pon berlambak kedai tu weiii. Hahaha. Setelah makan di sana, kami merasakan kami memerlukan sesuatu yang membuatkan kami "high". Namun, clubbing bukanlah pilihan kami kerana harooooom, dan banyak syaitooooon. Wuwuu.

Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk mendapatkan extra gula didalam badan. Maka, kami pon melepaklah di The Sweeties sambil melayan live band.



Ini adalah hasil rembatan gula kami. Ice cream durian + chocolate itu adalah enak.


Disebabkan kerana dua diantara kami dah ada Galaxy Note 2, which is obviously bukan saya punya sebab saya bukan orang kaya, maka, kami memutuskan untuk camwhore menggunakan Galaxy Note 2 Kinkin dan Malmal yang masih lagi berbau kedai. Berikut adalah hasil rembatan gambar-gambar dari talipon gedabak tersebut.


Ini adalah gambar-gambar syok sendiri. Ya, saya mengaku. So? HAHA...


Ini adalah ketika kami berempat menambah potensi terkena Diabetes Mellitus di The Sweeties.


Ini pula adalah cubaan untuk memakai tudung ala Diana Amir. HAHAHA. #epicfail...



Ini adalah cubaan menjadi tiang lampu.


Cubaan membuat muka duck-face-mc-5-hari akhirnya bertukar menjadi muka dugong.


Setelah penat bercamwhore, bergosip, makan dan lain-lain, kami pon pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa sangat gembira kerana dapat hangout setelah sekian lama (lama la sangat) tidak keluar bersama. Kami juga berharap supaya kami dihadiahkan Galaxy Note 2 atau mungkin S4 oleh sesiapa yang sudi. Ayah saya adalah sudi mungkin? He he he. 


Peace no war ayah. (^_^)v









Sekian dari bilik berita.










-adios-













No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...