Nursing


Thursday, 28 February 2013

phew~~~

Fuhhh. Capek. Penat. Lelah. Poyo gila aku. Haha...

The thing is tadi ada case presentation. Alhamdulillah berjalan lancar. Seriously, I don't really like anything yang membuatkan aku harus bercakap depan audience, or public lah senang cerita. Tapi Alhamdulillah, tadi tu soalan yang ditanya, aku boleh jawab. So, sangat bersyukur. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Lately ni banyak benda jadi dalam hidup aku. Dengan kesihatan anak buah aku yang ke sebelas tu, kesihatan mak aku and banyak lagi lah. But there is one thing yang aku belajar. Aku belajar bersyukur dengan segala nikmat dan dugaan. Dan bila aku belajar bersyukur, automatik hati ni rasa tenang je. Betul, try lah kalau tak percaya.

Satu benda yang aku tahu, segala benda yang Allah bagi tu takde satu pun yang merugikan. Baik nikmat mahupun dugaan. Jadi setiap apa yang terjadi, jalani sajalah. Mengeluh tu boleh, tapi jangan sampai kita jadi lupa bahawa sesungguhnya Allah dah tetapkan segala sesuatu untuk setiap hambaNya. Jadi, kena sentiasa ingat Allah ada untuk kita.

Sama lah macam hidup. Tak semua senang dengan kita. Tak semua senang dengan keluarga kita. Dan tak semua senang dengan kawan-kawan kita. Tapi syukuri sajalah. Sebab apa? Sebab semua tu kan Allah bagi. Apa yang Dia bagi, maka, sudah pasti itu yang terbaik. Syukuri dan nikmati sajalah.

Biarlah orang nak cakap kita bodoh. Biarlah orang nak cakap kita tak guna. Biarlah orang nak cakap kita hodoh. Sesungguhnya Allah dah jadikan manusia ni sebaik-baik makhluk. Nak cakap apapun. Terserah lah. Siapa kita nak mempersoalkan kejadian Tuhan?

Yang pasti bagi aku, dalam kehidupan ni terlalu banyak perkara yang harus dan wajib kita syukuri. Nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat kekayaan, nikmat kebijakan, dan semua nikmat wajib kita syukuri. Samalah dengan dugaan hidup, dugaan kesakitan, dugaan kemiskinan, dugaan kebodohan dan semua dugaan wajib kita syukuri. Sebab dengan dugaanlah, kita belajar. Belajar untuk hidup dengan lebih baik. Belajar untuk menghargai segala nikmat. 

Dan bila semua tu kita dah belajar, maka automatik, kita dah belajar untuk face the fact, and learn the lesson. Hadapi fakta, ambil pengajaran. Yang lepas biarlah lepas, just LET GO, dan tak perlu rasanya untuk kita memburukkan atau mengaibkan sesuatu hanya kerana suatu ketika dulu kita jatuh. Ingat, ketika itu, kita diuji. Sekali lagi, syukuri saja.

Aku yakin kalau kita percaya dengan Allah, kita yakin dengan Allah, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi, hidup akan sentiasa tenang. 

Tak cukup dengan itu, bergantunglah segala hal dalam hidup dengan Allah. Macam tadi bila aku cuak gila masa nak present, lecturer garang gila, masa tu, yakinlah bahawa Allah ada, Allah pelindung kita, dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah, hasil dia? Tak pernah mengecewakan.

Begitulah dalam hidup aku. For aku, biarlah apa orang nak buat, biarlah apa orang nak kata, yang penting aku dah bergantung sepenuhnya pada Allah, dan pusinglah kot mana cara pun, Allah akan sentiasa ada dengan kita. 

Satu lagi. Sekadar selingan. Bertanggungjawablah atas sesuatu yang ditulis (walaupun boleh dipadam sesuka hati, print screen sentiasa ada dimana-mana anyway), sesuatu yang dikatakan, kerana sesungguhnya di akhirat, Allah menilai itu semua. Jangan mudah menuding jari ke orang lain. Tapi tak apa. Sekali lagi, tulislah apa pun, cakaplah apa pun, Allah lebih tahu, Allah lebih tahu, Allah lebih tahu.

Dan yang terakhir ingat lah, Kunfayakun. Kalau Allah nak sesuatu terjadi, maka, jadilah ia. Sebab tu berbalik kepada tadi, bergantunglah SEGALANYA kepada Allah. Jangan mudah percaya dengan hasutan syaitan dan omongan manusia. 

NOKTAH.





Sekian tazkirah malam jumaat dari ustazah tak bertauliah. Moga bermanfaat.







p/s : Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk juga datang dari Allah, tapi atas kelemahan diri sendiri. 





Hey, anyone wants sushi??? I'm hungry...





-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...