Nursing


Sunday, 20 January 2013

#2 oops i did it! : Bemo Story

Bemo E ini penting dalam hidup aku untuk berjimba di Tunjungan Plaza dan Delta.


Ladies and gentlemen, gambar kat atas ini adalah Angkutan Kota. Atau nama lainnya "Bemo". Bemo kalau anda google adalah merupakan sebuah kenderaan roda tiga blablabla sila google sendiri. Tapi the thing is, people here called this  as "Bemo". No one said, "Naik angkutan kota yukk!". Biasanya, orang akan cakap "Naik bemo yukk!" or "Naik angkut yukk". Okay. Settle explain benda tak penting ni.

Dulu masa aku first year, zaman-zaman baru sampai sini, aku pernah terfikir, "Muatkah aku masuk dalam benda kecik ni?". Sebabnya, pintu bemo ni kecik wooo. Aku pulak ada la size macam anak gajah. Satu penghinaan untuk diri sendiri. Tapi alhamdulillah, muat jugak aku masuk pintu benda kecik ni. Namun, statement ini tidak menyatakan bahawa aku kurus. Aku tetap bersaiz seperti anak gajah. Seperti sekarang. Sobs. I know, life is hard.....


Lihat pintu bemo. Ini boleh dikira agak lebar, ada yang lebih kecil dari ini.


Benda petak ni, walaupun dia kecik, tapi dalam satu-satu masa, boleh memuatkan kira-kira 13-15 orang(termasuk driver). Hahaha. Bayangkan kami jadi ikan sardin dalam tu demi harga yang murah untuk perjalanan jauh. Kalau naik bemo ni, untuk perjalanan dekat ataupun jauh (sejam ke atas pon ada, dari starting point sampailah point paling hujung), anda hanya perlu membayar Rp 3000 sahaja @ RM 1.00 sahaja. Murah bukan?

Ya, murah sekali. Maka, seringkali kami mengambil keputusan untuk menaiki bemo sahaja untuk perjalanan jauh. Kalau kami rasa kami kaya sikit, kami naik la teksi. Tu pon kalau cukup-cukup nak sumbat 4 orang pax.



Cuba memberi gambaran betapa packnya ikan sardin dalam sos tomato dalam tin ni... 


Cuba memberi gambaran betapa leganya ikan sardin tersebut setelah dimasukkan ke dalam mangkuk...


OK. Habis cerita tentang bemo. Entry ini sebenarnya bukan cerita perihal bemo. Aku nak bercerita kejadian di dalam bemo siang tadi.

Aku, Eva dan Shikin pi makan kat Bangi Kopitiam siang tadi. So, after makan, aku ajak la pi satu mall ni sat. Saja nak usha cover phone buat hantaran. OK, tu over.


The very first Bangi Kopitiam in Surabaya



Dari Bangi Kopitiam tu ke mall tadi, kami naiklah bemo. Masa tu dalam bemo, ada la 2 orang makcik ni + satu driver. So kiteorang naik macam biasa dan sembang-sembang gelak-gelak huha huha. Makcik dua orang ni pulak, dok pelik tengok muka kiteorang. Biasa la, kalau orang-orang sini, bila tengok kami ni sembang, mesti tengok macam kami ni alien. Ada certain boleh agak la kami ni Malaysian akibat pengaruh cerita Upin dan Ipin yang sangat glemer di sini. Tapi ada certain, akan teka kami ni dari Sumatera sebab orang Sumatera cakap lebih kurang Malaysian katanya, which is aku rasa ada certain part je kat Sumatera tu yang boleh cakap melayu. Contohnya Padang, sebab pakcik Nasi Padang depan rumah ni selamba badak je cakap melayu ngan aku. Macam member lama jer...



Nasi Lemak Ayam Rendang Bangi Kopitiam



Sambung cerita. So, bila makcik-makcik tadi buat muka pelik, aku pon dengan selamba la kutuk makcik ni depan-depan, aku cakap kat member aku, "Apehal makcik ni pandang-pandang, tak pernah tengok orang ke nak cari gaduh?". Walaupun aku tahu, makcik tu tak paham aku cakap apa. Pada ketika itu, Eva dah gelak sorang-sorang. Apehal la pulak member aku sorang ni gelak. Aku yakin kalimat aku tadi bukan kalimat lawak. Aku pon tanya kat Eva, "Ko apehal gelak-gelak?". Lalu Eva mengeluarkan Blackberrynya dan menaip sesuatu yang berbunyi begini lah lebih kurang :


"Wei, makcik sebelah ko tu cakap kat member dia tu macam ni "Kayaknya anak-anak ini ngomong bahasa perancis deh"..."

atau maksud dalam bahasa melayunya

"Rasanya budak-budak ni cakap dalam bahasa perancis kot"





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





Maaf makcik, ketawa gajahku terus memecah keheningan bemo pada siang tadi. Aku baru tau bahawasanya aku boleh berbahasa perancis. Penghargaan yang kalian berikan terlalu tinggi untuk kami bertiga. Terharu sebab boleh berbahasa perancis walaupun tak pernah belajar. 

Cukup!!! Cukup sudah ke-sarkastik-an aku ini.

Maka, dengan ini aku simpulkan, bahawasanya, selain dari Malaysia dan Sumatera, ada juga orang berpendapat kami ni dari Perancis. Bonjour makcik. Tu jelah satu-satunya perkataan yang aku tau dalam bahasa Perancis.








.....................................................................................












Tipu. Aku tahu "Je t'aime" jugak. Hehehehehehehe.







p/s : Gambar semua dari Google.






-adios-




No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...