Nursing


Friday, 25 January 2013

Saya dapat baby!

woohaaaaaa. sepatutnya entry ni dah lama dibuat. namun begitu, kerana aku sekarang adalah seorang yang pelupa, maka, aku lupa. kahkahkah.

Pada 21 Januari 2013, telah lahir seorang bayi perempuan, yang beratnya 3.00 kg, panjangnya 49 cm, pada jam 2.08pm di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh. Bayi perempuan ini diberi nama Imani Hafiyya binti Abdul Halim. Sungguh comel bayi ini secomel auntie nya merangkap nanny tak bertauliah yaitu Jannah The Nanny.

Carutan dihentikan untuk memberi laluan kepada gambar-gambar bayi perempuan yang bakal menggegarkan dunia ini!!! insya Allah, dengan izinNya.

Say Assalamualaiki to Imani :)




GIGITTTTTTT!!!!!!





ngantuk pulak aku tengok gambar ni...


kekohhhhhh!!!!


Ni masa Imani kena demoh ngan ninik... nikmatnya muka... pastu poop meletop!!! hihi...


ni bro Liyashhhhh. Cool je layan note eh...




Alhamdulillah both Imani and her ummi in a good condition now. hehe...







p/s : ni adalah monkey ke 10 aku. weehoo. I'm a proud Nanny. :B






-adios-




Wednesday, 23 January 2013

isu negara

krohz. bercakap perihal isu negara adalah sesuatu yang memalaskan. bukan malas, lebih tepat, MUAK. muak dengan segala propaganda dan agenda, tak kisah la kerajaan ke pembangkang ke. MUAK. oh lagi satu, MUAK dengan orang suka GEBANG LEBIH KAT FACEBOOK PASAL POLITIK. 

MUAK!!!

eh sorry teremo pula. tak. aku tak bercakap perihal politik kali ni. disebabkan aku malas nak membaca, jadi aku rasa aku sendiri tak layak untuk mengolah, membahaskan isu-isu politik dengan lebih lanjut. makna kata, aku tak cukup ilmu lagi nak mengulas perihal politik. noktah.

cuma aku just nak share cerita atau pengalaman aku hari selasa hari tu, semalam eh? lupa. hahahaha...

mukadimah : sebagai DM Forensik, menganggur adalah kerja kami. hahaha. terbaik tak mukadimah? okay. serious. sekarang ni DM yang bertugas kat forensik ada la around 150 students (DM dari pelbagai uni), which is satu jumlah yang sangat-sangat banyak. untuk dapat case-case untuk buat laporan pon, memang dah ditetapkan ikut rotation masing-masing group. sama lah dengan jadual jaga, oncall dan lain-lain. damn, aku baru teringat aku start oncall otopsi hari ni. takleh gi jalan jauh-jauh la nampak gaya. haiyo.

nak dijadikan cerita, pada hari Isnin, 21 Januari 2013, ada la seorang prof ortho ni meninggal. prof ni baik sangat-sangat-sangat kata kawan-kawan aku. aku sendiri taktau sebab masa aku kat surgery, beliau dah pencen, so tak sempat jumpa. so, pada hari selasa, 22 Januari 2013, kami, DM Forensik dari uni aku pon dipanggil  la (wajibbb disebabkan DM forensik adalah DM penganggur) untuk pi majlis persemayaman(camni ek eja?) prof tu. majlis ni kira macam majlis untuk beri penghormatan terakhir la sebelum jenazah prof ditanam. 

ok fine. kami pon gerak dari ruangan kuliah menuju ke kampus. sampai-sampai kat kampus, rupanya kiteorang ni diperlukan untuk join pasukan choir, kira macam memenuhkan dewan la. kejadah la plak orang mati, kita nyanyi-nyanyi. aiyaya. actually, aku taktau pon prof tu non muslim, sampai la aku tanya member aku bila dah masuk dewan tu, baru la tau. dah terlambat untuk keluar dewan. duduk je la dalam tu. lagipun ramai je muslim ada sekali kan. rupanya setelah tanya-tanya member, baru aku tau, acara macam ni untuk muslim ke non muslim ke, memang depa buat kalau ada alumni yang sangat berjasa kepada uni meninggal. kriiik. pasrah. aku tak kisah kalau penghormatan terakhir. tapi kalau cam ada nyanyi-nyanyi, macam semacam plak. wuwuu.

so duduk la kat dewan tu. tak lama lepas tu, keranda pun datang, dengan semua family prof tu ada. then, acara dimulakan, blablablablabla, pastu choir nyanyi lagu uni, then blablablablabla, then last skali, bacaan doa. wuwuu. skali ada paderi daaa baca doa. dengar je la, dan pekakkan hati. yang bestnya, paderi ni siap sebut innalillahinnailaihirojiun, pastu kuar la plak "Allah maha besar" dan beberapa lagi perkataan dan ayat-ayat lain. sekali lagi, mari memasrahkan diri. aku dok tengok jugak sekitar aku, orang-orang muslim, depa buat apa la masa paderi ni baca doa, ada yang cakap-cakap, ada yang ikut sama khusyuk dengar doa paderi ni dan yang mata melilau tengok orang macam aku ni pon ada. haha. pastu, penghujung doa, aku realize ayat lasssssssst skali, lebih kurang camni la bunyi, 


"dan kita semua akhirnya akan kembali lagi ke tuhan yesus kristus"




mind you ini adalah perkataan pasrah yang ketiga ditulis didalam entry ini. FYI, "Allah" here is referred to "tuhan yesus kristus".


then, dah habes doa tu, paderi pon "Amen". seb baik aku tak tersasul ikut amen gak wuwuu.

Naudzubillahiminzalik.


setelah habis bacaan doa paderi tadi, maka, dilanjutkanlah pula dengan sesi mengucapkan ucapan takziah atau turut berdukacita kepada keluarga arwah. dan kami yang di posisi choir ni, nyanyi dan nyanyi dan nyanyi. aku tengok lirik dan buat-buat nyanyi. mana aku hafal lagu depa. lagipun, ada ke orang mati, kita nyanyi. walaupun tu lagu sedih. tapi tu la, yang meninggal tu orang kristian. boleh ke nyanyi? ntah. ilmu agama masih kurang lagi.




Astaghfirllah. Astaghfirllah. Astaghfirllah.











p/s : sesungguhnya hanya anda yang mampu menilai. this is not satu entry yang dibuat untuk menyokong mana-mana pihak. cuma berkongsi pengalaman dan membuka minda. terserah kepada anda untuk berfikir apapun.










SALAM MAULIDUR RASUL







-adios-







Sunday, 20 January 2013

#2 oops i did it! : Bemo Story

Bemo E ini penting dalam hidup aku untuk berjimba di Tunjungan Plaza dan Delta.


Ladies and gentlemen, gambar kat atas ini adalah Angkutan Kota. Atau nama lainnya "Bemo". Bemo kalau anda google adalah merupakan sebuah kenderaan roda tiga blablabla sila google sendiri. Tapi the thing is, people here called this  as "Bemo". No one said, "Naik angkutan kota yukk!". Biasanya, orang akan cakap "Naik bemo yukk!" or "Naik angkut yukk". Okay. Settle explain benda tak penting ni.

Dulu masa aku first year, zaman-zaman baru sampai sini, aku pernah terfikir, "Muatkah aku masuk dalam benda kecik ni?". Sebabnya, pintu bemo ni kecik wooo. Aku pulak ada la size macam anak gajah. Satu penghinaan untuk diri sendiri. Tapi alhamdulillah, muat jugak aku masuk pintu benda kecik ni. Namun, statement ini tidak menyatakan bahawa aku kurus. Aku tetap bersaiz seperti anak gajah. Seperti sekarang. Sobs. I know, life is hard.....


Lihat pintu bemo. Ini boleh dikira agak lebar, ada yang lebih kecil dari ini.


Benda petak ni, walaupun dia kecik, tapi dalam satu-satu masa, boleh memuatkan kira-kira 13-15 orang(termasuk driver). Hahaha. Bayangkan kami jadi ikan sardin dalam tu demi harga yang murah untuk perjalanan jauh. Kalau naik bemo ni, untuk perjalanan dekat ataupun jauh (sejam ke atas pon ada, dari starting point sampailah point paling hujung), anda hanya perlu membayar Rp 3000 sahaja @ RM 1.00 sahaja. Murah bukan?

Ya, murah sekali. Maka, seringkali kami mengambil keputusan untuk menaiki bemo sahaja untuk perjalanan jauh. Kalau kami rasa kami kaya sikit, kami naik la teksi. Tu pon kalau cukup-cukup nak sumbat 4 orang pax.



Cuba memberi gambaran betapa packnya ikan sardin dalam sos tomato dalam tin ni... 


Cuba memberi gambaran betapa leganya ikan sardin tersebut setelah dimasukkan ke dalam mangkuk...


OK. Habis cerita tentang bemo. Entry ini sebenarnya bukan cerita perihal bemo. Aku nak bercerita kejadian di dalam bemo siang tadi.

Aku, Eva dan Shikin pi makan kat Bangi Kopitiam siang tadi. So, after makan, aku ajak la pi satu mall ni sat. Saja nak usha cover phone buat hantaran. OK, tu over.


The very first Bangi Kopitiam in Surabaya



Dari Bangi Kopitiam tu ke mall tadi, kami naiklah bemo. Masa tu dalam bemo, ada la 2 orang makcik ni + satu driver. So kiteorang naik macam biasa dan sembang-sembang gelak-gelak huha huha. Makcik dua orang ni pulak, dok pelik tengok muka kiteorang. Biasa la, kalau orang-orang sini, bila tengok kami ni sembang, mesti tengok macam kami ni alien. Ada certain boleh agak la kami ni Malaysian akibat pengaruh cerita Upin dan Ipin yang sangat glemer di sini. Tapi ada certain, akan teka kami ni dari Sumatera sebab orang Sumatera cakap lebih kurang Malaysian katanya, which is aku rasa ada certain part je kat Sumatera tu yang boleh cakap melayu. Contohnya Padang, sebab pakcik Nasi Padang depan rumah ni selamba badak je cakap melayu ngan aku. Macam member lama jer...



Nasi Lemak Ayam Rendang Bangi Kopitiam



Sambung cerita. So, bila makcik-makcik tadi buat muka pelik, aku pon dengan selamba la kutuk makcik ni depan-depan, aku cakap kat member aku, "Apehal makcik ni pandang-pandang, tak pernah tengok orang ke nak cari gaduh?". Walaupun aku tahu, makcik tu tak paham aku cakap apa. Pada ketika itu, Eva dah gelak sorang-sorang. Apehal la pulak member aku sorang ni gelak. Aku yakin kalimat aku tadi bukan kalimat lawak. Aku pon tanya kat Eva, "Ko apehal gelak-gelak?". Lalu Eva mengeluarkan Blackberrynya dan menaip sesuatu yang berbunyi begini lah lebih kurang :


"Wei, makcik sebelah ko tu cakap kat member dia tu macam ni "Kayaknya anak-anak ini ngomong bahasa perancis deh"..."

atau maksud dalam bahasa melayunya

"Rasanya budak-budak ni cakap dalam bahasa perancis kot"





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





Maaf makcik, ketawa gajahku terus memecah keheningan bemo pada siang tadi. Aku baru tau bahawasanya aku boleh berbahasa perancis. Penghargaan yang kalian berikan terlalu tinggi untuk kami bertiga. Terharu sebab boleh berbahasa perancis walaupun tak pernah belajar. 

Cukup!!! Cukup sudah ke-sarkastik-an aku ini.

Maka, dengan ini aku simpulkan, bahawasanya, selain dari Malaysia dan Sumatera, ada juga orang berpendapat kami ni dari Perancis. Bonjour makcik. Tu jelah satu-satunya perkataan yang aku tau dalam bahasa Perancis.








.....................................................................................












Tipu. Aku tahu "Je t'aime" jugak. Hehehehehehehe.







p/s : Gambar semua dari Google.






-adios-




Thursday, 17 January 2013

#22 : Music Exception : Sayang - SHAE



Sayang - SHAE

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu






p/s : ajane membuatkan ketagihan lagu ini kepada aku. ajaneeee!!!!!!!!!!




-adios-





Monday, 14 January 2013

Marriage

People who thinks marriage is easy is kinda ________(fill in the blank).

To think about wedding, its ok. But to think about marriage, its something serious. I mean, dead serious. It's our whole life for God's sake.

One wrong step u do, it's gonna haunt you for a little while if you're lucky, but forever if you're not.

Too many heart(s) you have to consider, as much as one step you do, can affect the others perception, especially family members.

I did something I know it's wrong. But somehow my emotion can't even control what I'm doing.

Too bad, I'm still a child. Maybe people looked at me as a mature person, but I'm obviously not. Too many silly mistakes I did, and I think will affect my whole life in the future.

I promise myself I'm gonna learn for all those mistakes I did. It's not because I want to get married or something, but somehow, it's just another aspect to gain in me. I should do these long time ago. I should consider more about others feeling. Especially my family. But maybe I failed, or maybe I just... never try. Hrmmm.


What life am I living all these while? Am I that bad? Or am I just... thinking too much?



Only God knows how I feel.









-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Moks

Soalan member aku tanya tadi :





"Wei, apsal ko makin chubby?"








..........








Huaaaaaa. Life is hard.



My diet starts tomorrow. I promise.









Well, every girl diet starts tomorrow anyway. HAHAHAHA.





-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Saturday, 12 January 2013

2 years!!!

Hola!

I am back from Jombang!!! yeah, like finally!!! HAHAHA.

It was all good in Bareng, Jombang. Will post about it later. hehe.

Now just nak tulis pasai blog leklekcool yang dah berumur 2 tahun! hahaha... muda lagi blog ni walaupun penulis dah berpengalaman tulis blog dari form 4 lagi. blog ni dah jadi blog ke..... 5 kot. lupa la. hahaha. blog yang sebelum-sebelum ni dah didelete atas alasan tertentu. wahahaha...

anyhow anyway, I'm moving to my next rotation next week, Forensic. Kinda heaven cause work start pukul 8 pagi. hahaha. yang tak best pasai attendance pakai sistem cap jari, so takleh  terlambat langsung. sobs sobs.

chaiyok Jannah!!! another 6 months and I'm out from here. yesss!

so this is a teaser for the next entry. kui3

I know I look fat and pale. What to do, we HAVE to eat rice 3 times per day. sobs.












-adios-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...