Nursing


Friday, 20 December 2013

Away

Assalamualaikum.

Hello all. This is my last entry for 2013. I will be away for a few week and please pray for my safety and blessing in everything I do ok?

Meanwhile, I apologize everyone for any wrong/heart breaking/annoying thing(s) I did before. May Allah bless us InsyaAllah.

So, anyway, I would like to say early goodbye to 2013! Thanks for all the memories and lessons. And I would like to give a warm welcome to 2014! May 2014 bring lots of happiness and berkah and InsyaAllah be one of the most memorable year in my life.

Till then, till we meet again, see you next year! InsyaAllah.









-adios-

Monday, 16 December 2013

Random

Assalamualaikum.


Hai! Aku tengah tengok cerita "Jubah Hitam"... Wuwuu... Ajaran sesat ke murtad pasal apa ke apamende ke aku tak habis tengok lagi... Wuwuu...


Anyway, layan pic. 


Thanks my sweet sister, Azie for this bracelet birthday present. Heee :D

Ayadh benjol lagi kat dahi hari ni! Die terjun tangga 3 step. Ikut abang dia la tu. Haish. Sian Ayadh.


My "Perlantikan Dokter" batch book dah siap! Sekali dengan gambar-gambar masa grad hari tu. Weee...

I miss my Jippa verrrrrrryyyy muchhhhh!!!



Eating 7spice special beriyani in Danga Bay. Lepaking at KLIA while waiting for my flight back to TGG. Sorang cakap pasal kapal terbang sorang cakap pasal kapal. Pening. Oh and thanks Pokcik for the so-called "birthday treat" Huahuahua.

Ada apa dengan ini? HAHAHA. Ini rahsia. HAHAHAHAHAHAHA.


Till then, bubbye!






-adios-








Nursing Cover

Hello semua!

Just to inform that new fabric(s) for nursing cover dah sampai! So, boleh belek-belek dekat My Hafiy Blogshop or Facebook My Hafiy Blogshop.









And get other baby-mommy things there too! They sell diaper clutch, LAMAZE toys and many others!




Happy shopping!






-adios-

Thursday, 12 December 2013

What I did...

Assalamualaikum...

So this is what I did sepanjang cuti... Haha... Main masak-masak... Ni yang sempat dicapture, yang tak sempat banyak lagi, taknak riak jer... Eh? Kbai layan pic...


Nasi kunyit with Gulai Ayam Kampung and Sambal Telur. Cooked by emak. Presented by me. Hahahahaha...


The fun-est thing to do... Takoyaki with Japanese mayo. Really nice! Rasa sama macam kat Jepun woo...


Cobra Roti Canai with Chicken Curry. Curry by emak and roti canai segera digoreng oleh aku. HAHAHAH...


Moist Chocolate Cake specially baked by Anna. HAHA...


This is the easiest! Churros with Chocolate Sauce. This tastes really good. Finger licking. Nyummy!


Short Cylinder Moist Chocolate Cake freshly baked by Anna.


Nutella Brownies with Banana and Chocolate topping. Super easy and nyummy!


Grill Dory served with Baby Tomatoes and French Fries. Marinated using my very own recipe and freshly grilled for Ayah. Almost everyday! ;)









That's all! Nanti-nanti kalau rajin, aku tulis resipi pulak. Hahahahaha...







-adios-




Wednesday, 11 December 2013

24

Hahahahahaha. Tetiba rasa kelakar.

However people, I'm 24! Hahahahaha... Sebenarnya dah lebih seminggu dah tapi macam tak ingat pulak pasal busy. Hahahahaha..... Alhamdulillah, berganjak satu tahun umur. Semoga yang di hadapan baik-baik sahaja InsyaAllah.

Alhamdulillah jugak interview semalam went well. Jadual interview jam 9 pagi. Aku datang 8.30 pagi, dapat giliran nombor 16 out of 19! HAHA. Sekali masuk interview 5 orang, tapi lama dia mak aih, sejam lebih wa cakap lu. Aku dah penat menunggu sebab jadi group yang last sekali. Tunggu dari pukul 8.30 sampai kol 12.15 baru masuk bilik interview. Haha... Apa aku buat sepanjang menunggu? Usha phone dan kemudian buat kawan baru. Hahaha... Aku berkenalan dengan 2 orang budak perempuan ni. Sorang dari Alexandria University, sorang lagi dari Padjajaran, Bandung. Awal-awal kontrol lagi cakap pun tanya skema-skema jer. Sekali depa dua orang ni satu kepala daaa. Hahaha... Dari cuak-cuak dok menunggu, last-last jadi aksi sembang terhangat. Sembang macam-macam hal pastu gelak tak hengat. Takde dah nak behave-behave. Hahahaha... Pastu everytime bunyi pintu or bunyi loceng number giliran tu terus cuak tak tentu pasal... Hahahaha... Tapi ok la Alhamdulillah it all went very well. Dah dapat offer letter dah pun .Wee. Next kena settle kan medical check up, surat akuan sumpah bla bla bla before induction letter sampai. Adei tetiba rasa berat hati jer nak masuk kerja. Makkkkk, saya nak bukak kedai roti jer boleh takkk???


Die hard fan... Haha...

UNAIRs at Syamir and Kish's Wedding...

Pardon my eyes... Haha...

THIS!!!

Combination the old and new one... Translating my mind of terms from Indonesia to English. Phew...


Hrmmm. Ok lah. Rasa macam mengantuk pula. Tadaaaa!




-adios-



Thursday, 5 December 2013

Rain


Let the rain fall down
And wake my dreams
Let it wash away
My sanity
'Cause I wanna feel the thunder
I wanna scream
Let the rain fall down
I'm coming clean, I'm coming clean

-Come Clean, Hilary Duff

********************************

Because when the sun shines, we'll shine together
Told you I'll be here forever
Said I'll always be your friend
Took an oath, I'ma stick it out to the end

Now that it's raining more than ever
Know that we'll still have each other
You can stand under my umbrella
You can stand under my umbrella

-Umbrella, Rihanna

********************************

I want to let the rain come down
Make a brand new ground
Let the rain come down
Let the rain come down
Make a brand new ground
Let the rain come down tonight

-Let the rain, Sara Bareilles






-adios-

Monsoon

So the monsoon has come.
Do you know how it feel?
To feel the 60km/h wind crossing your face
To feel the rain heavily pouring on your head


Fuhhhhhhhhhhhhhhh.

Alhamdulillah. Aku terselamat dari banjir, dan dari terperangkap jalan yang banjir. Nasib baik Allah tolong. Perjalanan balik dari KL - Terengganu tanggal 3 Disember, Alhamdulillah selamat sampai. 

Perjalanan yang sepatutnya masuk pit stop kat Temerloh sebab nak tukar driver, akhirnya tak jadi. Sebab sebaik sahaja masuk Pahang, hujan non stop tak berhenti. Ayah pun konfem-konfem la tak bagi aku bawak. Hahahaha...

Sampai dekat Gambang, hujan bertambah lebat, lebat selebat-lebatnya. Jarak penglihatan hanya kurang lebih 5-10 meter ke hadapan. Ya, selebat itu. Dan ini berlanjutan sehingga masuk ke sempadan negeri Terengganu. Ironi sekali, tapi benar-benar terjadi.

Keluar dari plaza tol Jabor, kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba nampak dalam satu, dua kereta berhenti di hadapan. Rupanya jalan banjir. Untung ada lori besar di depan kereta kami, lantas kereta kami mengekori rapat di belakang lori, supaya air berpecah dan kedalaman ketika kereta kami melalui kawasan banjir berkurang. Alhamdulillah terlepas. 

Perjalanan dilanjutkan. Tak sampai 1 kilometer, sekali lagi di hadapan penuh kereta. Kali ni hampir 20 lebih kereta tersadai. Dan kelihatan 2 kereta mati enjin gara-gara masuk air. Ayah lantas membuat keputusan drastik, kita redah saja, dan kebetulan ketika itu satu lori berada di hadapan. Alhamdulillah sekali lagi kereta mengekori lori tersebut dan melepasi kawasan banjir dengan jayanya. Sesungguhnya kawasan yang kedua ini agak dalam berbanding yang kedua. Alhamdulillah kereta berjaya melepasi halangan ini. Hasil dari keempat-empat kami berzikir tanpa henti. Alhamdulillah.

Perjalanan dilanjutkan. Kali ini melalui daerah Kemaman. Sekali lagi banjir di hadapan. Mujur tidak seberapa tinggi dan masih boleh dilalui kenderaan ringan. Alhamdulillah selepas 7 jam ++ perjalanan, kami berjaya sampai di rumah. Ye, perjalanan 5 jam menjadi 7 jam. Gara-gara hujan lebat dan banjir.

Sesampainya di rumah, dapat berita bahawa jalan yang kami lalui tadi ditutup sepenuhnya. Jalan di LPT juga sudah mula dinaiki air. Padahal ketika kamu lalu di sepanjang LPT, jalan masih lagi baik, namun di pinggir jalan air mulai meninggi. Hujan memang selebat-lebatnya turun. Agaknya kalau di KL mungkin satu KL banjir besar. Bila di Kuantan dan Kemamn banjir besar, ada yang salahkan sistem perparitan. Sedangkan hujan yang turun memang betul-betul lebat dan ini berlanjutan selama lebih 24 jam. Jadi, memang logik kalau bandar Kuantan tu lumpuh terus. Allahuakbar, kuasa Mu.

Habis cerita banjir. Alhamdulillah dah berjaya dapat nombor pendaftaran MMC. Pagi tadi aku call SPA, hamek ko. "Ok. Interview on 10 Disember ye cik. Untuk dokumen yang dibawa rujuk website SPA". Huaaaaaaaa. 5 hari wei. Apa aku nak study? Habis laaaaa.....

Ok bai nak stidoooo...





-adios-




Thursday, 28 November 2013

Graduation Day

Assalamualaikum.

Hola! So let's start with the story shall we? Ehem.

So... on 7th November 2013, dengan selamatnya aku dan rakan-rakan seperjuangan disumpah menjadi doktor. Haha. Korang jangan main-main, depa sumpah junjung Quran tau. Kalau tak jalankan tugas sesuai dengan hukum syarak boleh dapat dosa woo. Wuwuu. Tapi takpe, InsyaALLAH aku akan jadi doktor yang menjalankan tugas dengan baik.

So, aku, ayah dan emak berlepas ke Surabaya on 4th November dari JB ke SUB. Sampai kat sana dah agak-agak petang. So lepas check in hotel jer, terus solat semua then malam tu keluar pi mall kat sebelah hotel tu, Tunjungan Plaza, then pi makan kat Rumah Makan Ibu Suharti(peberet ayah). Berapa banyak then daa... Aku baru 3 bulan tak menjejaki mall ni, tu diaaa, punyala banyak perubahan. Hahaha...

The next day on 5th November, lepas breakfast pagi tu, kami terus bergerak ke mall ITC untuk membeli-belah barang sendiri dan barang kiriman orang-orang lain. Memang satu hari kat situ jer, sampai ke petang baru balik, then kuar balik pi shopping and makan kat TP. Esoknya on 6th November, ayah and mak duduk saja kat hotel (tapi ayah sempat pi mengurut and mak pi beli buku sat), sebabnya aku ada rehearsal and taklimat untuk majlis graduasi.

On 7th November, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Haha... Lepas breakfast jer aku pi siap-siap bermake-up segala bagai. Dengan berbekalkan baju kurung plain bermanik yang dijahit sendiri(manik jer jahit sendiri), berkain songket, dan shawl yang diberikan oleh pokcik, maka, aku pun berangkat ke kampus keramat bersama emak dan ayah. Dan bermula majlis blablabla banyak-sangat-protokol-takde-maknanya-aku-nak-ingat-smua. Dah siap bergambar semua, maka selepas itu majlis penyumpahan pun bermula di Ruang Sidang A, tempat keramat yang paling terketaq kaki nak masuk every time kena masuk wuwuu.

And... Let the pictures speak... ;)


Detailing on my kurung...

Done!

The day... :)

With Dean and Prof(s)


With my favourite doc, Dr. Andria, Pakar Bedah Kanak-Kanak.


With my friends through up and down. Few tak dapat datang due to tugas-tugas lain.

The next day on 8th November, kami pun pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari SUB ke JB. Wee. And at the airport, tetiba ada sorang fruitmonkey aku bernama Hana datang membawa bunga kat arrival. Haha... Very the comel.. Thank u Hana, Amzar, Mamijah and Daddy Syah. :)


Yeayyy!

And lepas sampai airport JB, singgah rumah Mamijah jap, solat etc, then gerak ke KL menaiki kereta. And this is what I got masa sampai di Shah Alam. Thank you emak and Awa! :)


Flower from CikAwa and big teddy from emak. Another yeay!!!


And this is from Ilyaas, Imani, Kak Athi and Abg Lim when i visited them for kursus kahwin last week. Yeay, thank you!!! :)

And and... when I arrived in Terengganu, masa tengah khusyuk menjahit, tetiba ada truck mai hantar ni. Hahahaha. Another big yeay! Thanks pokcik. ;)

And for almost 6 years struggling in Meds school, I would like to say,

Alhamdulillah Thank You Allah for everything
Thank you Emak and Ayah for every single thing and endless support
Thank you family for supporting me all these while
Thank you pokcik for being there with me through up and down
Thank you friends for semua bantuan
dan thank you semua untuk doa yang tidak berkehabisan

ALHAMDULILLAH


My endless love. :)



"Dr." is not just a title, it's a responsibility towards people. This is not the ending, this is the beginning of the real "life". Good Luck Dr. Jannah!





-adios-




Wednesday, 27 November 2013

menyepi

Assalamualaikum!

Hola semua. Haha. Berapa kurun daa tak update blog. Hal ini adalah kerana aku busy gila, di samping malas mengarang dan menaip kerana laptop aku selamat berkubur. Alhamdulillah rezeki baru dapat, dah boleh update blog dengan jayanya. Ahaks.

Sooooo. Sepanjang blog ini selamat dipenuhi dengan labah-labah, banyak perkara yang telah terjadi. Dari trip pi Legoland, Graduation Day, Kursus Kahwin dan latest ni Zarifa baru lepas kuar spital and Chihwahwa kena denggi hari ni. Oh, and aku juga busy menjahit apa-apa yang patut untuk preparation wedding day yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Later kita citer satu-satu ok. Ada aku peduli korang nak baca ke tak? Hahahahaha...

Ok. Now aku nak set up satu blog untuk mak. Ok bai nak renung bintang jap cari ilham untuk nama blog baru emak.






-adios-

Monday, 14 October 2013

aidil zafuan zaquan adha

Salam aidil adha semua!

Alhamdulillah tahun ni aku bertakbir aidil adha di rumah setelah 2 tahun berturut-turut bertakbir di hospital dek kerana tugasan oncall. Alhamdulillah.

This weekend alhamdulillah first time dapat celebrate birthday fiancee. Pokcik kata dia tak penah celebrate bagai. Well, aku pon xde la celebrate sangat. Aku just baked Chocolate Cake untuk Pokcik. Tu pun sebab aku teringin nak makan. Lagipun Pokcik bukanlah peminat cake-cake ni. Akhirnya pack 2 bekas cake untuk Pokcik buat balik kapal untuk anak-anak buah dia.

Pokcik turun ganu since sabtu. Then ada la bawak dia naik river cruise TTI. Konon konon birthday treat tapi sebenarnya sebab dah taktahu nak pi mana kat ganu ni. Hahaha.On sunday, kami pi berbadminton dengan mak and awa. Heaven dapat berpeluh. After that pi makan-makan nasi arab kat Al Idrus sebab dah lama janji ngan dia nak bawak pi makan nasi arab. Then pi main boling satu game which Pokcik menang very the tipis dan beliau sangat eksyen. Lepastu nak bawak Pokcik pi makan sotong gunting unfortunately tempat tu penuh manusia dan harapan musnah begitu sahaja. Akhirnya pi makan kat tempat tak sedap. Haha. It's ok pokcik next time kita pi ok.

So there goes my weekend. Spending time with my love one. Alhamdulillah Thank You Allah.

Anyway anyhow I would like to wish HAPPY 28 BIRTHDAY TO MY POKCIK! MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS AND FOREVER. AND MAY YOUR FIANCEE BECOME MORE PRETTY BEAUTIFUL CUTE SOLEHAH PANDAI PINTAR BAIK ANGGUN JELITA BLABLABLA. INSYAALLAH AMIIIN.


Mandy Lamb.

Chocolate Cake. Baked with lovesssss.HAHAHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Pokcik, Nanny dan anak. EH? HAHAHA...



-adios-


Saturday, 28 September 2013

Membunuh masa


Hola. Hrmmm. Dua tiga menjak ni entah lah. Haha.
Aku sekarang sambil menganggur sambil main game ni. Prognosis. Memang bagus sangat untuk mengasah kembali otak yang dah berkarat di sampjng belajar medical term in english. Memang sesuai la sangat. Yang lagi best game ni everytime lepas solve satu case, kita boleh baca discussion sekali. So memang best. Sila la download game Prognosis untuk sesiapa yang berminat. Free je kat apps store. He he.





Aku baru first time try makan mende ni. Muak gila. Haha. Memang la aku ni layak dok kampung jer. Hahaha.








Ok bai.






-adios-

Friday, 27 September 2013

Monolog

I know I am nothing like you.

I don't care about winning or losing.

I don't even want to be in your race at the first place.

And I hate to be compared too.

Not every single thing in life you have to tell the world.

And for that yes, some words are better left unsaid.

And let it remains just a secret.

A DARK SECRET.






-adios-

Tuesday, 24 September 2013

mistik

Ho ho ho horlicks.

Pada suatu hari, aku duduk  di rumah ayah aku yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku tidaklah keseorangan melainkan sedang membaby-sitkan anak-anak sedara aku yang bernama Hana dan Amzar. Ketika itu abang ipar aku sedang menghantar kakak aku untuk mengajar di UTM space.

Pada petang itu, angin kipas rumah di kondo itu bertiup sepi-sepoi bahasa. Dan ketika kakak dan abang ipar aku berangkat, baru sahaja selesai azan maghrib beberapa minit sebelumnya. Lalu setelah lambaian baibai mommy daddy diberikan oleh Hana dan Amzar kepada Mommy dan Daddynya, aku menutup pintu dan kemudia kanak-kanak ini bermain lego.

Setelah azan berkemundang di Astro Oasis, zikir-zikir dialunkan, lalu terpaparlah rancangan Rasa Halal Oriental(kot) yang dihoskan oleh Raja Farah dan seorang lagi hos lelaki yang tidak dikenali. Menarik juga.  Mereka berkunjung ke Tokyo Jepun. Mereka pi disneyland dan uss di sana. Huntung ler orang taja.

Sambil menonton, aku melayan kerenah dua orang fruitmonkey ini. Mereka riang ria sendaloka bermain lego. Ketika itu, Hana tiba-tiba terdiam. Dia memandang di sebelah aku sambil tersenyum aneh. Kemudian dengan selamba dia berkata, "Cikana, ghost!". Lalu aku memarahi Hana, "Haip, cannot say that!". Dan Hana membalas, "Uncle... Uncle...". Aku mengabaikan kata-kata Hana sambil mengalih perhatian Hana ke TV yang sedang memaparkan tentang Disneyland.

Setelah beberapa ketika, iklan ditayangkan. Dan Hana dan Amzar kembali melompat-lompat kegirangan. Tiba-tiba................. Hana terdiam. Dia memandang ke arah dapur dan kemudian menoleh ke arahku. Dengan muka agak saspen Hana berkata, "CikAna, there's people inside the kitchen".


Erkkk. Aku menoleh ke dapur. Tiada apa-apa bayangan yang aku dapatkan. Dalam hati ini sudah menyumpah seranah dafuqqqqqqq, lalu teringat bahawasanya adalah berdosa untuk mencarut. Apatah lagi untuk hal-hal seperti ini. Lalu aku beristighfar. Mencari idea apa yang harus dilakukan jika aku ternampak bayangan "itu".

Aku menelefon kakak aku. Katanya masih belum sampai ke tempat tujuan. Bermakna masih ada perjalanan balik untuk abang ipar aku tempuhi sebelum sampai ke rumahku. Damn. Lama pulak.

Untung tiba-tiba Raja Farah muncul di TV kembali. Lalu menceritakan pengalaman ke USS Jepun. Untung juga ketika itu terkeluar dua ekor ikan jerung ketika  Raja Farah berjalan-jalan di USS itu. Lalu Hana dan Amzar kembali ke kaca televisen. Syukurlah.

Tak lama selepas itu, TV kembali menyiarkan zikir-zikir dan Asmaul Husna kerana Isya sudah mahu menjelma.
Dan tidak lama selepas itu, abang ipar pun kembali ke rumah. Syukurlah.








Persoalannya. Siapakah hang berada di dapur pada ketika itu?














Jangan biarkan diri anda diselubungi...













Misteri....











-adios-









Monday, 23 September 2013

Demam

Hola.

Aku kepala tingtong. Nampak bintang wooo. Walaupun aku sekadar melihat ke siling. Hrmmm

Aku tadi pi spital Columbia Asia Kota Kemuning. Bawak zahra. She fell down last week. And tadi bibik said tangan dia bengkak. Aku memang tak check tangan dia masa die jatuh hari tu. Tau-tau dah bengkak. Then aku check macam biasa la. Dari look, feel and movement. Look memang ada swollen la. And she feel pain too but the ROM okay je. She can move her wrist and hand very well. Then aku just bagitau abgmin and kak ezri if nak selamat then just buat xray. Just untuk selamat la. Coz back then when I'm in meds school memang standard procedure depa buat je dulu xray untuk case yang jatuh camni. Zahra punya conditon masa jatuh tu wrist die memang menahan berat dia. Boleh imagine tak maksud aku? Pandai-pandai la. Haha.

Then masa pi spital tu pi kat emergency je la since dah malam kan. Then sorang MO chinese ni datang check. Die check ROM semua okay then die cakap no need xray. If the bone broke pon so what? MO tu cakap camtu. Because yes zahra is still 6 year old child and child bone memang still elastic and cepat recover from patah. But then still. If u know child punya bone patah u still need to know what kind of it, what suitable treatment bla bla bla and u dont simply just let it heal itself... Entah la. I'm not saying that doctor is wrong, either am I because standard procedure memang lain-lain. Masa aku keje kat spital kat surabaya memang kena xray. Even case yang biasa macam ni. Tapi maybe standard procedure kat Malaysia ni lain kot.

And it turn out to be just swollen muscle cause after we put analgesic cream on her hand zahra feel better and swollen muscle pon dah mengecut. Itu pun beli kat farmasi sendiri. That MO prescribe nothing. Pfftt. My concern just one je because nobody saw her swollen muscle since she fell until this evening. So i dont know if tangan dia baru bengkak or macam mana. If baru then that must be something wrong inside. And we cant simply just massage that if the problem come from the bone.

To conclude, whatever it is zahra's hand dah better. And to that MO, u should learn to speak properly to patient. You work at private hospital for God sake. People pay for that.







-adios-

Wednesday, 18 September 2013

nanny

Hello. I'm back. Tak brape boleh nak update pasal laptop tak pi baiki lagi. Busy lagi.

Just came back from north trip. Went to Penang, Tronoh, Cameron Highland, Ipoh bla bla bla. And now back at Kota Kemuning for baby-sitting my little precious Zarifa. Mean while, siapkan beading untuk baju convo and online survey untuk apa-apa yang patut. 

Been thinking of lotsa wedding outfit design but heck, I'm really not into fashion, style bla bla bla. Somebody please help me to find out the suitable design for me. Wuaaaaa.

Pokcik went off shore again today. Spoke with him yesterday. Too many things to be settled. And I actually planned to settle at least 60 percent of my day preparation before I start working. But then... I'm a busy person. Haha tetiba. Hopefully semua ok InsyaAllah.

Ok lah rasa macam mengantuk tapi entahlah macam boring pulak tido.


-adios-




Sunday, 8 September 2013

Three year old Dell

hola.
aku menaip dari tab. sangat tidak best. asyik kena back space pasal typo. haiya.

dell aku yg berumur tiga tahun sudah menunjulkan tanda-tanda penuaan yakni dia dok asyik hang kat start window. haish. sabaq je la. harap-harap dell cepat pulih.

pasai sungguh banyak memori yang belum di transfer ke harddisc aku. tolong behave ye dell. kesian la dekat saya yang belom start apply kerja pon lagi pasai takdak salinan ijazah. please, jangan hampakan harapan negara.









-adios-

Monday, 2 September 2013

Review

Hola.

As I promised before, hahaha. Aku bagi sikit saja review la. Kot. Sikit la sangat.

Okay. So motto untuk engagement aku adalah :

Caca marba - simple - jimat - janji cepat habis - sebab aku pemalu

Panjang gila. Ok. Penggunaan warna aku adalah dark purple dan biru. Kali ni aku banyak settlekan sendiri dibantu emak dan kakak aku. Pendek review dia macam ni la kira. Layan gambar dulu.


Ketibaan tetamu dari TM.
 



Senyum lebar sambil ketawa kahkahkah pasal ada suara sumbang tanya "Muat tak cincin tu wei?" Kuang hasam punya abang. Apsal tak wat announcement terus? Haha...

Bersama wakil ladies dari HD.

Wakil dari TM.

Hantaran daku caca marba.

My Love always and forever.


1. Outfit :
Baju kurung moden biasa. Tailor biasa yang jahit. Lace baju dari Jakel. Beads beli kat Mega Lace. Lace and beads jahit sendiri. Senang. Mudah. Kemas dan rapi. Haha. Tudung plak amek tudung masa beli kat Indonesia dulu yang dah beberapa kali pakai. Veil plak suka hati aku pakai halfmoon harga 25 hinggit beli kat Giant. Hahahaha... Total damage : RM 100+- sahaja. Sekadar info dari orang yang tak reti berfesyen segala : Sila jangan buat kain lipat depan kalau dah tau kena duduk bersimpuh. HAHAHA. Too hudus hokeng.

2. Hantaran :
Barang hantaran paling senang cerita. Pokcik serahkan semua kat aku. Dia tinggal bagi bajet, yang lain aku uruskan. Haha... Kecuali cincin la... Dia dah lama belikan dari sebelum merisik lagi. Untuk hiasan hantaran, aku guna bunga crepe. Nampak macam real, tapi sebenarnya kertas sahaja. Haha. Aku start melipat bunga-bunga tu before aku balik Surabaya lagi. So masa puasa hari tu aku tinggal lengkapkan sahaja. Buat macam bouquet dengan menyelitkan manik-manik. Belasah saja. Janji nampak la rupa hantaran. Haha. Malam sebelum majlis, Kak Jah tolong aku finalize. Ye dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar di atas. Simple dan caca marba. Ada aku kesah? Hahaha.

3. Pelamin :
Aku takdak pakai pelamin ke apa. Just backdrop tu pakai langsir rumah jer. Haha. Kejadah la aku nak amek pelamin bagai untuk majlis beberapa minit. Cukup la ada background untuk bergambar. Haha.

4. Doorgift :
Just bagi candies dalam tupperware (banyak lebih masa kawen abang aku dulu), kacang and kipas kecik, then letak dalam paperbag blue and purple. Sticker kat tupperware tu tempah kat Surabaya. Murah, cepat dan jimat. Haha.

5.Catering :
Ayah tempah dengan kawan dia. Nasi minyak hujan panas. Ayah yang uruskan. Aku tak amek tahu. Haha.

6. Make-up :
Aku amek dengan anak gardener kat rumah. Mak Andam. Dapat special price. Tak kisah la cantik ke tak make up tu. Janji natural beauty tu dah ada. Hahahahahahahahahahaha. Ada aku peduli kalau korang nak muntah? Hahahahahahahahaahahaha...

7. Photographer :
Aku tak upah sape-sape since cousin and uncle aku ada peralatan yang memadai dan boleh amek gambar indoor dengan clear. Haha.

8. Cake (untuk hantaran) :
Kat ganu ni now dah banyak tempat untuk tempah cake cantik-cantik. Unfortunately, ramai yang tak berani amek risk dan amek job untuk tempahan raya ketiga. Takut tak sempat katanya. Aku dapat solution iaitu order dengan sorang tokei kedai kek yang famous kat ganu ni sebab dia kawan ayah aku. Tapi seriously, itu adalah kali terakhir aku tempah cake dengan kedai tu. Dulu masa abang aku kawen pon kedai ni buat hal. Masa aku tunang ni pon sama. Padahal dah tempah dengan tokei dah. Pon sama jer service. Teruk. Tak kesah la berapa cawangan pon yang ada, kalau service teruk tak guna. Kedai tu bermula dari huruf Z. Cawangan dia merata-rata kat ganu ni. Famous jugak. Tapi lately famous dengan cake basi. Haiya. Emo gila. Haha.

9. Sireh (untuk hantaran) :
Tempah dengan Ann dari kedai bunga Melia. Daun sireh kami kutip kat pokok masa raya kedua then hantar kat rumah dia ni.Then mintak Ann ni decoratekan dengan fresh flower. Cantik sangat sirih tu. Sesuai dengan theme colour. Biasa sirih mak buat sendiri tapi disebabkan kali ni pack dengan raya lagi, so, tempah jer senang. Tapi kesian jugak kat kedai bunga tempat Ann kerja ni, sebab baru-baru ni terbakar. Hangus.

10. Hand bouquet :
Kalau perasan, aku ada pegang hand bouquet. Dan kalau korang lagi perasan hand bouquet tu dah nak hancur. Haha. Tu hand bouquet masa abg aku kawen hari tu. Aku recycle pakai balik. Haha.


Tu je serba sedikit pasal majlis tu. Tak kisah la orang nak cakap apa. Janji semua tu tak perabih banyak duit. Recycle sahaja. Takyah susah-susah pikir. Haha. 


Kesimpulannya, ALHAMDULILLAH majlis berjalan lancar. Dan semoga perjalanan ke depan lancar-lancar sahaja hendaknya. Serahkan kepada Allah. Dia penentu segala-galanya. :)


Apa pandang-pandang? Tak puas hati ka?







-adios-



Hilang

Hola.

Huaaaarggghhh. Ngantuk gila. Aku baru lepas belasah durian yang Pokcik bawa dari TM semalam. Kesian CCH habis bau durian, bakal menantu punya pasal. Eh mana ada, abah yang nak kirim kat "Yana". HAHAHA. Tapi memang terbaik la durian-durian tersebut. Aku pun dah mabukkkkkkkk. Hahaha.

Btw, banyak event plak bulan Syawal yang mulia ni. Raya - Engaged - TM - South Trip - Kapas Trip - Cousin's Wedding - North Trip. InsyaAllah, nanti-nanti lah aku update pasal apa yang aku cakap aku nak update. Haha...

Busy lagi ni. Preparation convo banyak lagi tak settle. Baju aku blom start pape pon lagi. Haha... Preparation wedding apetah lagi. Malas wei. Haha. Ok poyo.

Ok bai kepala pening.



-adios-


Sunday, 18 August 2013

Tea or coffee

Growing up and being an adult is not easy. Making choice(s) on life is not like making choice between tea or coffee. Or perhaps beef or chicken.

It is like choosing one antibiotic among hundreds of them, and once you choose, you gotta be prepared of what reason(s) do you stand for.

Yes, life is hard. Only if you choose not to manage that very well.

And on my personal note, I didn't choose to grow up, but I chose to be matured as possible as I could.

After all age is just a number, maturity is a choice.


P/s : From LPT with lovesssss.



-adios-



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 14 August 2013

Well Said

It is true what somebody told me,

Heart broken cause words are left unsaid...

And just when it is all well said,


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karna bagiku engkaulah nyawaku

Karna bagiku engkaulah nyawaku



Never thought that you're soooo.... jiwang! HAHAHAHA.


But I really do appreciate that, very much! Thanks. :)




-adios-





Tuesday, 13 August 2013

Raya 2013

Alhamdulillah. Today dah masuk Syawal ke enam. Tapi aku belum start puasa 6. Haha. Ayah dah dapat 2 hari dah. HAHA. Takpe, later aku follow InsyaAllah.

Anyway anyhow, alhamdulillah raya kali ni best. Dikelilingi semua orang tersayang dari 29 Ramadhan sampai ke Syawal ke 4. Dan alhamdulillah juga Syawal ke 3 hari tu I'm engaged to Pokcik. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan urusan untuk tahap yang berikutnya, InsyaAllah.

Aku bercadang untuk buat review for my engagement since aku terhutang budi kepada banyak blog-blog Bride to Be yang secara tak langsung sangat membantu dalam proses mencari idea untuk majlis yang tak seberapa ini. Haha. Tapi takde la detail sangat review. But at least, if people search for the idea, I might help them with those review, InsyaAllah. Tapi tengok la dulu pasal aku dalam stage beraya lagi ni. So cam malas sket nak ber-blog. Tak janji gak okeng sebab aku seorang yang pemalas. Hahahahaha...

Sakit perut plak. Lenkali sambung. Till then, toddles!



Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.


Alhamdulillah...


Ignore the tembamness. Cause the happiness is all I'm searching for. Thank You Allah. :)








-adios-




Thursday, 8 August 2013

Eid Mubarak

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang! Haha...

Maaf Zahir dan Batin kalau ada salah silap.

Enjoy raya!









p/s : 29 Ramadhan. 2 years. Al Fatihah to Syaiqkal Hashfee Adam Syariff. I miss you. :'(




-adios-




Sunday, 4 August 2013

Meet Cico

Hola. 

So I've met Cico this evening. It's actually Ciko but I refused to call it Ciko since the name is too hilarious. If you watch Jutawan Fakir, you know what I meant. HAHAHAHAHA. Laugh my ass off. Shut up!

Me and Pokcik went to Epul's house this evening to pick Cico up and bring him to his new home in TM. Cico is a two month old kitten. He's very cute, hyperactive, and shy-shy cat, and he reminds me of my best friend's cat, Milo back then when I was in Surabaya.

To be honest, I'm not a big fan of cat(s). I learned to touch and hold those cat from my bestfriend, Fun and Eva. Both of them are hard rock big fan of cat. The first cat I hold was Milo and only after that I managed very well to touch and hold any cat. But still, Pokcik said I'm a lil bit kekok when I hold Cico just now. HAHA. But hey, atleast I am brave enough to hold that. Hehe.

So here's the picture of Pokcik's family new pet, Cico. Enjoy!



This is Cico on back seat. Staring at the sky. Don't know where he belongs. Haha.



This is Pokcik multitasking skill: driving while holding Cico all the way to TM from KT. The good thing is Cico slept almost all the time! HAHA.


This is Cico in Pokcik's house in TM. He wants to play with those sugar glider but too bad those sugar glider are too fierce. Pity Cico. Sabar eh, life is hard emang. Sobs.



That's all about Cico story. Looking forward to see Cico real soon. Wait for meeee Cico! Nak signnnnnnn! HAHAHAHAHAHAHA.



p/s: Still not a pet person. Haha.




-adios-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...