Nursing


Thursday, 29 November 2012

malaysia story

hola. 

aku baru belek-belek entry-entry aku last year. i think I'm losing my writing skill. damn. haha. 

berbalik kepada malaysia story. hari tu hujung minggu aku balik. setelah 11 minggu tak balik. HAHA. bukan apa, aku stress tingkat tinggi ketika dalam surgery rotation, jadi aku perlukan masa de-stress. wahaha. takde. well, suka hati aku la nak balik ke apa. jangan sibuk. haip!

so aku balik hari jumaat malam, sampai airport around 9.30pm. awa amek kat airport kol 10.30. aku sampai tu, aku call dia, dia baru nak masuk highway dari cap ayam(shah alam). naseb la aku ada janji ngan kakak pokcik nak bagi and settlekan bayaran kain-kain dia kirim hari tu. so, ada la jugak peneman sampai awa datang memunculkan diri dengan kereta barunya yang kotor itu. kui3. malam tu aku tido kemuning utama rumah mamu min. sampai pon dah kol 11 lebih malam. seperti biasa kena tazkirah lewat malam dengan mamu kerana sampai lambat. -__-" tapi bestnya, mamu and mami girl dah beli nasi kandar as dinner kami. wahaha. gila kol 11 makan nasi. hahaha.

esok pagi bangun awal, dan bergerak pi makan roti canai. pergh, puas hati makan roti canai sebijik, roti planta sebijik, kuah banjir ngan teh ais di pagi hari. haha. nikmat sat. berzaman dah tak makan kari mamak. huhu. pastu balik rumah dan bermain dengan Z & Z. zulfa skarang dah makin active dan sangat banyak cakap. padahal last time aku jumpa masa raya, dia masih lagi eksyen dengan aku. wahaha... now dah boleh nyakat-nyakat dah. nak gigit je rasa. ngap.

pastu, aku and awa and zahra kuar pi bagi mandi kereta awa yang kotor itu. kui3. bagi mandi kat kedai boyfriend zahra. haha. pastu gerak pi tesco shah alam sebab nak cari t shirt best. skali skali, hampa, bukan macam t shirt yang aku nak. takpe. then gerak balik pi rumah mamu, dah ada mamijah dan monkeys yang berdua itu, hana dan amzar, ada ayah dan azie dan juga pokyeng, umie athi dan ilyaas menunggu di sana. weehoo! mamigirl and emak mamigirl cooked nasi tomato ngan dalca ngan ayam pedas sedap gilos sehingga perut full makan.


keta cikawa mandi...


lepas kenyang dan membuntatkan perut, solat sat then gerak pi setia city mall. haha. aku tak beli papepon kat sini. mamijah yang borong banyak. aku, ayah, azie, awa, pokyeng, umie athi dan ilyaas hanya melayan juice dekat boost ke apemende ntah then beli durian puff. Ya Allah sedap gila durian puff tu, serious tak tipu. kami beli 3 kotak ada 8 biji dalam setiap kotak, makan ramai-ramai! pergh. terangkat.

pastu, kami pon bergerak balik ke rumah sentul, dan kemudiannya bersiap-siap untuk melantak lagi skali kat Bombay Palace. kat sana, skali lagi kami melantak makanan india. shrimp vindaloo, saffron rice, tandoori chicken, kambing apemende ntah, papadom dan macam-macam lagi. gila. kebuntat gila. balik-balik rumah, semua orang kol 11 dah tertido jadi ular sawa pasal kenyang sangat. haha.










muka hana kena tutup ngan peace zahra. tengok zulfa, nakal gila muka. haha...


esok pagi, pokyeng, umie athi and ilyaas beli nasi lemak and roti canai. makan di rumah, then siap-siap kuar pi jusco setiawangsa. dan disana, saya telah memborong macam-macam. baju dan kasut. dan disana jugalah saya bergayut telifon dengan emak tercinta. hihihi... lepas tu kami bergegas pulang ke sentul, kemas-kemas barang, then pi uitm main campus untuk amek vip pass untuk convo awa. first time masuk campus uitm. damn it, best gila suasana campus. campus aku kat sini tak nampak macam campus langsung. haha. bersyukur la sesiapa belajar kat malaysia tu. library pon best. meh datang tengok library aku camne. huhu.

balik dari uitm, singgah rumah mamu min, nap sat then gerak pi giant kemuning plak beli stock makanan nak wat balik sini. dah abeh shopping, balik-balik terus kemas-kemas barang, mandi, then gerak pi airport. flight kol 8.45pm. punya la happy pasai 8.15pm dah panggil masuk. skali delay dalam aircraft dekat nak sejam gara-gara pax tak masuk, then kena kuarkan bag. lama nak mampus. akhirnya, aku pon pulang la ke surabaya, sampai rumah kol 11++pm surabaya time, dan pada hari isninnya, aku ke klinik desa untuk berkhidmat kepada masyarakat.

kesimpulan dari cerita ini, aku balik untuk berjumpa keluarga dan MAKAN. haha ha ha ha habis cerita. akhir cerita, aku rindu ngan depa ni. huhu.


kaqak ajane ngan ayadh...

gigit kaqakkkkk...
  
ilyaas and zulfa...






p/s : rindu smua huaaaaa...





-adios-





1 comment:

  1. hoyyeeehhh
    lupa nak buat entry bombay. satgi nak buat.

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...