Nursing


Tuesday, 6 November 2012

Homesick

A day before I went back to surabaya, aku tido petang kat rumah, depan tv, mak tengah tengok crite hindustan zaman dahulu. Tau la kan sound lagu crite dulu2 camne kan. Aku bangun dari tido petang tu, bangun dengan perasaan massive homesickness. Padahal masa tu dah kat rumah, mak pon kat sebelah. Tapi still rasa macam tu. Mungkin sebab berfikir, esoknya dah nak balik surabaya.

Bayangkan hari ni, aku terlelap sebelum keluar pi spital untuk oncall. 30 minit nap, dan aku boleh mimpi hospital environment, dan nap 30 minit tu yang sepatutnya menghilangkan lelah, akhirnya menambahkan lagi rasa lelah, sebab dalam mimpi tu, aku sedang berkerja. Dan ketika itulah, perasaan homesick datang bertubi-tubi. Benci gila feeling tu. Buat duduk tak senang.

Sekarang aku duduk kat cafe ER 4th floor. Ambil makanan yang disediakan untuk doktor dan doktor muda. Bukak makanan, lauk telur masin, tempe, kuah lodeh dan keropok. Ambil keropok, kembali tutup kotak makanan. Order air oren, hirup. Now, rasa nausea. Bila tengok lauk makanan menyedihkan, lagi la bertambah-tambah rasa homesick.

Esok ada discussion dengan prof PR. The greatest TCV surgeon in Indonesia. Esok juga ada discussion dengan sorang lagi specialist. Tetiba plak mintak untuk buat one case report untuk discussion. Satu group hari ni semua jaga. Entah sempat siap atau tidak. Haish.

Apa nak jadi, jadi la. Serahkan kat Allah.

Sekarang tengah merenung ER dari tingkat atas tempat OT. Full House. Sampai tak cukup tempat, depa apar tilam. Fuh. First time tgk ER full camni.


Bai.



-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...