Nursing


Friday, 9 November 2012

#4 Travel Indonesia : Tips and tricks in Indonesia.

assalamualaikum. salam sejahtera. sekadar pengumuman. aku exam hari rabu woi. palpitation bermula sekarang. lup dup lup dup lup dup.

okay. disebabkan kakdilah mahu berangkat ke Bandung pada ahad ini, beliau meminta begitu banyak sekali tips ke Indonesia (especially Bandung) yang malas aku tuliskan dalam whatsapp lalu aku tuliskan di sini.

so... kite start now...

1. LCCT (ni kalau travel naik airasia, if naik mas, dah biasa kan korang semua)
  • sila sediakan passport, boarding pass(make sure dah web check-in) dan make sure berat bag semua dah dibeli masa tempahan tiket pesawat online.
  • datang awal ke lcct, 3 hours before flight. sebab kalau just nak drop baggage je pon, it takes time dan kena bersabar dengan some of them yang suka potong queue yang akhirnya membuatkan aku maki macam harom (tanya kak yaya kalau tak caya).
  • lepas check-in, boleh lepak2 dulu, then masuk dalam departure hall. biasa takde masalah untuk lepas imigresen dan security.
  • tunggu kat gate yang ditetapkan. bila gate tu bukak untuk boarding, biar je orang lain beratur dulu, then tengah2 tu, kita beratur then bila nak jalan menuju ke aircraft, sila lakukan pecutan maksimal sebab kalau naseb tak baik,  seat anda orang lain yang amek. especially flight to indonesia. take note. oh, jangan lupa tengok aircraft tu park kat bay berapa supaya tak tersalah naik flight.


2. In-flight
  • matikan telefon bimbit anda. wahaha. tips bengong. tapi jangan terkejut, flight pi indonesia ni, nak take-off pon slalu bunyi phone. pasrah jer la.
  • kalau lapar, beli makanan. kalau nak souvenir, pon jugak, beli je la.


3. Landing at the airport (indonesia airport)
  • usually, aircraft belum sempat park, orang-orang sini dah berdiri sebok nak kuar, sekali lagi, pasrah je la. jangan maki, sebab tambah dosa.
  • untuk lepas dari imigresen, tak susah, as long as ada return tiket, tunjuk je. kalau pegawai tanya nak wat apa datang, cakap je "saya nak cuti". depa paham je bahasa melayu pasai bandung and jakarta tu ramai orang msia datang. kalau depa tak paham, cakap camni, "liburan dong pakkk, nyantei2"...
  • masa nak amek bag, haa, ni kena jaga2, sila ambil sendiri trolley untuk letak bag. kalau ada orang offer atau tetiba datang bawak trolley, senggol-senggol anda, buat bodo je, tetap amek trolley dan tunggu bag kita. sebab orang-orang tu bekerja untuk bawak bag, and kita kena bayar sampai la ke kereta.
  • make sure amek transport yang memang diyakini sepenuhnya. contoh kalau kat airport surabaya, depa ada taxi and travel airport nama KAHA. ni memang selamat 100%. tempat-tempat lain, aku tak pasti.


4. Around the place
  • safety : jaga passport dan bag anda. diulangi, JAGA elok2. since banyak case especially tourist in Bandung and Jakarta,yang hilang passport and duit (penah ada yang dekat RM 5000 hilang sebab bag kena toreh). so sekali lagi diulangi JAGA bag anda. bagi yang lelaki, dilarang simpan wallet dalam pocket seluar bahagian belakang. sangat berbahaya.
  • shopping : ketika mahu shopping, jangan la buat kerek dok speaking english bajet cam kita ni tourist sangat. kalau boleh, speak bahasa melayu baku pon okay (bahasa baku kita somehow sama ngan bahasa orang-orang sumatera cakap). kalau mahu tawar menawar, bagi je harga yang paling rendah dan logik yang boleh fikir, jangan buat macam kita nak sangat barang tu. kalau misalnya kita takde intention nak beli, jangan la sibuk nak bertanya dan tawar-menawar harga sebab kadang-kadang ada yang jenis sampai lubang cacing die kejar korang paksa soh beli. the best tips : kalau ada translator atau someone yang boleh berbahasa indonesia dengan baik, lagi senang. pandai bahasa jawa, lagi senang dan tak kena tipu, especially bahasa jawa kasar sebab orang pulau jawa yang paling power adalah yang boleh berbahasa jawa kasar. kui3. kot la. ni member aku kata.
  • transport : untuk transport around tempat yang dikunjungi, sebaiknya korang dah plan skali dengan tour and travel untuk mengelakkan ditipu oleh teksi-teksi tempatan. pengalaman selama 2 kali ke bandung, taxi depa suck. seriously. surabaya is much better than other places in indonesia if part taxi-taxi ni. tak caya, tanya la ayah aku. haha.
  • money exchange : sebolehnya tukar la duit dulu kat msia, walaupun agak rugi. nak tukar kat sini pon okay, tapi cari money changer yang bleh dipercayai dan rate tinggi. rate sekarang Rp 3050 = RM 1. so nanti kalau confuse nak kira harga barang ke apa, harga barang yang berjuta-juta tu, bahagi je dengan 3050, then dapat la amount dalam ringgit. 
  • factory outlet : since di bandung especially, ada banyak gila factory outlet, sila cari dan usha semua factory outlet (kalau boleh), before beli. kat bandung, factory outlet terletak di Jalan Dago. so sepanjang jalan tu, kiri dan kanan, banyak gila factory outlet yang boleh dikunjungi. benda yang tak best adalah, tempat tu outdoor, and kedai dia sebijik-sebijik. so you gotta wear something flat on your feet or else, kaki anda merana. and outdoor tu bukan macam kat JPO ke apa, outdoor depa tu, tengah-tengah jalan, ada kereta semua. ha ha ha. and before beli, check dulu, harga and kualiti barang. somehow, barang factory outlet depa takde la factory outlet sangat, ada jugak yang ciplak punya barang, tapi harga mahal. so again, tengok la rasionaliti kualiti, harga dan kuantiti before beli.
  • kain-kain etc : yang ni aku tak reti nak bagi tips sangat. kalau kat surabaya, senang pasai aku dah tau kedai apa yang okay and kedai apa yang cekik darah. kalau kat tempat-tempat lain, aku takleh bagi komen sangat. yang pasti, kain lace murah! haha. ok serious. yang pasti, pandai-pandai la tawar-menawar dan tengok kualiti dan harga. the last time aku pi bandung, member aku pegi tempat depa jual-jual kain tu (lupa nama), member aku kata harga jauh lagi mahal dari tempat yang aku selalu pi kat surabaya. apetah lagi kalau depa tau kita malaysia, wassalam. harapan lah nak harga murah-murah.
  • makan : haaaaa. part makan-makan ni no hal sangat kat indonesia. make sure jangan masuk kedai yang ada babi sudah. contoh : sate babi Halim. hahaha... abglim jual sate babi. kui3. takde. jaga-jaga bila makan kat food court as usually food court depa main campur je jual babi ke tak jual babi ke. so, better amek kedai makan yang betul-betul kedai makan, and make sure takde jual babi or pakai minyak babi. untuk makanan tepi jalan (terutama kalau anda tengah lapar ketika shopping di jalan dago), kalau perut anda belum terbiasa dengan makanan-makanan tepi jalan, sila jangan beli. kalau perut anda macam perut kami yang dah terimmune dengan makanan-makanan sini, takde masalah. paling teruk pon sakit perut 2 kali buang, settle. tapi kalau cam baru-baru datang sini, 10 kali buang sehari! HAHA...
  • simcard : untuk memudahkan anda, activekanlah roaming anda sejak dari msia untuk kemudahan tanpa batas. hahaha... kalau takleh roaming, or rasa roaming tu mahal, boleh beli simcard dekat sini. kalau bleh, jangan beli kat airport. harga mahal, tapi kredit takde. beli la simcard dekat tepi-tepi jalan ke dalam mall ke, murah sket. yang aku recommend : axis. axis ni call msia murah, and untuk pakej internet dan blackberry, jauh lagi murah dari service provider lain. biasa kalau beli simcard baru kat sini, standard harga Rp 10,000 dengan isi kredit kat dalam around 3-5k. jangan tanya kenapa, sbb aku pon taktau. if beli simcard baru, lepas beli, tanya kredit ada brape kat dalam,  terus pasang dan check kredit, betul ke tak, kalau tak cukup, maksudnya penipu la tu. demand je soh tambah kredit tu. lepas dah activate, tambah jer kredit. biasa 20-30k dah cukup untuk duduk 3,4 hari kat sini. oh ye, kalau nak beli kredit, ckp "sy nak beli pulsa". Pulsa = kredit. and usually depa jual kredit tak sama dengan harga kredit sebenar. contoh, nak kredit 10k, depa akan charge 12k. tu memang macam tu sistem depa kat sini.
  • solat dan waktu : waktu kat sini around 4am camtu dah subuh, and around 5.45pm dah maghrib. untuk surau, dont worry, almost every tempat ada surau, korang just tanya je. bereh.


5. Going back
  • datang awal ke airport. i repeat AWAL!!! jalan kat indonesia ni sangatlah jem wa cakap sama lu. bandung and jakarta especially. super duper jem. jauh lagi parah dari KL. seriously.
  • again, sila make sure tiket semua dah sedia, passport, barang-barang dah pack dengan baik, dan baggage pon dah dibeli (kalau travel dengan airasia).
  • santai, lepak dan relax je lepas drop baggage semua. if nak shopping kat airport pon no hal kalau nak habiskan duit (ni ayah slalu buat).
  • masuk flight dan bertolak balik lah. sayonara!


6. Emergency
  • bawa duit lebih, paling tak, kad atm yang bleh digunakan worldwide. atleast time emergency senang nak kuarkan duit.
  • bawak ubat diarrhea! haha... incase kena serangan sakit perut.
  • untuk info kedutaan malaysia di jakarta, klik sini.


7. Enjoy and have fun!



8. Untuk tips kentut secara diam
  • tanya pada yang pakar : ayah, pokkeng dan daddy syah.




sekian dari bilik berita. ada soalan, tanya kat komen.






-adios-

3 comments:

  1. Bagus tips2 nie!! Nak print senang nk pakai.. Bwak byk pesanan org nie.. Especially kain.. So x mo kena tipulah gini..hehehehe.. Pulsa ada buk?? Hehehe

    ReplyDelete
  2. This is super great :) Looking forward for my trip to Indonesia this September. Thanks for the tips ya!

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...