Nursing


Wednesday, 19 September 2012

#3 Travel Indonesia : Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia

hola! oleh kerana keboringan yang amat. mari kita tulis pasal travel mentravel. wohooo.

kali ni, aku nak cerita pasal Gunung Bromo plak. haaaaa, kat mana tempat ni, boleh la baca di sini dan sini. Complete. Actually Bromo ni antara gunung berapi yang still aktif kat indonesia ni. tapi masa aku pi dulu takde la tengah meletup ke apa. kalau meletup, depa memang tutup tempat untuk melancong tu. Budget trip aku ni adalah sekitar bulan May 2010, 2 tahun yang lepas, jadi mungkin harga pon dah naik ke apa, tempat dah lain ke apa, aku pon taktau. sebab tak salah aku last year, ada sekali gunung ni meletup and depa tutup sat, tapi taktau la lepas tu apa jadi. so, sebelum nak pi sana, confirmkan dulu status gunung tu, baru decide trip camne. bereh.


Jawa Timur's map. Bromo ni terletak antara Probolinggo, Lumajang and apa ntah lagi, korang nampak tak bulatan tu?


ok start. aku dan 6 orang lagi member aku sewa sebijik kereta toyota avanza dengan seorang driver skali. kami gerak dari surabaya around 10-11pm sebab niatnya sampai kat bromo tu around 3-4 am untuk tengok sunrise. keta pon gerak dan perjalanan malam yang takde jem langsung tu ambil masa around 2-3jam jugak untuk sampai kat satu checkpoint ni. checkpoint ni kira dah 1/4 jalan untuk sampai ke look out point gunung bromo ni. dari checkpoint ni pulak, kami kena sewa satu lagi jeep kecik dan kami disardinkan dalam jeep tersebut. nanti hal budget berapa aku bagitau kat bawah ni. biasanya kalau datang dengan travel agent, jeep ni dah masuk skali dalam bayaran depa. tapi disebabkan kami datang sendiri, so kami terpaksa nego sendiri harga dengan pakcik-pakcik yang bawak jeep ni. jeep die comel wooo. hahaha...

btw, aku tak ingat la kat mana pintu masuk Taman Nasional Bromo ni, ada tempat die tapi aku lupa kat mana, kena bayar gak la untuk masuk ke tempat ni, around 16,000 Rp per person.  ok sambung balik. dari checkpoint ni menuju ke look out point gunung bromo-semeru ni, ambil masa lebih kurang 1 jam gak la untuk sampai ke checkpoint 2, sebelum sampai ke look out point tadi. sakit bontot toksah cakap la sebab jeep tu kecik dan jalan nak naik atas tu, subhanallah, super kecik, super berlubang, super mendap dan gelap yang amat serta berkabus. kagum gila pakcik tu leh bawak jeep tu dengan konfidennya. setelah sampai di checkpoint 2, kami kuar la dari keta. wakaka. lawak bodo. semua orang tau. takde, masa sampai tu, kami terus pi toilet. hahahahaha... sejuk nak mampus. ada la dalam 10-15 degree kot. kehkeh. masa checkpoint first tadi pon dah start sejuk, tapi taklah sejuk macam kat atas ni wuwuu.

dari checkpoint 2 tu, kami kena jalan sekitar 10 minit camtu, mendaki jalan tar yang tak seberapa tinggi sangat, baru sampai kat look out point. masa tu dah around 3-4 am dah kot, and kat atas tu orang pon dah start ramai. oh ye, sepanjang checkpoint 1 ke checkpoint 2 tu banyak je hotel-hotel kecik yang wujud. so, kalau nak tido situ pon boleh, tapi kena book awal pasai besa mat saleh penuh kat kawasan ni. sepanjang dari checkpoint 2 ke look out point, ada macam-macam mende orang-orang local ni jual dan sewa. ada sewa winter coat, baju sejuk, ada yang jual mafla, topi tutup telinga, jagung bakar, maggi cup, air panas dan macam-macam la. gerai-gerai jual air panas dan makanan-makanan ringan dan berat pon banyak. tapi harga toksah cakap la. tapi papehal aku still enjoy makan jagung bakar panas-panas kat atas tu, sempoi gila rasa. haha.

bila dah sampai lookout point tu, kami pon berjimba sambil kira bintang dan sambung garis-garis bintang untuk tengok buruj. tapi semua gagal sebab semua pon fail ilmu falaq. ape la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. ish3. tak lama lepas tu, tibalah waktu solat subuh bagi kawasan gunung tersebut dan sekitarnya, maka kami pon solat la kat surau open yang dah disediakan tu. ya ampunnn, dingin banget masa nak amek wudhu. layan je la. macam mandi ais pon ada. haha. layan... dah abih solat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, melihat sunrise!!! haha... aku ni asal travel je tengok sunrise, dah takde mende lain agaknya. kehkeh. nak wat camne, ciptaan Allah yang satu ni cantik sangat kalau nak diperhatikan. hihi.


Gelap lagi time ni... nampak kepala orang ngan camera orang je. haha...


dah cerah sket tapi takde sunrays...


tengok punya tengok, satu-satu  sunrays kuar, tak lama pastu, taraaaaaaaaaaaa, cerah dah. haha. lepas dah cerah, apa lagi, bergambar lah semua orang. kehkeh...


Subhanallah, cun gilaaa!








abih bergambar, kami pon turun pi kat checkpoint 2 tadi, dari situ, kami naik jeep tadi, turun ke tempat kawah gunung berapi. wohooo. sebelum sampai ke kawah gunung berapi tu, jeep tadi boleh stop hanya kat tempat parking jeep je. dari tempat parking tu ke kawah gunung berapi, kami kena jalan around 10-15 minit, kena naik jalan yang agak berbukit around 10 minit dan kena panjat tangga around 10 minit untuk tengok kat dalam kawah tu ada apa. haha. penat gila panjat tangga tu. tinggi nak mampus. hahaha...

dari tempat parking jeep tu ke tangga tu pulak, ada perkhidmatan menaiki keldai atau kuda untuk ke situ. harga boleh nego. usually keldai tu orang nego around 20,000-50,000 rupiah kot untuk perjalanan pergi balik. kuda tu up sket la, around 50,000-70,000 rupiah. jaga-jaga sebab disinilah tempat tourist kena ketuk dengan harga yang tak logik. ada ke naik kuda, perjalanan pergi balik harga 100,000-150,000 rupiah. mahal nak mampus. baik bawak kuda sendiri je wuwuu.


nampak tak keldai dan kuda tu? kehkeh... pastu kat tangga tu, ada macam pit stop kat tengah tu, untuk amek nafas. haha...


dah sampai kat tangga tu, kami pon panjat la dengan gigihnya. longgar skru lutut aku wei. hahaha... pastu dalam perjalanan nak naik panjat tu dan jugak bila sampai kat atas tu, ada la makcik-makcik jual maggi cup ngan air panas... kalau-kalau korang nak feeling-feeling breakfast kat sebelah kawah yang berbau sulphur yang sangat enak itu, boleh la beli... harga standard je, mahal seribu dua je dari tempat biasa. kehkeh.


Kawah gunung berapi yang mengeluarkan bau best gila...



Ni bukit berlumut, sebelah kawah tadi...


View dari atas kawah, nampak tempat parking jeep tadi and ada macam temple ke pejabat ke apa ntah kat situ...


Bergambar di atas kawah gunung berapi...


dah abih bergambar segala macam, kami pon turun la balik ke tempat jeep. dari jeep tu, kami pon keluar Taman Nasional tu dan menuju ke checkpoint 1 dan ber-reunion bersama pakcik driver keta yang kami sewa tadi. wohooo... sampai kat checkpoint 1 ni, baru la kami ber-breakfast kat situ. hihi. dah abih breakfast, kami gerak turun pi balik surabaya... eh tak, kami lanjutkan perjalanan ke Pantai Pasir Putih, yang ni aku malas nak cerita pasal pantai die tak menarik dan takde apa sangat pon nak dicerita. wahahaha...


Comel kan jeep ni. hahaha... siap ada pakcik jual bakso agi depan ni... haha...


Himpunan jeep jeep comel...



overall untuk trip bromo sahaja, ni aku bagi roughly punya budget la.

sewa kereta avanza + driver + minyak = 300,000 - 400,000 Rp / kereta / 24jam
sewa jeep dari first checkpoint = 500,000 - 700,000 Rp / jeep
bayaran masuk taman nasional bromo = 16,000 Rp/ person
makan + minum = +- 50,000 Rp/ person

aku pi hari tu bertujuh, so total budget sorang, ada la around 250,000 Rp sorang, iaitu around RM 100 la sorang. boleh la kan untuk perjalanan 24 jam dan backpacking punya trip. kehkehkeh.




cam keta mainan. hahaha...

  
tak paham apsal aku and ika tak terlompat...
  

Gambar setelah diedit... 


Sekadar gambar hiasan. muahahahahahaha...



sekian dari bilik berita.





p/s : nak pi sini, better sediakan baju sejuk yang cukup. memanglah tak sesejuk winter kat mana-mana negara, tapi ada bulan-bulan tertentu yang suhu kat sini boleh mencecah 1-5 degree. so better standby jer kan. kehkeh.








-adios-






7 comments:

  1. Yup..

    Bromo is one of the best mountain in Indonesia..

    And, next trip you could visit Kawah Ijen Vulcanoe.. :)

    ReplyDelete
  2. Can share the contact of the driver for the tour for me? Thanks

    ReplyDelete
  3. Can share the driver contact with me? Thanks

    ReplyDelete
  4. Can share the contact of the driver for the tour for me? Thanks

    ReplyDelete
  5. hello there, sorry i dont have his contact number. but u can google Kaha Surabaya Airport and search for the contact there. :)

    ReplyDelete
  6. i'm indonesian people..
    my home near with the mountain
    about 2 hour
    +6283833794697
    i'm ready to be your tour guide

    ReplyDelete
  7. i'm indonesian people
    the mountain is near from my home about 2 hour
    i'm ready to be your tour guide
    you can call this number for more information
    +6283833794697

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...