Nursing


Monday, 17 September 2012

ospek 2012 - a thought from a senior *updated

hola. hari ni mari membebel pasal ospek 2012. btw, ospek is orientasi. ospek malaysian ni actually tiap-tiap tahun dijalankan selama 3 hari 2 malam, merupakan acara Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya, dengan kerjasama Kelab Umno Luar Negara Cawangan Surabaya. venue ospek ni bertukar-tukar tiap-tiap tahun dan tahun ni venue adalah di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya.

sebenarnya banyak yang aku nak tulis. bukan nak, aku dah tulis dah pon, tapi bila aku fikir balik, biarlah menjadi simpanan aku saja, untuk aku ingat-ingat balik suatu ketika nanti. sebab? sebab aku dah mula malas dan muak dengan drama surabaya. tak tahu lah ni memang masalah junior, atau masalah generasi. hrmmm.

setelah dipendekkan karangan panjang yang telah aku karang, aku simpulkan beberapa point sahaja.


  • sepanjang 5 tahun berada kat sini, ini adalah ospek terteruk pernah aku tengok. bermula dengan masalah junior, senior dan panitia serta ajk yang sangat lemah.

  • junior seperti biasalah, masalah generasi, pantang ditegur, pantang dimarah dan mungkin hilang rasa hormat kat senior ataupun orang yang lebih tua. ditegur cara duduk yang agak kurang sopan, korang buat dekk, bila senior tengking marah, korang melenting balik. tak faham apa yang korang nak. lebih menyakitkan hati bila kita marah, eh, ada plak yang cakap "mak bapak kami pon tak pernah marah kami". well, that explains very well why sesetengah di antara korang ni perangai macam ni. dik, ingat sikit, Islam tu ajar biar sopan dan sabar. bila korang melenting balik, mana pergi ajaran Islam yang korang cakap korang  tahu tu? nak marah dengan kenyataan ni? silakan. pendapat aku, aku bebas nak lontarkan.

  • masalah senior. mungkin perbezaan pandangan sesetengah senior berbeza. yang menjadi permasalahan, ada benda yang boleh dibawa berbincang terlebih dahulu, akhirnya "menjatuhkan maruah" sesetengah senior lain. mungkin senior yang tidak pernah menyertai ospek atau pernah lari dari ospek mempunyai pandangan berbeza dengan senior yang pernah mengikuti ospek. maaf andai kata apa yang aku cakap ni tak sesuai. tapi jikalau ilmu agama sesetengah senior ni lebih tinggi, tegurlah dengan baik, bukan dengan cara menjatuhkan depan junior-junior ni semua. mungkin ilmu agama sesetengah senior ni tak setinggi kalian yang "tahu dan belajar" ilmu agama ni, tapi rasanya korang pon tahukan macam mana nak tegur sesuatu kesalahan orang lain? 

  • bagi senior perempuan yang merasakan tindakan kami, yakni sesetengah senior perempuan lain ni melampau dan menjatuhkan maruah junior, maka, datanglah kepada kami dan tegur secara baik, berbincang. bukannya menyuruh senior lelaki(yang juga junior kepada kami) untuk menegur secara terang-terangan di hadapan junior. (*updated : ni actually salah faham. takde sape suruh, memang intention senior lelaki tersebut)  tegur ke tu? nampak macam protes and cari gaduh ada la. apa bezanya kami dengan anda semua kalau macam tu? sama la jugak, kita saling menjatuhkan maruah masing-masing, tak ke? dan kalau menegur sesuatu, janganlah membuat seolah-olah kami tidak tahu ilmu agama langsung. ingat, kami pon tahu Allah itu ada, Allah itu wujud. ;)

  • dari segi pengurusan ospek kali ni sangat lemah. terutama bab-bab makanan. gelas yang dipakai seingat aku masa dulu tu, junior makan, junior minum, maka junior lah yang membasuh. kali ni? ajk yang jaga bab-bab makanan entah kemana, sedia makanan then lepas tangan. akhir sekali YDP yang basuh gelas semua. bagus lah sangat. ini belum dikira dengan beberapa hal lain yang sangatlah panjang kalau nak dibebelkan kat sini.

  • kesimpulannya, ospek kali ni tak menarik langsung. macam gagal pon ada kot. haha. aku ni bukanlah manusia jenis pembuli masa ospek. mungkin aku lantang bersuara bila tiba hal disiplin dan punctuality, tapi untuk membuli, jauh sekali. aku sendiri selepas diospek pada tahun 2007 tak pernah berfikir untuk membalas dendam. sebut memanglah selalu, tapi bila berhadapan dengan junior, hati aku ni takde pon nak marah-marah korang. tapi satu je aku mintak, untuk ospek yang 3 hari ni, berdisiplinlah, tahanlah sabar, tepatilah masa dan kerja yang diberi tu tolonglah siapkan. kalau kerja dalam masa 3 hari ni korang tak dapat siapkan, apetah lagi la kerja-kerja lain yang korang dapat masa belajar nanti dengan assignment yang bertimbun dan dateline yang sentiasa mengejar. oh dan tak dilupakan, actually masa yang diberikan untuk korang solat takkan berganjak kalau korang tepati masa at the first place. sekian. ;)

back then in 2007, look, how innocent we were! haha



the beauty of unite, after ospek 2007 habis...






maaflah kalau tulisan ni mungkin menyakitkan hati banyak pihak. ini adalah pandangan aku yang aku rasa aku berhak nak kemukakan. buang yang keruh, ambil yang jernih, takde niat untuk membuli melainkan untuk melatih anda semua untuk lebih berdisiplin. percayalah, perjalanan kat bumi indonesia ni jauh lagi mencabar dari apa yang anda jalani di ospek. kalau anda rasa ospek memaksa anda melakukan perkara-perkara bodoh dan memalukan, menjatuhkan maruah, percaya lah hidup anda disini, terutama bagi yang mengambil jurusan medic, dentistry, pharmacy dan veterinar, perjalanan anda semasa di universiti, jauh lebih mencabar. perkara bodoh dan memalukan tu adalah asam garam untuk berjaya dan lulus dalam bidang yang diceburi. tak percaya? tunggulah bila sampai masa. aku dah melalui dan sedang melalui dan mungkin akan terus melalui. tapi nak buat macam mana, layan~

oh dan mungkin aku tak belajar agama setinggi mereka yang ambil pengajian dalam bidang agama, tapi atleast, aku masih ada pegangan agama aku, and aku masih tau menjaga maruah aku. peace.


segala yang baik adalah dari Allah, dan segala yang buruk juga adalah dari Allah, tapi atas kekurangan dan kekhilafan aku sendiri.


p/s :

  1. Kalau tulisan ni pon panjang, korang bayangkan draft aku yang tak terpost tu sepanjang apa lagi. hahaha...
  2. ada sorang hamba Allah ni tulis mcm ni pasal ospek "ingat ko boleh push everybody around sepjg hidup ke???" NOBODY said ospek is about to push everyone around for the ENTIRE life UNLESS, orang yg ckp tu actually cant let thing go. ospek is ospek. after ospek, kita sama je, no senior no junior. peace.







-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...